Soalan
: Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang
terdapat dalam novel tersebut.
Novel
yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat nilai
keberanian dalam novel tersebut.
Nilai
keberanian menyatakan kebenaran terdapat dalam novel Pantai Kasih. Nilai ini
dapat dilihat apabila Felicia Landosi berani menceritakan hal yang sebenar
kepada Dr. Raiha bahawa dia telah bersekongkol dengan Dr. Sadiz membakar kereta
Porshe Dr Sadiz sehingga meragut nyawa Rohayu anak kesayangan Dr. Raiha.
Selain
itu, nilai keberanian bertindak dalam keadaan genting juga terdapat dalam novel
Pantai kasih.
Nilai
ini dapat dilihat melalui peristiwa ibu Unong Siron yang berani menghadapi saat
genting di bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila Felicia Landosi telah
ditawan oleh seorang pemuda yang bertindak menyamar sebagai doktor menceroboh
pusat rawatan tersebut. Ibu Unong Siron berjaya menyelamatkan Felicia Landosi
daripada dicederakan oleh pemuda tersebut kerana keberaniannya.
Novel
yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof.
Terdapat nilai keberanian dalam novel tersebut.
Nilai
keberanian menegakkan hujah terdapat dalam novel Bimasakti Menari. Nilai ini
dapat dilihat apabila Nurul Hafsa berani menegakkan hujah ketika membentangkan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Dato’ Haji Mustafa Al Hamid,
Pegawai Daerah di Kuala Selangor. Nurul Hafsa berani mempertahankan hujahnya
demi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan sekali gus mampu
memgembalikan semua kegelapan agar keindahan alam sekitar di Kuala Selangor
dapat dikembalikan.
Selain
itu, nilai keberanian menangkis tohmahan juga terdapat dalam novel Bimasakti
Menari. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa Nurul Hafsa berani mematah
hujah-hujah Dato’ Johann Arlington-Majid yang melemparkan pelbagai tohmahan
untuk menggagalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor yang
dibentangkan oleh Nurul Hafsa. Keberanian Nurul Hafsa itu telah menyebabkan
Dato’ Johann terdiam dengan hujah-hujahnya.
No comments:
Post a Comment