Friday, 14 October 2011

TEKNIK PENCERITAAN NOVEL RENYAH



PERNYATAAN
HURAIAN










Pemerian
Seperti biasa Wisma Dolhi-Albert sentiasa sibuk. Urus niaga berjalan lancar. Para penyewa ruang pejabat sibuk dengan aktiviti masing-masing. Kesesakan jalan raya tidak pernah mengganggu keselesaan di dalam pejabat. Kerja melebarkan jalan, menambah pembentungan, mengubah alih kabel dan meningkatkan mutu jalan pasti menyumbang kepada kesesakan.

Keluarga Albert semacam bersidang pagi itu. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk berkumpul dan berbincang tentang keluarga dan perniagaan. Bagi Albert Lee, amalan sedemikian adalah penting bagi mewujudkan suasana persefahaman dan perkongsian pendapat antara satu sam lain. Albert Lee, anak lelakinya Robert Lee, anak gadisnya, Elain dan isterinya Eric mempunyai cita-cita yang sama menjadigergasi korporat dan menubuhkan syarikat kewangan.

Pihak berkuasa sarawak gagal menangkap Ilham. Khabarnya dia lari bersama Bruno Manser ke luar negara. Kelmarin, Datin Tominah menerima sepucuk surat Ilham yang bercop negara Perancis tanpa alamat. Dia menceitakan pengalamannya dari dari hutan Sarawak. Dia diburu oleh pihak berkuasa sehingga ke sempadan Indonesia. Dari situ, dia menuju ke Australia dan kemudian dihantar ke Paris oleh aktivis alam sekitar tempatan.














Imbas kembali

Datuk Dolhi mengingat semula bahawa dia pernah menjadi pegawai kerajaan yang bertugas sebagai pengarah jabatan. Pada masa itu dia mahu Hasnol menjadi pegawai tadbir dan diplomatik dan hasratnya itu termakbul apabila Hasnol kini menjawat jawatan PTD dan mempunyai keduudkan yang baik

Datuk Dolhi mengingat semula keakraban persahabatannya dengan Albert Lee sehingga anaknya Amera ingin dijodohkan dengan anak Robert Lee tetapi Amera menolak.

Datuk Dolhi teringat akan kata-kata Ilham yang menuduh ayahnya sanggup menutup kesan pembalakan yang dilakukan demi mendapatkan wang sedangkan dia telah melakukan usaha menanam semula balak yang ditebang.

Datuk Dolhi mengingat semula bagaimana dia mengambil Wahi bekerja dengannya. Semua orang tidak tahu dia mempunyai pertalian yang rapat dengan Wahid dan Wahi menjadi orang kepercayaannya

Datuk Dolhi mengingat semula perisitwa Albert Lee ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya, Elain tetapi Hasnol menolak kerana bertemu dengan Linda ketika berkursus di London suatu ketika dahulu.

Dalam penerbangan ke Jepun, Datuk Dolhi teringat sebelum bernikah dengan Tominah, dia sudah mempunyai pilihan hati yang dikenalinya semasa menuntut di Universiti Malaya. Hubungan mereka sangat akrab dan apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan sepupunya menyebabkan Mastura sangat kecewa.

Datuk Dolhi mengimbas semula kenangannya apabila Mastura banyak berkorban semasa di kampus. Mastura rasa kecewa kerana menjadi isteri Datuk Dolhi secara sembunyi-sembunyi dan hidupnya kesunyian kerana suaminya jarang melawatnya.

Wahi mengingat semula peristiwa semasa dia menyampaikan hasrat untuk bernikah dengan Yuka, pada mulanya Yuka menolak tetapi setelah dia beberapa kali meyakinkan Yuka akhirnya Yuka menerimanya. Bapa Yuka juga pada mulanya membantah tetapi akhirnya menerima Wahi.

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Datuk Dolhi mengingat semula peristiwa isterinya Mastura yang meminta supaya mengisytiharkan perkahwinan mereka keranatidak mahu digelar perempuan simpanan. Mastura tidak mahu tinggal di kondominium sebaliknya lebih suka tinggal di kampong bersama ibunya.


















Imbas muka

Hasnol tidak mahu meletak jawatan sebagai PTD kerana membayangkan bahawa dia akan mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan.

Datuk Dolhi meramalkan bahawa dia akan kehilangan segala-galanya jika dia meninggal dunia pada masa itu. Usaha sama beliau dengan Albert Lee tentu akan menemui jalan buntu. Projek perumahan mewah di Bukit Seguntang tentu akan mengalami kepayahan dan usaha mendapatkan kawasan pembalakan di Sarawak akan terbantut

Datuk Dolhi meramalkan bahaw aWahi akan menjadi pengurus yang baik beberapa tahun akan datang dalam syarikatnya.

Datuk Dolhi membayangkan bahawa Hasnol akan menjadi mewah nanti jika berkecimpung dalam bidang perniagaan daripada kekal sebagai pegawai kerajaan

Hasnol membayangkan bahawa dia akan dihantar ke ceruk pedalaman oleh Tengku Munir jika dia tidak memenuhi kehendak Tengku Munir

Hasnol membayangkan bahawa dia akan hidupnya akan menjadi mewah seperti kawan-kawannya jika dia menerima tawaran Tengku Munir sebanyak tiga ratus ribu ringgit jika membantu Tengku Munir meluluskan tender yang dipohonya.

Datuk Dolhi berehat-rehat di anjung rumahnya dan membayangkan masa depan anak-anaknya yang kesemuanya merupakan warisnya yang berpotensi untuk berjaya.

Datuk Dolhi berharap anak-anaknya akan bangkit membersihkan kesilapan lalu dan memantapkan peribadi demi meneruskan perjuangan hidup. Dia mengharapkan Wahi dapat meluaskan empayar perniagaannya. Semoga dnegan perluasan itu nanti, anak-anaknya yang lain akan tertarik untuk menerjuni bidang korporat sebagaimana yang diimpi-impikannya.


















Dialog
Perbualan antara Datuk Dolhi dengan isterinya tentang anak-anak mereka yang tidak menunjukkan minat dalam bidang perniagaan sehingga menjadi masalah tiada orang untuk mengambil alih syarikat kalau dia meninggal dunia nanti.

Perbualan antara Datuk Dolhi dengan Hasnol tentang perancanganya yang mahu Hasnol meletak jawatan sebagai PTD dan mengambil alih syarikatnya. Hasnol enggan meletak jawatan kerana memikirkan kerjayanya itu mampu sampai ke tahap yang lebih tinggi lagi

Perbualan antara Datuk Dolhi dengan Albert Lee di Bukit Serakah tentang perancangan mereka untuk menjodohkan Robert Lee dengan Amera bagi merapatkan lagi persaudaraan mereka. Datuk Dolhi tidak memaksa anaknya sebaliknya menyerahkan kepada Amera untuk membuat keputusan.

Perbualan antara Amera dengan Ilham yang tidak berpuas hati dengan Ilham yang tidak mahu bekerja sedangkan usia Ilham semakin meningkat. Amera mempersoalkan aktiviti Ilham yang ke hulu dan ke hilir tanpa arah tujuan.

 Perbualan antara Hasnol dengan Tengku Munir tentang tender, iaitu Tengku Munir meminta Hasnol membantunya meluluskan tender yang dipohonnya dan sebagai ganjaran Hasnol akan diberikan wang sebanyak tiga ratus ribu ringgit yang akan dimasukkan ke dalam akaun Hasnol yang dibuka di luar negara nanti.

Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia berasa lapang dada kerana telah meluahkan perkara yang terbuku di hatinya selama ini. Dia bercadang hendak bersara kerana usianya telah tua, kesihatannya mula terganggu dan fikirannya yang runsing.

Wahi memberitahu bapanya bahawa dia telah berjumpa dengan calon isteri, seorang warga Jepun yang bernama Yuka dan telah memeluk agama Islam serta mempelajari agama Islam di Kobe.











Monolog Dalaman

Datuk Dolhi memikirkan perbezaan antara anak Melayu dengan anak Cina. Anak Cina dididik dengan pengalaman cara-cara berniaga. Mereka dibesarkan dalam suasana niaga. Dia mengagumi Albert Lee yang mendidik anak-anaknya dalam bidang perniagaan tetapi dia gagal menanam minat anak-anaknya dalam bidang perniagaan.

Datuk Dolhi tersinggung dengan kata-kata Mukhlis yang enggan bekerja dengan bapanya kerana menganggap kerjaya tersebut penuh dengan riba, judi dan tidak berlandaskan islam.

Datuk Dolhi sedih memikirkan nasib orang Melayu dan betapa susahnya mengajar orang Melayu menjadi usahawan walaupun banyak sumber di sekeliling yang dapat diusahakan dan boleh mendatangkan keuntungan.

Datuk Dolhi kesal dengan sikap Hasnol yang meninggalkan rumah dalam keadaan merajuk setelah dia tidak memberi wang kepadanya. Hasnol menunjukkan sikap sedemikian setelah dia berkahwin dengan Linda yang mengamalkan gaya hidup kebaratan sehingga Hasnol sering mengalami masalah kewangan sejak akhir-akhir ini.

Datuk Dolhi memikirkan agak sukar sekarang hendak mencari setiausaha yang muda, berpengetahuan,berpandangan jauh, cekap menjalankan tugas, tidak merungut tentang kerja seperti setiausahanya, Rozie.

Hasnol memikirkan sekiranya dia berani melakukan sesuatu dia akan hidup senang lebih-lebih lagi kini dia bertugas di bahagian kontrak. Masalah hutangnya dapat diatasi dengan hanya sekali tandatangan.

Hasnol pulang ke rumah dalam keadaan resah setelah memikirkan tawaran Tengku Munir. Dia dia mengambil wang tersebut, dia akan ditangkap BPR dan jika menolaknya masalah kewangannya akan selesai dan boleh membawa keluarganya melancong ke London.

Hasnol menjadi serba salah kerana arahan Tengku Munir supaya mengubah keputusan lembaga tender agar 12 tender yang dimasukinya diluluskan semua. Meluluskan semua tender Tengku Munir akan menimbulkan kesangsian kepada exco kerana exco sekarang tidak tunduk kepada tekanan.

Albert Lee tidak tenang setelah mengetahui Wahi adalah anak kandung Datuk Dolhi. Dia memikirkan kecekapan Wahi yang pernah bekerja di bawahnya akan menghalangnya dia berbuat sesuka hati. Dia memikirkan Wahi bukan calang-calang orang kerana dia tidak suka bersubahat dengan sebarang kelemahan. Dia menganggap Wahi akan menggugat kedudukan anaknya.















Monolog
Datuk Dolhi mengeluh dengan mengatakan bahawa Mukhlis belajar sahaja tinggi-tinggi tetapi tidak mahu menggunakan ilmu yang ada sebaliknya pandai mengkritik pekerjaan ayahnya yang dikatakan penuh dengan judi dan riba.

Datuk Dolhi mengatakan bahawa Wahi seorang yang rajin kerana telah menghantar kertas kerja melalui faks dari Jepun kepada Datuk Dolhi untuk digunakan dalam ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bertajuk Membangunkan Usahawan Masa Kini.

Datuk Dolhi mengatakan macam-macam idea Wahi setelah menghantar kertas cadangan Wahi yang dihantar melalui faks dari Tokyo yang mencadangkan supaya Syarikat Dolhi-Albert menggunakan KMM seperti yang dilakukan syarikat Jepun.

Amera merungut apabila adiknya Dani menyerahkan sejambak bunga yang dihantar oleh seseorang tetapi merahsiakan identitinya.

Amera berasa tidak percaya bahawa pertemuannya dengan YB Wahab telah menjadi gosip dalam akhbar apabila diberitahu oleh Dani bahawa YB Wahab telah digosipkan dengan seorang guru.

Datuk Dolhi mendendangkan lagu Jepun semasa di dalam kereta Wahi menjemputnya untuk di hantar ke Hotel Tokyo Metropolitan.

Hasnol menjerit perkataan gila kerana memikirkan Tengku Munir yang memintanya supaya meluluskan semua 12 tender yang dipohon sedangkan kerja itu sukar untuk dilakukan.

Datuk Dolhi merungut berita rasuah yang dibaca melibatkan orang kenamaan iaitu Tengku Munir dan terkejut apabila nama anaknya Hasnol disebut juga dalam akhbar itu.

Yuka menyanyi ketika penerbangan pulang ke Malaysia bersama Wahi.













Kejutan

Pembaca terkejut apabila Mukhlis berkahwin dengan janda tuk guru bernama Hanisah dan telah mempunyai anak tiga orang. Mukhlis digambarkan seorang yang berpendidikan tetapi terpengaruh dengan hasutan kawannya, Saiful Bahri supaya menikahi Hanisah selaras dengan tuntutan nabi.

Pembaca terkejut apabila Ilham seorang berpelajaran tinggi dan pejuang alam sekitar sanggup menceroboh bilik Inem, pembantu rumahnya beberapa kali sehingga Inem memohon untuk berhenti kerja serta-merta

Pembaca terkejut apabila Ilham terpengaruh dengan aktiviis Barat dan menghasut orang Asli supaya mengadakan tunjuk perasaan untuk menghalang pembalakan di perkampungannya walaupun syarikat pembalakan ayahnya beroperasi di situ.

Pembaca terkejut apabila Hasnol sanggup mengambil rasuah yang diberikan oleh Tengku Munir sebagai balasan membantu meluluskan tender yang dipohon oleh Tengku Munir walaupun pada peringkat awal digambarkan Hasnol seorang yang amanah dan bertanggungjawab.

Pembaca terkejut apabila Albert Lee sebenarnya merancang untuk menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding apabila mendesak Robert terus memikat Amera supaya cita-citanya tercapai, tambahan pula Datuk Dolhi sedang menghadapi masalah akibat perbuatan anak-anaknya sendiri.




Saspens
Pembaca tertanya-tanya perisitwa yang berlaku kepada Ilham setelah melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa selepas menghasut penduduk Asli membuat benteng manusia bagi mengelakkan penebangan hutan di perkampungan tersebut.

Pembaca tertanya-tanya peristiwa yang berlaku kepada Mukhlis sehingga mengalami tekanan mental dan ke mana Mukhlis berpindah apabila Datuk Dolhi pergi ke perkampungan jemaahnya tetapi tidak menemui.





3 comments:

  1. teknik penceritaan ni same ke dengan teknik plot ? tak kan ? ke same ? harap cikgu dapat balas dengan segera . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama je isi boleh guna jugak dlm plot

      Delete
    2. Lebih kurang sama je isi boleh guna jugak dlm plot

      Delete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...