Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang memberi kesan terhadap perasaan anda.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang ibu yang tetap mempertahankan hak untuk meneruskan kandungan daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungan walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana dia amat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun tahu akan dilahirkan dalam keadaan cacat. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya kagum melihat kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak mempedulikan permintaaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang doktor menerima tanggungjawab untuk merawat pesakit. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha sanggup menerima tugasan daripada Dr Uwang supaya melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang telah mengalami infeksi akibat pembedahan terdahulu walaupun tugasan itu telah diterima pada saat akhir. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya bangga dengan seorang doktor yang sanggup menerima tugasan pada saat akhir dan yang berisiko kerana ingin memastikan pesakitnya sembuh semula.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa anak muda yang berusaha untuk melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dapat dilaksanakan agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Projek ini mendapat tentangan daripada Dato’ Johann Arlington-Majid semasa Nurul Hafsa membentangkannya di hadapan Menteri Besar. Peristiwa ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya bangga melihat kegigihan anak muda yang berusaha untuk memgembalikan semula kecerahan langit walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh kerana keazaman mereka untuk melestarikan alam sekitar.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa sifat setiakwan dalam persahabatan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Muhammad Taufik dalam perjalanan pulang dari hospital telah meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak petronas. Muhammad Taufik telah berjumpa dengan penculik yang mengunggu di stesen minyak itu dan terus manaiki van yang dipandu oleh penculik yang telah menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik sanggup menggantikan dirinya walaupun masih dalam keadaan lemah kerana ingin menyelamatkan rakannya Nurul Hafsa. Peristiwa ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya kagum melihat pengorbanan seorang rakan untuk menyelamatkan rakan lain yang ditimpa kesusahan.


1 comment:

  1. blok yang baik untuk merujuk peristiwa novel dan saya ingin mengucapkankan terima kasih kepada cikgu muktahir untuk membekalkan tempat untuk merujuk novel.

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...