Wednesday, 12 October 2011

CERPEN IDOLA


CERPEN : IDOLA
Oleh: Zaen Kasturi

Sinopsis

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini mneyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.


Aspek komsas dalam cerpen Idola karya Zaen Kasturi

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH



Tema
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar
Seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan minat dan angan-angan untuk menjadi hero bangsawan idolanya. Suatu hari dia dapat berjumpa dengan pelakon bangsawan yang amat diminatinya itu. Hero bangsawan menasihati si penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata. Akhirnya, si penjaga panggung menerima kenyataan kehidupannya dengan hati yang kecewa dan dia sedar bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri bukan orang lain.










Persoalan










Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah
Si penjaga panggung dan keluarganya hidup dalam keadaan miskin dan hanya mampu tingga di sebuah rumah miskin
Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola

Si penjaga panggung suka berangan-angan untuk menjadi seperti hero bangsawan yang menjadi idolanya.
Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar
Hero bangsawan meminta si penjaga panggung kembali kepada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sebenarnya
Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri
Isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan yang sebenarnya
Persoalan berusaha  untuk mengubah nasib diri
Hero bangsawan menyedarkan si penjaga panggung supaya kembali kepada kehidupan sebenar dengan berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga
Persoalan angan-angan tidak akan mencapai matlamat tanpa usaha
Si penjaga panggung tidak dapat mengubah nasib diri dan keluarganya dengan berangan-angan untuk menjadi hebat seperti hero pujaannya tanpa berusaha dnegan gigih
Persoalan tanggungjawab untuk memberi kesedaran
Hero bangsawan menasihati si enjaga panggung agar berpijak di bumi nyata. Si penjaga panggung perlu berusaha menjadi dirinya sendiri bukan orang lain





Plot






















Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka.
Perkembangan
Penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupun anak lelakinya sudah menjelang remaja.
Perumitan
Penjaga panggung datang ke panggung pada waktu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat tangan dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugas  dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero
Klimaks
Malam itu sesudah sandiwara tamat dan tirai berlabuh, si penjaga panggung duduk di atas kerusi yang ditinggalkan penonton. Malam itu dia seperti tidak bernafsu untuk melaksanakan tugasnya itu. Kata-kata hero siang tadi terngiang-ngiang di telinganya. Dia sedar hidup ini hanya sandiwara.
Peleraian
Si penjaga panggung menghempaskan kerusi dengan kuat untuk melepaskan perasaan bersalahnya. Dia berazam untuk berubah dan menjadi dirinya sendiri








Nilai
Kejujuran
Hero bangsawan secara jujur memberitahu si penjaga panggung bahawa realiti kehidupan yang dilaluinya adalah berbeza dengan lakonan yang dibawa mengikut kehendak pengarah
Kesabaran
Isteri si penjaga panggung sabar menghadapi kemiskinan hidup dan tinggal dirumah kecil dengan sepuluh orang anak
Tanggungjawab
Si penjaga panggung bertanggungjawab menyara keluarga dengan bekerja sebagai penjaga panggung walaupun pendapatannya tidak cukup untuk menyara isteri dan sepuluh orang anak
Kegigihan
Nasib keluarga akan berubah jika berusaha dengan gigih bukannya berangan-angan untuk menjadi seperti seseorang
Keinsafan
Si penjaga panggung menjadi insaf apabila dia disedarkan oleh hero bangsawan yang dipujanya supaya kembali berpijak di bumi nyata
Hormat-menghormati
Hero bangsawan menghormati si penjaga panggung dan menyedarkan si penjaga panggung agar berusaha menjadi dirinya sendiri





Pengajaran
Kita hendaklah berusaha mengubah nasib keluarga bukannya berangan-angan
Si penjaga panggung berangan-angan untuk menikmati kehidupan yang sempurna seperti hero bangsawan yang menjadi pujaannya
Kita hendaklah jujur menyatakan kekurangan diri
Hero bangsawan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam lakonannya
Kita hendaklah sabar menghadapi kekurangan hidup
Isteri si penjaga panggung bersabar dengan kerenah suaminya yang terlalu mengagung-agungkan hero pujaannya
Kita hendaklah sedar akan kekurangan diri supaya nasib akan berubah
Si penjaga panggung sedar akan kekurangan diri setelah mendengar penjelasan daripada hero bangsawan supaya berpijak di bumi nyata



Watak dan perwatakan

Watak
Perwatakan dalaman
Huraian

Si penjaga panggung
Suka berangan-angan

Si penjaga panggung berangan-angan untuk menjadi seperti hero bangsawan yang menjadi pujaannya
Bertanggungjawab

Si penjaga panggung bertanggungjawab menyara keluarganya dengan pendapatan yang kecil
Insaf akan kekurangan diri

Si penjaga panggung insaf setelah disedarkan oleh hero bangsawan supaya kembali ke alam nyata


Hero bangsawan
Jujur

Hero bangsawan jujur memberitahu si penjaga panggung akan realiti kehidupannya yang sebenar
Merendah diri

Hero bangsawan meminta supaya si penjaga panggung tidak terlalu memujinya
Bijak berhujah

Hero bangsawan pandai berkata-kata sehingga si penjaga panggung sedar akan kekurangan diri

Latar

Latar
Pernyataan
Huraian






Latar masa

Tengah hari
Si penjaga panggung menyusun kerusi sambil mengenagkan nasib diri dan keluarga yang miskin serta tinggal di kawasan setinggan di dalam rumah kecil

Petang
Si penjaga panggung berjumpa dengan hero pujaannya setelah selesai menjalani latihan. Hero bangsawan menyedarkan si penjaga panggung agar berpijak di alam realiti dan menjadi dirinya sendiri bukannya menjadi seperti orang lain

Malam
Setelah pementasan selesai, si penjaga panggung berazam untuk mengubah dirinya setelah hero bangsawannya meminta supaya dia kembali ke alam nyata

Latar tempat
Panggung
Si penjaga panggung menyusun kerusi yang telah ditinggalkan oleh penonton
Rumah kecil

Si penjaga panggung tinggal di rumah kecil bersama isteri dan sepuluh orang anak






Latar masyarakat
Masyarakat pelakon pentas

Hero bangsawan menjadi pelakon pentas
Masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan

Si penjaga panggung tinggal di kawasan setinggan di rumah kecil dengan isteri dan sepuluh orang anak
Masyarakat yang suka berkhayal

Si penjaga panggung suka berkhayal untuk menjadi seperti hero pujaannya
Masyarakat yang sabar dan tabah

Isteri si penjaga panggung sabar dan tabah menghadapi kerenah suaminya yang suka berangan-angan dan terlalu mengagung-agungkan idolanya
Masyarakat yang jujur
Hero bangsawan jujur menyatakan realiti kehidupannya yang tidak sempurna berbanding lakonan yang dibawanya

2 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...