Monday 30 April 2012

PERHIMPUNAN : DIMANAKAH KEWAJARANNYA...?


Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang telah diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Penulis akan mengemukakan pendapat dari sisi pemikiran ilmiah, bukan dipengaruhi oleh unsur politik. Penulis merasakan sudah tiba masanya Perdana Menteri membubarkan parlimen sekarang kerana keadaan akan menjadi lebih dahsyat lagi jika pilihan raya tidak diadakan pada masa terdekat ini. Penulis lebih suka pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana lebih lama lagi pilihan raya ke-13, maka lebih banyak lagi perhimpunan akan diadakan di ibu negara. Penulis dapat mengagak bahawa perhimpunan Bersih 4.0 atau 5.0 akan diadakan pula selepas ini jika pilihan raya tidak diadakan lagi. Penulis melihat bahawa perhimpunan seperti Bersih 3.0 ini bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang lebih adil dan telus tetapi ada agenda di sebalik perhimpunan tersebut. Penulis percaya tuntutan yang diminta oleh pihak penganjur untuk melihat pilihan raya yang adil dan telus sebahagian besar telah dan akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya ke-13 nanti dan sebahagian lagi mungkin tidak dapat dilaksanakan akibat kekangan undang-undang. Walaupun begitu usaha untuk dibuat penambahbaikan telah dan sedang diusahakan oleh SPR agar pilihan raya menjadi lebih adil dan telus. Jadi, perhimpunan yang diadakan ini adalah semata-mata untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa penyokong pihak pembangkang sangat ramai dan hal ini tidak lebih daripada satu propaganda untuk melemahkan kerajaan. Perhimpunan yang diadakan juga adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada negara asing bahawa Malaysia tidak aman sekali gus menyebabkan pelabur asing yang ingin menanam modal di sini akan beralih ke negara lain. Penulis tidak melihat mana-mana perhimpunan yang diadakan akan  berlangsung secara aman dan kecederaan  serta kerosakan dapat dielakkan. Setiap perhimpunan yang dikatakan aman pada mulanya akan berakhir dengan huru-hara kerana peserta perhimpunan akan membuat provokasi supaya pasukan keselamatan bertindak ganas. Inilah tujuan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu diadakan. Pihak penganjur sudah berjaya dalam misi tersebut, iaitu menguar-uarkan kepada masyarakat dunia bahawa pasukan keselamatan kita ganas dan kerajaan sekarang adalah zalim. Akhir sekali, penulis lebih suka jika Perdana Menteri membubarkan parlimen sekarang supaya pilihan raya dapat diadakan pada cuti persekolahan bulan Jun nanti. Usahlah takut untuk membubarkan parlimen sekarang kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Pihak yang mendapat majoriti mudah atau majoriti dua pertiga nanti akan menjadi pemerintah. Kita tidak mahu negara dalam keadaan huru-hara dan akhirnya rakyat yang akan menanggung sengsara.  Marilah kita tentukan kerajaan yang akan memerintah nanti pada kertas undi. 

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM...


Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan diadakan pada 3 - 5 Mei 2012 bertempat di Tapak Perkhemahan Tengku Muhammad Faris Petra. Perkhemahan yang  melibatkan semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 merupakan acara tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh warga Faris Petra. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan kawad, seni kreatif, memasak, mencari harta karun dan persembahan kebudayaan telah dirancang oleh pihak sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka. Penulis mengucapkan selamat berkhemah.

TAKLIMAT BIASISWA KHAZANAH NASIONAL BHD...


Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program taklimat biasiswa bersama dengan Khazanah Nasional Berhad pada 3 Mei 2012 (Khamis), jam 3.00 petang bertempat di Dewan Gemilang. Penulis mengharapkan anak-anak pelajar SPM 2012 mengambil peluang ini bagi meningkatkan semangat mereka menghadapi SPM pada penghujung tahun ini. 

KERTAS KERJA JARINGAN SBT DENGAN SK TANJUNG JENERA



KERTAS KERJA
PROGRAM JARINGAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) DENGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG JENERA UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN UPSR 2012

1.0             PENDAHULUAN

Pada bulan Februari 2011, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua. SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Fokus SBT adalah kepada lima bidang utama iaitu bidang kurikulum, kokurikulum dan koakademik, sahsiah dan kepimpinan, khidmat komuniti dan sekolah angkat serta pengantarabangsaan. SBT sebagai penanda aras kecemerlangan pendidikan akan menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini terutamanya sekolah kebangsaan. Salah satu sub NKRA sekolah berprestasi tinggi ialah membantu sekolah sekitar yang mempunyai pencapaian rendah supaya meningkatkan pencapaian akademik. Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pencapaian akademik di sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjong Jenera, Bachok Kelantan.

2.0             MATLAMAT

2.1 Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dan peratus kelulusan sekolah.
2.2 Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2012
2.3 Meningkatkan peratus pelajar lulus semua mata pelajaran
2.4 Melonjakkan prestasi sekolah di peringkat PPD Bachok
2.5 Memantapkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan UPSR
2.6 Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi UPSR tahun 2012
2.7 Memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti kemasyarakatan

3.0             OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi UPSR tahun 2012
3.2 Memantapkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan lebih berkesan dan mantap
3.3 Memantapkan penguasaan pengetahuan secara mendalam dan spesifik bagi semua mata pelajaran
3.4 Meningkatkan lagi semangat belajar secara bekerjasama dalam kumpulan
3.5 Meningkatkan kesungguhan murid untuk berjaya dalam UPSR tahun 2012
3.6 Memberi peluang kepada pelajar berhubung dengan masyarakat luar
3.7 Meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar
3.8 Mendedahkan kepada pelajar tentang aktiviti kemasyarakatan


4.0             KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua murid tahun 5 SK Tanjong Jenera                  : 55 orang
4.2 Semua pelajar tingkatan 4 Lambda SMSTMFP          : 25 orang


5.0             TARIKH/ HARI

 9 NOVEMBER 2011 (RABU)


6.0             TEMPAT PROGRAM

SK Tanjong Jenera, Bachok, Kelantan

7.0             PENGISIAN PROGRAM

7.1 Ceramah Motivasi
7.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


8.0             AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                          : Tn. Hj. Shaffie b. Awang
bersama                              Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

                                            En. Azhari b. Ismail
                                            Guru Besar SK Tanjong Jenera

Timbalan Pengerusi           : Tn. Hj. Mukhatar b. Mohd Noor
bersama                              PK SMSTMFP

                                            Pn. Hjh. Rohana bt. Ismail
                                          : PK SK Tanjong Jenera

Naib Pengerusi 1               : En. Ahmad b. Tajab
                                            PK HEM SMSTMFP

                                            Pn. Hjh. Ramlah bt. Yaacob
                                            PK HEM SK Tanjong Jenera

Naib Pengerusi 2               : Pn. Wan Atikah bt. Wan Abdullah
                                            PK Kokurikulum SMSTMFP

                                            En. Mohd Daud Salleh
                                            PK Kokurikulum SK Tanjong Jenera

Penyelaras                        : En. Aris Pazilah b. Harun

Setiausaha                       : En. Azaman b. Zakaria

AJK                                    : En. Anuar b. Mohd Noor
                                          : Pn. Wan Faezah bt. Wan Ab Ghani
                                          : En. Mohd Sabri b. Hamat
                                          : En. Zaini b. Mohamad
                                          : En. Wan Mohd Saidi Jaafar
                                          : Pn. Nik Sakinah Ismail
 
9.0             ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber – peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

BIL
PERKARA
AMAUN (RM)
JUMLAH
1
Bayaran makan dan minum pelajar SMSTMFP
25 orang X RM6.00 X 1 hari
RM150.00
2
Bayaran makan dan minum murid SK Tanjong Jenera
55 orang X RM6.00 X 1 hari
RM330.00
3
Bayaran makan guru (SMSTMFP dan SK Tanjong Jenera)
5 orang X RM6.00 X 1 hari
RM30.00
4
Banner
1 unit X RM200.00
RM200.00

5
Bayaran penceramah
1 orang X RM200.00
RM200.00
6
Fotostat bahan
55 salinan X RM2.00
RM110.00

7
Fail peserta
55 orang X RM1.00

RM55.00
JUMLAH
RM1075.00


10.0       TENTATIF PROGRAM

9 NOVEMBER 2011 (RABU)

7.00 – 8.00 pagi              - Bertolak dari SMSTMFP ke SK Tanjong Jenera
8.30 – 9.00 pagi              - Majlis perasmian
9.00 – 10.30 pagi            - Ceramah motivasi oleh YM Raja Zulkifli B. Raja Omar
                                            Kaunselor SMK Kubang Kerian 2
10.30 – 11.00 pagi          - Minum pagi
11.00 – 12.00 tgh           - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
                                            Keseronokan Belajar di SBP
12.00  – 1.00 ptg             - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
                                            Bina Matlamat Diri dan  Bina Keyakinan Diri
1.00 ptg                            - Majlis Penutup dan Penilaian Program
                                            Bertolak pulang dari SK Tanjong Jenera ke SMSTMFP






   Disediakan oleh;                                                             Disahkan oleh;



(AZAMAN BIN ZAKARIA)                                                (HJ. SHAFFIE BIN AWANG)
Setiausaha program                                                    Pengetua SMSTMFP

LATIH TUBI SPM 2012 (2)


LATIH TUBI MENJELANG SPM 2012


Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi bagitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padipun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.

(Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah masalah yang dihadapi oleh ibu apabila Sungai Ceper menjadi kering?                      [2 markah]                                                                                                                                                                  

Masalah yang dihadapi oleh ibu apabila Sungai Ceper menjadi kering ialah .............................................

..................................................................................... serta .............................................................................

................................................ Selain itu, .........................................................................................................

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu?                                                                                                                                       [3 markah]
                                                                                                                                                                      

Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meringankan beban yang ditanggung

oleh ibu ialah ....................................................................................................................................................

serta ..................................................................................................................................................................

Selain itu, usaha lain ialah .............................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

(iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.                                                                                                                                [4 markah]

Satu pengajaran daripada petikan di atas ialah ............................................................................................

............................................................................................................................................................................

Buktinya, ............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

Pengajaran daripada keseluruhan drama pula ialah ....................................................................................

............................................................................................................................................................................

Buktinya,.............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................


Soalan 2 (d): Petikan Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
                                             sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
                                             pendirian
keberanian dan ilmu

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.


(Dipetik daripada sajak ”Harga Remaja”  dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)       Apakah maksud rangkai kata penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju  berdasarkan petikan di atas?                                                                                                                                          [2 markah]

Maksud rangkai kata tersebut ialah ...............................................................................................................

............................................................................................................................................................................


(ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan yang diperlukan untuk menjadi remaja yang berwawasan?                                                                                                                     [4 markah]

Pada pendapat saya, persediaan yang diperlukan untuk menjadi remaja yang berwawasan ialah

 ...........................................................................................................................................................................

Persediaan lain ialah.........................................................................................................................................

...................................................................................... serta ............................................................................

............................................................................................................................................................................

(iii) Jelaskan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.                                                                         [3 markah]
       

Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah .................................................................... iaitu....................

........................................................................ ...................................................................................................

Seterusnya nilai .................................................................................................... iaitu ...................................

............................................................................................................................................................................

Nilai lain ialah ............................................................................................................... iaitu ...........................

............................................................................................................................................................................


Soalan 3 : Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa

(a)     Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)                   haru-biru
(ii)                 susup-sasap
(iii)                turun-temurun
(iv)                porak-peranda
(v)                 mundar-mandir
(vi)                gilang-gemilang

(i)       ..............................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

(ii) ................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

(iii) ...............................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

(iv) ...............................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

(v) ................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

(vi) ...............................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................


(b)     Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Diwajibkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara remaja yang berusia 18 tahun.

(ii) Akan diikuti kursus peningkatan prestasi kerja oleh pegawai-pegawai di jabatan itu.

(iii) Masih teguh bangunan bersejarah itu walaupun berusia ratusan tahun.
                                                                                                                                                       [6 markah]

(i) .................................................................................................................................................................

(ii) ................................................................................................................................................................

(iii) ...............................................................................................................................................................

(c)     Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual.

(ii) Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

(iii) Aturcara kejohanan olehraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.
       [6 markah]

(i)...............................................................                     ..........................................................

(ii).............................................................                      ............................................................

(iii)............................................................                      ............................................................

(d)     Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Golongan pemulihara alam menentang pengeluaran pakaian yang diperbuat dari bulu binatang.

(ii) Ketika berkhemah bersama anggota kadet di kawasan hutan itu, hanya telefon tangan yang menjadi penghubung antara dia dengan keluarganya.

(iii) Yang Berusaha wakil rakyat itu sudi merakamkan kata aluan dalam buku cenderamata sempena program Kembara Bahasa.                                                                                                  [6 markah]



(i)   .................................................................                        .................................................................

(ii)  .................................................................                        .................................................................

(iii) .................................................................                .................................................................

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)   seperti ikan pulang ke lubuk

(ii)  muafakat membawa berkat

(iii) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
       [6 markah]

(i)   ......................................................................................................................................................................

     .......................................................................................................................................................................

(ii)  ......................................................................................................................................................................

     .......................................................................................................................................................................

(iii) ......................................................................................................................................................................

     .......................................................................................................................................................................

Soalan 4 : Novel


(a) Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya.

Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari.
                                                                                                                                                                      [7 markah]

Novel yang saya kaji ialah .................................................. karya ..................................................................

Novel tersebut memaparkan banyak peristiwa yang dapat saya teladani. Antara peristiwa

tersebut ialah ....................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

........................................................................... Peristiwa ini menjadi teladan kepada saya

kerana ..............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

Peristiwa lain ialah ...........................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

................................................................ teladan yang dapat saya ambil daripada peristiwa ini

ialah ……………………………………………………………………………………………………………................……………………

............................................................................................................................................................................


(b) watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.
                                                                                                                                                                       [8 markah]

Novel yang saya kaji ialah ...................................................... karya .............................................................

Watak sampingan yang saya pilih ialah .........................................................................................................

Antara perwatakan watak sampingan ini ialah ..............................................................................................

Contohnya ialah ................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

Perwatakan lain ialah .......................................................................................................................................

Buktinya ialah ...................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

Selain itu, perwatakan .....................................................................................................................................

Contohnya ialah ................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................


ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...