Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak sampingan yang saya kaji dalam novel ini ialah Dr. Uwang. Terdapat pelbagai perwatakan Dr Uwang dalam novel Pantai Kasih.

Dr Uwang adalah seorang yang gigih. Buktinya ialah Dr Uwang gigih membangunkan sebuah pusat rawatan yang kecil  menjadi sebuah pusat rawatan swasta eksklusif yang dinamakan Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Pusat rawatan ini telah terkenal dan menjadi perhatian pelbagai lapisan masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, Dr Uwang juga seorang yang mementingkan keuntungan dalam perniagaan. Buktinya ialah Dr Uwang telah menggunakan alat ganti tulang sendi pinggul yang murah dan tidak berkualiti apabila melakukan pembedahan ke atas Unong Siron. Dr Uwang telah menggunakan alat ganti tersebut kerana harganya murah tanpa mengambil kira risiko yang akan dialami oleh pesakitnya. Kesannya ialah Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima kali kerana telah mengalami infeksi.

Seterusnya, Dr Uwang juga seorang yang tidak dapat menerima teguran. Contohnya ialah Dr Uwang tidak berpuas hati dengan Dr Raiha yang dilihatnya cuba mempertikaikan kewibawaannya sebagai doktor pakar bedah yang terkenal semasa melaksanakan tugas  melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron. Dr Uwang seolah-olah tercabar dengan pertikaian yang dilakukan oleh Dr Raiha terhadap kewibawaannya sebagai doktor pakar dan pemilik PRPK.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak sampingan yang saya kaji dalam novel ini ialah Muhammad Taufik. Terdapat pelbagai perwatakan Muhammad Taufik dalam novel Bimasakti Menari

Perwatakan Muhammad Taufik ialah beliau seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah mendirikan rumah prototaip yang mesra alam.. Muhammad Taufik telah membina rumah mesra alam ini adalah untuk menyampaikan mesej dan kesedaran kepada manusia supaya kembali bergantung kepada alam semula jadi. Muhammad Taufik masih menggunakan penulenan air untuk diminum dan memasak sebagai langkah berjaga-jaga dan rumah itu bersedia untuk tidak menggunakan bekalan air komuniti sepenuhnya.

Selain itu, Muhammad Taufik juga seorang yang setiakawan. Buktinya ialah Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid dengan mempertaruhkan dirinya agar Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di stesen minyak Petronas walaupun dia baru keluar dari hospital kerana sifat setiakawan yang ada dalam dirinya.

Seterusnya, Muhammad Taufik juga seorang yang penyayang. Buktinya ialah dia menyayangi Nurul Hafsa dan melamar Nurul Hafsa untuk dijadikan isterinya.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...