Soalan
: Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang
saya pelajari ini.
Pada
bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr
Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang
sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya
untuk mengetahui sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi
pinggul sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin
mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau tidak pada penghujung
cerita novel ini.
Peristiwa
yang menarik minat saya pada bahagian permulaan novel ini juga memaparkan
peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Peristiwa ini menarik
minat saya untuk mengetahui tujuan Felicia Landosi minum ubat batuk bagi
menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui punca tekanan
yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk
mengatasi masalah tersebut dengan minum ubat batuk.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof.
Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan
novel yang saya pelajari ini.
Pada
bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah peristiwa
sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun
duduk di kerusi di atas platform melengkung mengelilingi kubah balai cerap yang
terletak di lereng Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kanak-kanak ini kecewa
kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut.
Peristiwa ini menarik minat saya kerana saya ingin mengetahui sebab kanak-kanak
dari jepun tersebut tidak dapat melihat bintang-bintang di langit apabila
mencerap di balai Cerap Sultan Salahuddin sedangkan Kuala Selangor terkenal
dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui balai cerap tersebut.
Peristiwa
lain yang terdapat pada bahagian permulaan novel ini juga ialah peristiwa
semasa Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin berjanji kepada kanak-kanak dari Jepun yang kecewa tidak dapat melihat
bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan semula
kegelapan langit di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat semula.
Peristiwa pada peringkat permulaan ini menarik minat kerana saya ingin
mengetahui cara yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk
mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor. Saya juga ingin
mentehaui sama ada cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha Nurul Hafsa
melestarikan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment