Tuesday 25 October 2011

USAHA-USAHA MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH



ISU - BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

Tugasan - usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

Idea
  • kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan dunia untuk mewartakan bangunan-bangunan bersejarah sebagai Warisan Dunia
  • kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah walaupun tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
  • kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah
  • Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat dikekalkan
  • Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa
  • kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat
  • kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
  • pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam kalangan murid-murid
  • pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut bulan kemerdekaan negara di peringkat sekolah
  • kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotik dalam diri mereka
  • ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya
  • media massa sama ada media cetak dan media elektronik perlu membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi akan datang

17 comments:

  1. isi -isi telah menolong saya untuk menulis karangan dengan baik... terima kasih...

    ReplyDelete
  2. terima kasih.Izinkan saya untuk copy paste artikel ni.
    -HARAP MAKLUM-

    ReplyDelete
  3. terima kasih....semua maklumat yg diberi semuanya nmapak bagus

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sekalung penghargaan diberikan kpd cg dri pihak saya krn memberikan byk info utk pelihara dan memulihara bangunan

    ReplyDelete
  6. Sekalung penghargaan diberikan kpd cg dri pihak saya krn memberikan byk info utk pelihara dan memulihara bangunan

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cikgu,
    saya ingin bertanya apakah langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan hospital bersejarah?saya mempunyai idea spt. menyelenggara bangunan (cat,baiki siling,paip,lantai yg. rosak bg. mengelakkan keadaan bertambah buruk) tp. saya rasa idea saya kurang matang.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cikgu,
    saya ingin bertanya apakah langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan hospital bersejarah?saya mempunyai idea spt. menyelenggara bangunan (cat,baiki siling,paip,lantai yg. rosak bg. mengelakkan keadaan bertambah buruk) tp. saya rasa idea saya kurang matang.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas info yang telah cikgu beri ...

    ReplyDelete
  10. Blh tolong huraikan ka mak cik

    ReplyDelete
  11. terima kaasih kerana membantu

    ReplyDelete
  12. terima kasih...akhirnya siap juga kerja khusus...

    ReplyDelete
  13. Thank you for the information :>

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...