ASPEK KOMSAS SAJAK
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
ASPEK KOMSAS
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
TEMA
|
Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
|
Pesanan penyajak kepada anak gadinya agar menjaga
maruah diri semasa berada di perantauan
|
PERSOALAN
|
Tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada
anak-anak
Kehidupan di kota berbeza dengan kehidupan di kampung
Kerelaan ibu bapa untuk berpisah dengan anak-anak
Cabaran hidup di perantauan/di kota
Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran hidup
Kehidupan di kampus yang penuh dengan pancaroba
Harapan ibu bapa terhadap anak yang belajar di menara
gading
|
Penyajak melepaskan anak gadisnya ke kota untuk menimba
ilmu pengetahuan di menara gading
Penyajak mengingatkan bahawa anak gadisnya akan menghadapi
suasana yang baru di kota berbanding suasana yang dialaminya di kampung
Penyajak melepaskan anak gadisnya menjalani kehidupan
di perantauan untuk mengenali cabaran hidup yang lebih mencabar
Kehidupan di kota penuh dengan cabaran yang
kadang-kadang agak menyakitkan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya mengggunakan
pertimbangan yang rasional ketika berhadapan dengan cabaran
Penyajak mengingatkan anak gadisnya bahawa kampus bukan
sahaja sarat dengan pelbagai bidang ilmu tetapi juga penuh dengan pancaroba
Penyajak mengharapkan anak gadinya pandai membawa diri
dan membawa pulang kejayaan
|
GAYA BAHASA
|
Personifikasi
Metafora
Inversi
hiperbola
|
sihir angin, nafas api
awan perak, kabut dingin,kalimat hujan, bilah petir,
awan mulus, kabus dingin, bumantara asing, angina baru
jangan kau pulang
berceracak selumbar noda mengabur fikir
tumbuh gunung ego menghalau pekerti
|
NILAI
|
Tanggungjawab
Kegigihan
Kasih sayang
|
Penyajak bertanggungjawab dengan melepaskan anak
gadisnya ke kota untuk menimba ilmu pengetahuan di menara gading
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya berhati-hati
dengan cabaran hidup di kampus kerana boleh menghakis budi pekerti
Penyajak meminta anak gadisnya supaya bijak menguruskan
kehidupan ketika berada di kampus/di kota
Penyajak meminta anak gadinya gigih belajar di kampus
sehingga membawa pulang kejayaan
Penyajak memberikan pelbagai nasihat kepada anak
gadisnya ketika berada di kampus/kota supaya tidak hanyut dengan cabaran yang
boleh menghakis maruah diri
|
PENGAJARAN
|
Sebagai ibu
bapa, kita hendaklah memberikan pendidikan sehingga ke tahap tinggi kepada
anak-anak supaya masa depannya terjamin
Sebagai ibu bapa kita hendaklah menasihati anak-anak
yang ingin belajar di menara gading supaya tidak hanyut dengan cabaran
Kita hendaklah bijak membawa diri ketika berada di
perantauan
Kita hendaklah belajar bersunguh-sungguh di menara
gading
Kita hendaklah berfikir secara rasional apabila
berhadapan dengan pelbagai masalah
|
Penyajak sanggup melepaskan anak gadisnya belajar di
kampus walaupun cabaran hebat akan ditempuh oleh anaknya demi mencapai
kejayaan dalam hidup
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya membuat
pertimbangan dengan akal yang waras apabila berhadapan dengan cabaran di
kampus
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya pandai
membawa diri ketika berada perantauan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya belajar
bersungguh-sungguh agar pulang dengan kejayaan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya membuat pertimbangan
yang rasional supaya tidak terpengaruh dengan pancaroba di kampus
|
BENTUK
|
Bilangan rangkap
Bilangan baris serangkap
Rima akhir
Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
|
4 rangkap
R1 8 R2 6, R3 6,
R4 5
R1 aabcaade R2
3 – 6 patah
perkataan
5 – 14 suku kata
|
No comments:
Post a Comment