Tuesday 31 January 2012

3 KEJADIAN TEMBAK DI KELANTAN...



Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat tentang 3 kejadian tembak berlaku di negeri Kelantan pada tahun 2012. Penulis masih ingat pada bulan Januari sahaja, seorang lelaki ditembak di sebuah kedai makan di Machang dan seorang remaja ditembak di Bachok. Hari ini seorang penjual kuih pula ditembak oleh perompak di rumahnya di Slow Machang. Kejadian tembak ini amat menakutkan masyarakat. Hal ini perlu dibendung segera oleh pihak berkuasa. Penulis dapat membuat kesimpulan bahawa penyeludupan senjata api ke negeri Kelantan begitu mudah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu membuat penguatkuasaan yang lebih ketat lagi agar peristiwa seperti ini dapat dikekang. Masyarakat ingin menikmati kehidupan yang sejahtera, bebas daripada jenayah yang mengerikan ini. 

KEJADIAN TEMBAK LAGI...

Penjual kuih parah ditembak perompak

KOTA BHARU 30 Jan. - Seorang penjual kuih berusia 50 tahun cedera parah akibat ditembak sekumpulan empat perompak yang menceroboh masuk rumah mangsa di Kampung Slow Machang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, mangsa, Che Hasmah Che Awang, 54, cedera di bahagian perut kanan sehingga tembus ke belakang.
Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama-sama suaminya, Mohd. Lawi Dollah, 54, anak lelaki tunggal mereka, Mohd. Khairul Azani, 26, menantu, Shamimi Rohaimee, 22, dan cucu lelaki berusia tiga tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dilaporkan dalam keadaan stabil.

(Sumber : Utusan Online - 31/1/2012)

Monday 30 January 2012

15 LAGI SEKOLAH KLUSTER..

15 lagi diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan


ABDUL GHAFAR (tiga dari kiri) bermesra dengan sebahagian pengetua pada majlis pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Sebanyak 15 buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) apabila memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, sebanyak tujuh buah sekolah menengah dan lapan sekolah rendah telah dipilih untuk fasa enam pengiktirafan itu.
“SKK merupakan salah satu laluan yang akan menjurus kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di mana SKK yang cemerlang akan dipilih sebagai calon SBT.
“Daripada 52 buah sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT, 31 daripadanya terdiri daripada SKK,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan SKK di sini semalam.
SKK merupakan sekolah-sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya berasaskan aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan dan sumber yang ada.
Ia juga dikategori berdasarkan lokasi seperti bandar, luar bandar atau pedalaman serta jenis sekolah dan tahapnya.
Menurut Abdul Ghafar, pada masa kini antara SKK yang menyerlah sehingga ke peringkat antarabangsa ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson dari Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.

(Sumber : Kosmo Online - 31/1/2012)

LUPAKAN PIALA FA..

'United harus kembali bangkit'


JI-SUNG (kiri) berharap United kembali memberi fokus kepada saingan Liga Perdana England dan Liga Europa.


MANCHESTER - Pemain sayap Manchester United, Park Ji-sung menggesa rakan-rakan sepasukannya supaya segera melupakan kekecewaan tewas kepada Liverpool pada pusingan keempat Piala FA di Anfield, Ahad lalu.
Rekod United selaku juara Piala FA sebanyak 11 kali tercalar menerusi jaringan penyerang The Reds, Dirk Kuyt yang membantu Liverpool menang bergaya 2-1.
United kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana England, Manchester City, justeru Ji-sung mahu rakan-rakan sepasukannya melupakan kekecewaan tersebut menjelang pertemuan menentang Stoke City di Old Trafford awal pagi esok.
"Kami harus segera melupakannya (tewas terhadap Liverpool) dan memikirkan apa yang bakal terjadi di masa depan.
"Kami masih memiliki peluang dalam saingan liga dan begitu juga Piala Europa," kata Ji-sung.
Selepas berdepan Stoke, The Red Devils bakal diuji pasukan di tempat keempat liga, Chelsea dalam saingan liga pada Jumaat depan sebelum kembali berdepan Liverpool enam hari kemudian.
Dugaan anak-anak buah Alex Ferguson juga tidak terhenti di situ sahaja apabila mereka bakal melayan cabaran Ajax Amsterdam bagi aksi Liga Europa.
"Kami tidak boleh kehilangan konsentrasi semata-mata kerana tewas kepada Liverpool.
"Ketika berdepan Liverpool, kami menguasai sebahagian besar perlawanan. Cuma, beginilah bola sepak. Apa juga boleh berlaku.
"Kekalahan itu jelas mengecewakan, kesemua pemain hanya terdiam seolah-olah tidak mempercayainya kerana kami yakin boleh menang," jelasnya. - AFP

(Sumber : Kosmo Online - 31/1/2012)

MALAYSIA SATU KUMPULAN DENGAN KOREA..



Dalam undian kelayakan Piala Thomas di Macau sebentar tadi, Malaysia diletakkan dalam satu kumpulan dengan Korea Selatan dan Hong Kong. Harapan agar Malaysia tidak diletakkan satu kumpulan dengan Korea Selatan tidak kesampaian. Penulis tidak mengetahui mengapa ramai pihak cuba mengelak daripada bertemu dengan Korea Selatan kerana penulis melihat mana-mana pasukan yang akan menentang Malaysia nanti akan memperoleh kemenangan mudah. Penulis minta maaf jika bahasa yang digunakan agak kasar. Penulis melihat persiapan kem Malaysia untuk menghadapi Piala Thomas kali ini seolah-olah kesuntukan masa dan tidak menampakkan kesungguhan menghadapi Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1992. Walau bagaimanapun, penulis berharap pemain-pemain Malaysia mampu berjuang untuk menempah tempat ke pusingan akhir Piala Thomas nanti. 

DJOKOVIC JUARA AUSTRALIAN OPEN..



Djokovic juara dalam pertarungan hampir 6 jam

MELBOURNE - Novak Djokovic mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas menumpaskan pilihan kedua dari Sepanyol, Rafael Nadal 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5-7) pada perlawanan akhir Grand Slam paling lama dalam sejarah, lima jam 53 minit.
Nadal bermula cemerlang pada set pertama selepas mengejutkan penyandang juara itu 7-5, tatkala kedua-dua pemain tersebut saling mematahkan servis dan Nadal melakukannya pada permainan ke-11 untuk mencatat kemenangan dalam tempoh 80 minit.
Bagaimanapun Djokovic berjaya memenangi set kedua 6-4 bagi menyamakan kembali kedudukan, walaupun dia melakukan kesilapan berganda tetapi berjaya mematahkan servis Nadal bagi menamatkan saingan tersebut.
Djokovic berada pada kedudukan selesa apabila meraih kemenangan di set ketiga untuk mendahului 2-1 dengan berjaya memenangi permainan keempat.
Hasrat Djokovic untuk meraih kejuaraan disekat Nadal pada set keempat selepas perlawanan tersebut diheret sehingga tie-break.
Pada set penentuan, Djokovic berjaya melakukan pukulan yang melintangi gelanggang dan terbaring kepenatan selepas bertarung dalam perlawanan yang agak lama.
Kemenangan itu membolehkan pemain pilihan utama dan juara 2008 itu meraih kejuaraan Grand Slam buat kali kelima sebelum hari lahirnya yang ke-25.

(Sumber : Utusan Online - 30/1/2012)

OBINNA PEMAIN IMPORT TERBAHARU KELANTAN...

Kelantan ikat Obinna sebagai pemain import terbaharu

30/01/2012 8:43pm

KOTA BHARU 30 Jan. – Pasukan Kelantan, ”The Red Warriors” hari ini menandatangani kontrak dengan bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneiri sebagai pemain import bagi terus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di persada Liga Super musim ini.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, pemain berusia 30 tahun itu akan menggantikan Zakaria Charara dari Lebanon yang akan berpindah ke pasukan Kuala Lumpur bagi membantu pasukan tersebut.
"Kita mengikat kontrak bersama Obinna selama setahun dan beliau dijangka akan beraksi buat pertama kalinya Rabu ini dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Obinna yang juga hadir ketika perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur baru-baru ini teruja dengan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya untuk memperkasakan The Red Warriors,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kelantan kini mempunyai empat pemain import iaitu Mohamed Ghaddar (Lebanon), Denny Antwi (Ghana), Emmanuel Okine (Ghana) serta Obinna.
Pasukan itu kini berada di kedudukan teratas Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul 13 mata. – BERNAMA

(Sumber : Utusan Online - 30/1/2012)

LAWATAN PENANDA ARAS JPN JOHOR....



Hari ini SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra rasa bertuah menerima kunjungan pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor seramai 30 orang dalam rangka lawatan penanda aras ke Kelantan. Rombongan tiba pada pukul 12.15 tengah hari dan disambut dengan persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar Faris Petra di Dewan Gemilang. Rombongan kemudian bergerak ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn. Hj. Shaffie Awang, Pengetua Cemerlang Faris Petra. Selepas taklimat, rmbongan diraikan makan tengah hari di Dewan Makan sebelum bertolak pulang pada pukul 1.45 petang. Warga Faris Petra mengucapkan terima kasih atas lawatan tersebut.

LEPAS SAMUN MINTA NASI...

Penyamun minta nasi selepas pecah rumah

30/01/2012 8:30pm

KUALA TERENGGANU – “Hidang aku nasi” itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut, di sini pagi semalam.
Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga.
(Sumber : Kosmo Online - 30/1/2012)

REAL MADRID JARAKKAN KEDUDUKAN..

Real kukuhkan kedudukan


KAKA (tengah) menjaringkan satu gol ketika membantu Real mencatat kemenangan 3-1 ke atas Real Zaragoza semalam.


MADRID - Real Madrid berjaya mengukuhkan kedudukan di persada Liga Sepanyol selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Real Zaragoza kelmarin.
Skuad bimbingan Jose Mourinho itu memiliki kelebihan tujuh mata di puncak liga selepas pencabar utama, Barcelona sekadar seri tanpa jaringan dengan Villarreal.
Ketika ini, Real telah mengumpul 52 mata manakala Barcelona (45 mata) dan Valencia (35).
(Sumber : Kosmo Online - 30/1/2012)

Sunday 29 January 2012

MOTOSIKAL DIBAKAR....

26 motosikal musnah dibakar


SEBANYAK 26 buah motosikal dan sebuah teksi dibakar dalam satu kejadian di Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam. - IHSAN SINAR HARIAN


PETALING JAYA 28 Jan. - Angkara membalas dendam antara dua kumpulan, penduduk di Apartmen Desa Mentari di sini menjadi mangsa apabila 26 motosikal dan sebuah teksi milik mereka musnah dibakar sekumpulan lelaki.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada tindakan sekumpulan lelaki membaling botol berisi petrol.
Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, katanya, kesemua suspek datang ke perumahan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan dan disedari penduduk.
"Sebaik sahaja api dipadamkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dipanggil bagi menyiasat punca kebakaran.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian bermotifkan balas dendam dan pergaduhan di antara dua kumpulan," katanya di sini hari ini.

(Sumber : Utusan Online - 29/1/2012)

CITY LINER KEMBALI BEROPERASI..

Pengguna KB lega



Bas Cityliner beroperasi semula selepas dihentikan sementara di Stesen Bas Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 28 Jan. – Keputusan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menyambung semula perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di semua laluan, ternyata melegakan pengguna terutama golongan kurang berkemampuan.
Tinjauan Mingguan Malaysia sekitar Kota Bharu hari ini mendapati, rata-rata pengguna yang ditemui menyambut baik keputusan SKMK itu selepas syarikat berkenaan menghentikan sementara perkhidmatan bas berkenaan berikutan kerugian dialami.

ASTEROID LANGGAR BUMI....?

Asteroid nyaris langgar Bumi


Imej dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan bahagian selatan sebuah daripada asteroid gergasi, Vesta yang diambil oleh kapal angkasa Dawn. - REUTERS


WASHINGTON 28 Jan. - Asteroid bersaiz sebesar bas hampir-hampir melanggar Bumi semalam, walaupun pakar sebelum ini tidak bimbang dengan kesannya.
Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang beribu pejabat di Amerika Syrikat, Gareth Williams berkata, asteroid yang diberi nama 2012 BX34 itu mempunyai ukuran diameter antara enam hingga 19 meter.
Kewujudannya sebelum ini tidak diketahui sehinggalah ia dikesan oleh teleskop di Arizona pada Rabu lalu.
Menurut Williams, 2012 BX34 hanya berada sejauh kira-kira 60,000 kilometer daripada Bumi ketika ia melintasi pada pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.
"Insiden yang disifatkan oleh pemerhati angkasa lepas sebagai 'hampir mengenai Bumi' itu menjadikannya antara 20 asteroid yang paling hampir melanggar Bumi," kata Williams.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Khamis lalu mengumumkan bahawa asteroid itu akan 'selamat melalui Bumi pada 27 Januari'.
Williams berkata, ekoran saiznya yang kecil, 2012 BX34 hanya boleh dikesan ketika ia hampir dengan Bumi. - AFP

(Sumber : Utusan Online - 29/1/2012)

AZARENKA NO. 1 DUNIA

Azarenka lakar kejayaan berganda


Victoria Azarenka bersama trofi kejuaraan selepas memenangi final Terbuka Australia di Melbourne, semalam.


MELBOURNE - Pemain dari Belarus, Victoria Azarenka meraih kejayaan grand slam pertama dalam kariernya di samping turut merampas takhta pemain No. 1 dunia selepas mudah menewaskan bintang Rusia, Maria Sharapova, 6-3,6-0 pada perlawanan akhir Terbuka Australia semalam.
Baru berusia 22 tahun, Azarenka yang beraksi kali pertama dalam perlawanan akhir kejohanan utama, hanya mengambil masa 82 minit meranapkan impian Sharapova untuk mengulangi kejayaan memenangi Terbuka Australia pada 2008.

(Sumber : Utusan Online - 29/1/2012)

MU TUMBANG ....


Malang kepada pasukan Manchester United yang disingkirkan oleh Liverpool 2 - 1dalam Piala FA malam tadi. MU sudah kehilangan Piala Liga, Piala FA, Liga Juara-Juara dan yang hanya tinggal untuk dikejar adalah Juara BPL dan Piala Europa. Penulis mengharapkan MU mampu berjuang untuk mengekalkan Juara BPL pada tahun ini.

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...