Wednesday, 19 October 2011

MU TUNJUK KEHEBATAN TERSENDIRI

Dua penalti beri United tiga mata



WAYNE Rooney (tengah) diasak pertahanan Otelul Galati pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Bucharest, semalam. - REUTERS



BUCHAREST - Wayne Rooney menyempurnakan dua penalti bagi memastikan Manchester United meraih kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara dengan menumpaskan kelab dari Romania Otelul Galati 2-0 semalam.
Rooney tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-64 sebelum dia sekali lagi menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi memberikan tiga mata kepada United, yang seri dalam dua perlawanan awal dengan FC Basel dan Benfica.
Keputusan itu memastikan United berada pada tangga kedua Kumpulan C dengan baki tiga perlawanan, dua mata di belakang Benfica.

(Sumber : utusan online - 20/10/2011)

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...