PENGIKUT

Sunday, 2 October 2011

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT LANGLANG BUANA



PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT LANGLANG BUANA

Cerita mengisahkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi anak kepada Raja Bahrum Dewa. Pada suatu malam, ketika Tuan Puteri dikelilingi dayang-dayang, baginda mendengar inang memberitahu bahawa dia bermimpi langit berpayung dan bulan dipagar bintang. Tuan Puteri juga memberitahu bahawa baginda bermimpi diselimut oleh bunga yang telah digubah. Sampai sekarang bau harum bunga tersebut masih terlekat pada badan baginda. Dayang memberitahu bahawa mimpi Tuan Puteri menandakan Tuan Puteri akan bersuami. Tuan Puteri tersenyum sambil bergurau dengan dayang-dayang. Tuan Puteri mencadangkan kepada inang supaya mereka pergi ke taman besok hari untuk mandi, berbedak dan mencuci badan.

Keesokan hari, pada waktu pagi Tuan Puteri bersama-sama dengan dayang pergi ke taman. Apabila penunggu tasik melihat kehadiran Tuan Puteri, dia meminta supaya Raja Indera Bumaya bersembunyi di tempat sunyi.

Tuan Puteri memanggil nenek (penunggu) apabila tiba di taman itu. Dayang-dayang memaklumkan bahawa terdapat orang lelaki yang telah tidur di rumah nenek kerana terdapat bantal dan tikar di situ. Tuan Puteri berbedak dan mencuci badan sambil diikuti oleh dayang-dayang. Segala perbuatan Tuan Puteri itu dilihat oleh Raja Indera Bumaya sehingga menimbulkan rasa berahi (cinta).

Ketika Tuan Puteri sedang mandi, Raja Indera Bumaya mendekati kolam itu tanpa ada sesiapa yang melihatnya. Raja Indera Bumaya berlindung di sebalik pokok kemunting. Ketika itu baginda merupakan dirinya sebagai burung bayan yang sangat indah rupanya. Sifat burung itu ialah memiliki mata daripada intan, bulu daripada pusparagam dan kaki daripada emas. Bayan itu hinggap pada pokok kemunting sambil mengeluarkan bunyi yang sangat merdu.

Apabila Tuan Puteri melihat burung bayan itu, baginda memerintah supaya inang menangkapnya. Burung bayan itu terbang ke puncak pokok kemunting menyebabkan inang tidak dapat menangkapnya. Tuan Puteri menyuruh dayang menangkap burung itu tetapi tidak dapat kerana burung bayan itu terbang dari satu dahan ke satu dahan. Dayang memberitahu bahawa burung bayan itu mungkin boleh ditangkap oleh Tuan Puteri sendiri. Apabila Tuan Puteri hendak menangkap burung itu, burung bayan itu hinggap di atas tangan baginda. Baginda sangat gembira.

Tuan Puteri pulang ke rumah nenek setelah selesai mandi. Baginda gembira apabila burung bayan itu berpantun. Tuan Puteri menanyakan asal usul burung bayan itu. Buurng bayan memberitahu bahawa dia datang dari Negeri Lela Gambar, daerah matahari hidup. Negeri itu sangat besar. Ada seorang anak raja di negeri itu yang bernama Raja Indera Bumaya. Baginda merupakan tuannya. Baginda memiliki budi bahasa yang baik, bijaksana dan rupanya terlalu elok. Dayang bertanyakan burung bayan itu sama ada tuannya itu sangat tampan. Burung bayan melompat di atas dayang sambil berpantun yang bermaksud jika dia memberitahu tentang wajah tuannya itu, nescaya mereka akan ghairah apabila mendengarnya.

Tuan Puteri ingin mengetahui cerita tentang Raja Indera Bumaya dan meminta supaya bayan menceritakan dengan lebih lanjut. Bayan menceritakan perihal dia hendak pergi berjumpa dengan Seri Maharaja Sakti dan bertemu dengan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela sehingga berlaku perselisihan faham dengan Raja Johan Syahperi, iaitu tunang kepada Tuan Puteri Candera Lela Nurlela. Apabila mendengar cerita itu, Tuan Puteri ingin mengetahui sama ada Raja Indera Bumaya akan datang atau tidak ke situ. Bayan mengagak bahawa tuannya akan datang ke situ.

Tuan Puteri pulang ke mahligainya bersama-sama bayan itu. Baginda  meminta supaya diperbuatkan sangkar daripada emas bertatahkan ratna manikam dan meletakkan bayan di dalamnya apabila siap. Apabila hari malam, bayan itu dikeluarkan daripada sangkar tersebut dan datang mendekati Tuan Puteri. Dayang memberitahu bahawa bayan itu jinak dengan Tuan Puteri. Bayan memberitahu bahawa dia jinak kerana dia mempunyai tuan yang memiliki rupa paras yang baik. Tuan Puteri menanyakan masa tuan kepada bayan itu akan datang ke situ. Bayan memberitahu bahawa tuannya akan datang pada bulan itu juga dan dia akan memaklumkan kepada Tuan Puteri jika tuannya datang. Bayan menukarkan dirinya menjadi nuri dan berpantun, maksudnya tuannya minta untuk menghambakan dirinya apabila datang nanti. Tuan Puteri hairan mendengar pantun bayan itu sambil memikirkan bahawa Raja Indera Bumaya sangat bijaksana. Tuan Puteri bertanyakan lagi kedudukan Raja Indera Bumaya ketika itu dan bayan memberitahu bahawa tuannya itu sudah hampir tiba. Tuan Puteri menjadi tidak sabar untuk melihat Raja Indera Bumaya. Tuan Puteri meminta supaya nuri membantunya menunjukkan rupa Raja Indera Bumaya. Nuri menyelit dada Tuan Puteri dengan sayapnya menyebabkan Tuan Puteri dapat melihat rupa Raja Indera Bumaya. Nuri bertukar pula menjadi bunga yang telah digubah dengan indah. Tuan Puteri mengambil bunga itu lalu menciumnya.

Raja Indera Bumaya kembali kepada rupanya yang asal sambil duduk di sebelah kanan Tuan Puteri. Tuan Puteri dapat meneka bahawa lelaki di sebelahnya ialah orang yang dimaksudkan oleh nuri. Tuan Puteri menjadi malu dan ingin meninggalkan tempat itu. Raja Indera Bumaya memegang tangan Tuan Puteri tetapi sempat ditepis oleh Tuan Puteri. Raja Indera Bumaya berpantun supaya menerima dirinya seadanya.

Tuan Puteri tersenyum dan menjeling ke arah Raja Indera Bumaya. Dayang-dayang sangat suka melihat sikap Raja Indera Bumaya dan menganggap baginda sangat bijaksana. Tuan Puteri meminta supaya dayang menyediakan makanan kepada Raja Indera Bumaya sambil berpantun mempersilakan Raja Indera makan jika sudi dan tidak menjadi hal jika tidak sudi.

Raja Indera Bumaya tersenyum mendengar pantun Tuan Puteri dan mengajak Tuan Puteri makan bersama-samanya. Selepas itu mereka bergurau senda dengan dayang-dayang.

Pengawal yang berkawal di mahligai Tuan Puteri setiap hari mendengar suara orang ketawa di atas mahligai itu. Mereka memberitahu Raja Bahrum Dewa tentang hal itu. Raja Bahrum Dewa sangat marah dan memerintahkan supaya mencari lelaki itu kerana telah membuatkan diirnya menjadi malu. Pada malam itu, hulubalang diminta supaya mengepung mahligai Tuan Puteri. Apabila dayang melihat kehadiran ramai hulubalang, mereka memberitahu Raja Indera Bumaya dan Tuan Puteri. Raja Indera Bumaya tidak menunjukkan reaksi takut sebaliknya berpantun dengan mengatakan bahawa baginda tidak akan melepaskan tuan puteri meskipun seribu orang datang mengepung mereka.

Tuan Puteri turun daripada pangkuan Raja Indera untuk beredar daripada situ tetapi dihalang oleh Raja Indera. Raja Indera ingin mengetahui sama ada Tuan Puteri ingin melihat kematiannya atau tidak kerana dia menganggap Tuan Puteri adalah nyawanya. Tuan Puteri menangis melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Raja Indera. Baginda memikirkan bahawa jika Raja Indera mati maka dia juga akan mati kerana tiada guna lagi hidup tanpa Raja Indera. Pelbagai cara digunakan oleh Raja Indera untuk menghalang Tuan Puteri daripada meninggalkannya.

Apabila semakin ramai yang datang mengepung, Raja Indera Bumaya memuja geliga daripada Raja Johan Syahperi dan keluarlah empat jin yang lengkap bersenjata. Raja Indera menyeru supaya jin itu menyerang Raja Bahrum Dewa tetapi diminta supaya tidak membunuhnya. Setelah berperang ramai rakyat Raja Bahrum telah lari dan dapat ditangkap. Hulubalang yang melarikan diri telah menghadap baginda dan memaklumkan bahawa Raja Indera belum mati. Raja Bahrum menjadi marah apabila mendengar berita itu. Baginda mengumpul seluruh rakyat dan memerintahkan supaya segera menagkap Raja Indera. Setelah datang ke mahligai Tuan Puteri, Raja Indera memujuk supaya Tuan Puteri tidak menangis dan tidak takut menghadapi tentera ayahandanya. Raja Indera memberitahu bahawa dia mahu mati seorang diri tetapi tuan puteri juga mahu mati jika Raja Indera telah mati. Raja Indera memuja gemala hikmat lalu keluarlah jin empat ribu. Raja Indera menyeru supaya jin-jin itu berperang dengan rakyat Raja Bahrum. Peperangan besar berlaku dan banyak nyawa yang terkorba.










ASPEK-ASPEK KOMSAS HIKAYAT LANGLANG BUANA


ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN PERISTIWA
Tema
Percintaan anak raja
Raja Inderan Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya
Persoalan
Persoalan keberanian menghadapi cabaran
Raja Indera Bumaya tidak gentar untuk menentang hulubalang Raja Bahrum Dewa
Persoalan kebijaksanaan mencari peluang
Raja Indera Bumaya menjelmakan diri menjadi seekor burung bayan agar dapat menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Persoalan kasih sayang sesama manusia
Raja Indera Dewa sangat menyayangi Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sanggup mati daripada kehilangan Raja Indera
Persoalan kesaktian anak raja
Raja Indera Bumaya boleh menjelmakan diri dalam pelbagai rupa kerana memiliki kesaktian
Persoalan patuh pada arahan
Jin yang dicita daripada gemala sakti menurut arahan Raja Indera Bumaya menyerang Raja Bahrum Dewi
Nilai
Keberanian
Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripda Raja Bahrum Dewa
Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya
Kerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya
Kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa
Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan
Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Kita hendaklah mematuhi arahan ketua
Empat ribu jin tekah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan oleh Raja Bahrum Dewi
Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana
Raja Indera Bumaya menjelma sebagai bayan agar dapat memerhatikan gerak-geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Kita hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada orang yang dicintai
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sanggup mati kerana Raja Indera Bumaya.



2 comments: