KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih menggembirakan Datuk Lee Chong Wei apabila membuka tirai musim 2012 dengan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Korea semalam dan bertambah manis ia dicapai dengan menumpaskan seteru utamanya, Lin Dan.
Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu, selepas kali terakhir pada All England, Mac lalu.
Chong Wei terpaksa bergelar pemain 'kedua terbaik' sepanjang tiga pertemuan dengan Lin Dan selepas itu iaitu Kejohanan Dunia, Terbuka Hong Kong dan Terbuka China, sebelum menamatkan badi dengan kemenangan 12-21, 21-18, 21-14 di Seoul semalam.
(Sumber : Utusan online - 9/1/2012)
No comments:
Post a Comment