Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr Sadiz kerana sangat sayangkan anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit juga terdapat dalam novel Pantai Kasih. Sebagai contoh, Dr Raiha menerima tugasan yang diminta oleh Dr Uwang supaya melakukan pembedahan ke atas Unong Siron walaupun tugasan itu berisiko dan diterima pada saa-saat akhir kerana Dr Raiha merasakan dia bertanggungjawab untuk memulihkan pederitaan yang ditanggung oleh Unong Siron.

Selain itu, persoalan sikap mementingkan keuntungan dalam perniagaan juga terdapat dalam novel ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr Uwang yang menggunakan alat ganti murah dan tidak berkualiti apabila melakukan pembedahan tulang sendi punggul Unong Siron sebanyak 5 kali kerana mementingkan keuntungan dan Unong Siron masih tidak sembuh.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel tersebut. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah meminta ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi Sungai Kuantan untuk memastikan habitat kelip-kelip terpelihara dan tidak pupus. Tindakan Muhammad Taufik membina rumah prototaip teknoalam yang mesra alam juga membuktikan  semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel ini.

Selain itu, persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kejadian Muhammad Taufik dipukul oleh orang yang tidak dikenali kerana ingin membantu Muhammad Taufik. Peristiwa Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di stesen minyak Petronas walaupun Muhammad Taufik baru keluar dari hospital demi memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan juga membuktikan semangat setiakawan dalam persahabatan terdapat dalam novel ini

Seterusnya, persoalan tangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan juga terdapat dalam novel Bimasakti Menari. Buktinya ialah Nurul Hafsa menerima tugas melayan kunjungan rombongan pelajar sekolah dari Jepun pada hari pertama dia bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan itu dengan baik kerana dia merupakan lepasan Universiti di Jordan dalam bidang ilmu falak.

1 comment:

  1. AS SALAM CIKGU.. SAYA MINTAK SHARE DAN HALALKAN SEMUA NOTA CIKGU NI YEE. SAYA SHARE DENGAN PELAJAR-PELAJAR SAYA. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU. SEMOGA ALLAHMERAHMATI DAN MEMBERKATI USAHA CIKGU YANG SANGAT BERMANFAAT INI.

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...