ISU - AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Tugasan - Faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah
Idea
- dapat membina ketahanan fizikal dan mental
- dapat membentuk disiplin diri yang mantap
- dapat mengukuhkan hubungan antara kaum
- dapat mengelakkan pelajar terlibat dalam demoralisasi
- dapat membina keyakinan diri
- dapat membina kepimpinan diri
- mampu mewujudkan persaingan secara sihat
- mampu meluaskan pengetahuan dalam pelbagai perkara
- mampu melahirkan modal insan cemerlang
- mampu menambahkan pengalaman
Tugasan - Langkah-langkah menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum
Idea
- kerajaan perlu tegas dengan dasar 1 Murid 1 Sukan
- kerajaan mengekalkan syarat sepuluh peratus kemasukan ke institusi pengajian tinggi
- kerajaan menyediakan dana yang cukup untuk membina infratruktur sukan di sekolah
- kerajaan membuat pemantauan pelaksanaan kokurikulum di sekolah
- sekolah perlu merangka aktiviti yang menarik minat pelajar
- sekolah perlu tegas memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum
- sekolah memperkenalkan anugerah khas kepada pelajar yang aktif dalam kokurikulum
- sekolah perlu sentiasa memberi peringatan kepada pelajar tentang kepentingan kokurikulum
- sekolah/ guru-guru tidak hanya menekankan kecemerlangan akademik semata-mata
- sekolah/ guru-guru perlu terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum
- pelajar tidak memandang remeh akan kepentingan kokurikulum
- pelajar perlu terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah
- ibu bapa menggalakkan anak-anak terlibat dalam kegiatan kokurikulum di sekolah
- ibu bapa tidak hanya mementingkan akademik anak-anak sahaja
- ibu bapa tidak menghalang anak-anak ingin aktif dalam sukan
ade pantun tak
ReplyDelete