Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel tersebut.

Latar tempat dalam novel ini ialah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). PRPK merupakan sebuah hospital swasta tempat Dr Uwang, Dr Raiha, Dr Muhammad dan Felicia Landosi bekerja di situ. PRPK telah dibangunkan oleh Dr Uwang daripada sebuah pusat perubatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat perubatan yang eksklusif dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di situ.

Latar tempat seterusnya ialah bilik bedah PRPK. Di bilik bedah inilah tempat Unong Siron dibedah sebanyak lima kali oleh Dr Uwang tetapi masih belum sembuh akibat infeksi pada tulang sendi pinggulnya. Dr Raiha mengambil alih tugas melakukan pembedahan ke atas Unong Siron kali keenam di bilik bedah tersebut.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat banyak latar tempat dalam novel tersebut.

Latar tempat dalam novel ini ialah Balai Cerap Sultan Salahuddin. Pada hari pertama Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, dia menerima kunjungan kanak-kanak dari Jepun yang diketuai oleh Puan Maryam Wickham. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor apabila rombongan tersebut gagal melihat bintang-bintang di langit.

Latar tempat seterusnya ialah stesen minyak Petronas. Dalam perjalanan pulang dari hospital, Muhammad Taufik meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak Petronas untuk berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa yang menunggu di situ. Muhammad Taufik berjumpa dengan penculik itu dan menaiki van yang telah menunggu di stesen minyak tersebut.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...