Wednesday 25 January 2012

CITYLINER KEMBALI BEROPERASI..

 

 

Bas Cityliner kembali beroperasi di Kelantan


KOTA BHARU 25 Jan. - Setelah 10 hari tergendala, pengguna terutama golongan kurang berkemampuan boleh menarik nafas lega apabila pengendali bas Cityliner, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menyambung semula perkhidmatan di semua laluan bas henti-henti bermula hari ini.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, pihaknya menyambung semula perkhidmatan SKMK melibatkan perjalanan kira-kira 100 bas di 31 laluan yang tergendala sejak 15 Januari lalu.
Menurutnya, langkah itu diambil setelah pihaknya mendapat jaminan bantuan dana daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tengku Hasmadi berkata, beliau telah dihubungi Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad malam tadi yang meminta SKMK menyambung semula perkhidmatan serta-merta hari ini.

(Sumber : Utusan online - 26/1/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...