Butler hampa salahkan pertahanan
KUALA LUMPUR - Jurulatih Red Warriors, Peter Butler menyalahkan barisan pertahanan sebagai punca kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah kelmarin.
Butler berkata, menguasai perlawanan dan bermain cantik tidak cukup untuk bergelar pemenang jika pemain melakukan kesilapan sehingga membuka ruang kepada lawan mendapat gol.
"Kami bermain dengan baik berbanding lawan yang mengamalkan permainan menghantar bola terus ke depan, tetapi ternyata ia lebih berkesan.
"Namun, akibat beberapa kesilapan barisan pertahanan, kami akhirnya dihukum dan lawan mengambil kesempatan menjaringkan gol.
"Ketiadaan Azizi Mat Rose pada babak kedua memberikan kesan pada barisan pertahanan yang gagal bermain dengan baik.
Malahan, corak permainan yang diterapkan Butler menimbulkan persoalan kerana terlalu bertahan apabila dia meletakkan lima pemain yang lebih gemar melakukan serangan.
Ini menyebabkan ketua pasukan, Mohd. Shakir Shaari berseorangan membantu pertahanan Kelantan ketika lawan melakukan serangan balas.
(Sumber : utusan online - 9/1/2012)
No comments:
Post a Comment