Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan klimaks dan peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita berdasarkan novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Peristiwa pada peringkat klimaks dalam novel ini ialah semasa Dr Uwang terlibat dalam kemalangan dengan merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Dr Uwang parah dalam kemalangan tersebut. Dr Uwang terbayang-bayang keadaan perbuatannya yang salah terhadap pesakit yang dirawatnya.

Peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita dalam novel ini ialah Felicia Landosi memberitahu perkara sebenar kepada Dr Raiha bahawa dia terlibat dalam kejadian kebakaran kereta porshe Dr Sadiz sehingga meragut nyawa anak kesayangan Dr Raiha iaitu Rohayu. Felecia Landosi memohon maaf kepada Dr Raiha atas kejadian tersebut.

Peristiwa lain yang membawa kepada kesudahan cerita ialah Dr Raiha telah memaafkan Felicia Landosi yang telah insaf akan perbuatannya sehingga meragut nyawa anak Dr Raiha. Dr Raiha tidak berdendam kepada Felicia Landosi sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.




No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...