Thursday 31 May 2012

BERCUTI DI DEMONG BEACH RESORT....









PERCUTIAN PENULIS BERSAMA KELUARGA DI DEMONG BEACH RESORT, BESUT PADA 30 & 31 MEI 2012

GEMPA BUMI DI TIMUR LAUT ITALI....


Gempa bumi yang berukuran 5.9 Skala Richter telah menggegarkan timur laut Itali hari ini dan mengorbankan 15 orang manakala lebih 200 lagi cedera. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

MALAYSIA BENAM PAKISTAN .....



Malaysia mencatat kemenangan pertama dengan membenam Pakistan 3 - 2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah malam tadi setelah seri dengan Britain dan Korea serta kalah kepada India sebelum ini. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

UKM SALAH SEBUAH UNIVERSITI TERBAIK DUNIA....


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 universiti terbaik dunia mengikut Quacquarelli Sysmonds (QS)-World University Ranking 2012/2013 bagi kategori universiti berusia bawah 50 tahun. Pengiktirafan tersebut telah meletakkan UKM sebagai satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam kelompok universiti terbaik daripada beribu-ribu universiti di dunia. Tahniah UKM. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

AIRBUS A380 TERBESAR DI DUNIA....


Pesawat baharu milik Malaysian Airline System (MAS), Airbus A380 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini. Pesawat yang terbesar di dunia itu berlepas dari Toulouse, Perancis semalam merupakan sebuah daripada enam buah yang ditempah oleh MAS. Pesawat tersebut mampu menampung 494 orang penumpang dan berupaya terbang sejauh 15,300 kilometer. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

Sunday 27 May 2012

DRAGON SPACE X .....!


Kapal angkasa lepas komersial pertama di dunia yang dikenali sebagai Dragon SpaceX telah tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dua hari lepas. Beberapa kru ISS telah memasuki kapal angkasa tersebut untuk membuat tinjauan. 

(Sumber : Kosmo Online - 27/5/2012)

PEP GUARDIOLA HEBAT.....!


Barcelona menjuarai Piala Raja Sepanyol setelah menumpaskan Atletic Bilbao 3 - 0 pagi semalam. Kejuaraan tersebut menjadi hadiah buat jurulatihnya, Pep Guardiola yang akan meninggalkan pasukan tersebut dengan 14 trofi setelah membimbing skuad Barcelona selama 4 musim. 

(Sumber : Kosmo Online - 27/5/2012)

JUAL SPERMA DAN OVUM ......?


Percayakah anda bahawa harga air mani lelaki di pasaran antarabangsa adalah antara RM650 hingga RM900 sebotol dan ovum wanita pula pernah mencecah RM100,000. Urus niaga sperma dan ovum di pasaran dunia telah mencecah bilion ringgit setahun. Denmark merupakan pembekal sperma terbesar di dunia dan mereka telah mengeksport sperma ke Hong Kong, Kanada, Kenya dan Paraguay. Fenomena menjual sperma dan ovum ini juga dipercayai berlaku di Malaysia melalui klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan keuntungan. 

(Sumber : Kosmo Online - 27/5/2012)

CHINA UNGGULI PIALA THOMAS DAN UBER


China menjuarai Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut setelah menumpaskan Korea 3 - 0 sebentar tadi setelah menjuarai Piala Uber semalam juga menewaskan Korea 3 - 0. 

Saturday 26 May 2012

SEMUA LEPASAN SPM SERTAI PLKN....?


Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe mencadangkan supaya semua pelajar lepasan SPM menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa ketika ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM260 juta untuk melatih 120,000 pelatih PLKN setahun. Jika semua pelajar lepasan SPM menyertai PLKN, kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk melatih kira-kira 500,000 orang. Semua pihak perlu mengkaji dengan lebih mendalam sebelum cadangan tersebut dilaksanakan. 

(Sumber foto : Kosmo Online - 26/5/2012)

PERGADUHAN DI PARLIMEN....!


Pergaduhan antara ahli parlimen tercetus pada sidang parlimen di Ukraine kelmarin berikutan satu rang undang-undang diluluskan untuk membolehkan bahasa Rusia digunakan di mahkamah, hospital dan institusi-institusi lain.  Penulis berharap ahli-ahli parlimen negara kita tidak berkelakuan sedemikian ketika bersidang. Sepatutnya ahli parlimen berbahas untuk membawa masalah rakyat, bukannya menunjukkan tingkah laku samseng semasa bersidang di parlimen. 

(Sumber foto : Kosmo Online - 26/5/2012)

PELUANG TRW RAPATKAN JURANG.....!


Selepas berjaya merangkul kejuaraan Piala FA dan layak ke suku akhir Piala Konfiderasi Boa Sepak Asia (AFC), The Red Warriors akan menentang Johor FC malam ini dalam Liga Super. Pertembungan malam ini menjadi platform untuk TRW merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII yang berkelebihan 7 mata. Walaupun bermain di tempat lawan, TRW tidak mempunyai masalah untuk membenam Johor FC jika corak permainan menyerang menjadi strategi pasukan. 

Friday 25 May 2012

RASUAH DALAM LIGA SUPER ...?


Rasuah dalam bola sepak negara kembali mendapat tempat dalam media massa. Semalam Singapura telah mendakwa dua orang rakyat Malaysia kerana dituduh mengatur perlawanan bola sepak dalam Liga Super melibatkan perlawanan antara Lions XII menentang Sarawak. Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura dalam kenyataannya menyebut bahawa seorang pengadil, Shokri Nor dan bekas pemain Thana Segar menerima rasuah RM15,000 setiap seorang bagi mengatur perlawanan Lions XII menentang Sarawak di Singapura pada 22 Mac lalu. Jika mereka terbukti bersalah, penulis melihat isu ini amat mendukacitakan ketika negara berusaha memerangi gejala rasuah dalam sukan bola sepak. Penulis melihat hal ini perlu dibendung dengan lebih tegas supaya amalan rasuah dalam sukan bola sepak negara dapat diatasi. Imej negara akan tercemar jika amalan rasuah menular dalam bola sepak negara. Pihak pengurusan FAM perlu lebih proaktif dalam memerangi gejala rasuah kerana kita tidak mahu amalan ini akan merosakkan bola sepak negara. FAM perlu melibatkan PDRM dalam hal ini jika ingin memerangi rasuah habis-habisan. Kita tidak mahu liga bola sepak negara dicemari dengan amalan rasuah ketika seluruh rakyat Malaysia sedang menyokong pasukan bola sepak negara sekarang ini. 

Thursday 24 May 2012

TRW MARA KE SUKU AKHIR PIALA AFC.....


Penulis melihat kemaraan The Red Warriors ke peringkat suku akhir setelah membenam Terengganu 3 - 2 dalam pertarungan di Stadium Sultan Muhammad IV dua hari yang lalu sungguh mencemaskan. Penulis memuji aksi TRW pada separuh masa pertama kerana bermain dengan cemerlang dengan corak menyerang walaupun pergerakan agak terbatas kerana bermain dalam hujan. Asakan bertali arus oleh jentera serangan TRW sukar disekat oleh barisan pertahanan Terengganu. Hasilnya TRW berjaya menjaringkan 3 gol menerusi Mohd Nor Farhan Muhammad dan Rizal Fahmi Ab Rosid. Walau bagaimanapun, penulis melihat aksi pada separuh masa kedua pula amat mendukacitakan kerana corak menyerang seperti yang ditunjukkan pada separuh masa pertama kurang kelihatan. Barisan penyerang TRW nampak longlai dan lebih banyak bertahan seolah-seolah mereka sudah yakin akan menang. Taktikal sedemikian memakan diri sebenarnya kerana Terengganu mengambil kesempatan atas kelalaian itu sehingga berjaya menyumbat 2 gol untuk merapatkan kedudukan. Penulis melihat corak permainan bertahan selepas mendahului pasukan lawan dengan jaringan dua atau tiga gol tidak boleh diamalkan. Pada penulis, pertahanan yang berkesan adalah menyerang. Apa salahnya jika taktikal menyerang terus diamalkan walaupun telah mendahulu pasukan lawan dengan jaringan yang selesa. Dalam bola sepak peringkat antarabangsa, jaringan pada minit-minit terakhir perlawanan tidak mustahil. Walau bagaimanapun penulis ingin mengucapkan tahniah kepada TRW kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala AFC.

(Sumber foto : Utusan Online - 25/5/2012)

KEBIMBANGAN MENJAJI NYATA.....!


Penulis pernah mengemukakan pandangan dalam blog sebelum ini bahawa Datuk Lee Chong Wei perlu dikurangkan penyertaannya dalam kejohanan Super Series dan dikecualikan daripada menyertai Piala Thomas yang sedang berlangsung sekarang ini. Penulis berpendapat sedemikian adalah kerana skuad Piala Thomas kali ini sangat lemah dan harapan yang diletakkan pada bahu Datuk Lee Chong Wei itu boleh dimainkan oleh pemain-pemain pelapis negara yang lain. Penulis pernah menyuarakan pandangan ini kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini supaya membariskan pemain-pemain muda negara untuk mendedahkan mereka dalam kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa dengan lebih kerap. Penulis sebenarnya bimbang jika Datuk Lee Chong Wei menyertai banyak kejohanan, beliau akan kehilangan banyak tenaga dan jika tidak bernasib baik beliau boleh cedera. Jika perkara ini berlaku, matlamat untuk melihat beliau menggondol emas pertama negara dalam Sukan Olimpik nanti akan berkubur. Perkara yang menjadi kebimbangan penulis sebelum ini kini telah berlaku kepada beliau. Datuk Lee Chong Wei kini telah cedera ketika menentang Peter Hoeg Gade dalam Piala Thomas dua hari yang lalu. Walaupun kecederaan Datuk Lee Chong Wei tidak berapa serius (selepas melalui ujian MRI), tetapi peluang untuk melihat beliau pulih dalam masa 64 hari lagi sebelum Sukan Olimpik sangat membimbangkan. Penulis berharap Datuk Lee Chong Wei kuatkan semangat dan tanamkan tekad untuk menghadapi Sukan Olimpik nanti dengan penuh keyakinan. 

(Sumber foto : Utusan Online - 25/5/2012)

CUTI SEKOLAH BERMULA.....!


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan. Bermula esok, 25/5/2012 hingga 9/6/2012 murid-murid akan bercuti setelah mengharungi separuh penggal persekolahan bagi sesi 2012. Penulis ingin mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mengisi masa cuti mereka dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. 



Saturday 19 May 2012

CHELSEA JULANG PIALA LIGA JUARA-JUARA....


Chelsea telah menumpaskan Bayern Munich menerusi sepakan penalti 4 - 3 setelah kedua-dua pasukan terikat 1 - 1 sehingga masa tambahan. Gol kemenagan jaringan Didier Drogba di Allianz Arena itu menobatkan Chelsea selaku juara baharu Liga Juara-Juara setelah dikecewakan Manchester United sebelum ini. Tanpa beberapa tonggak yang cedera dan menjalani penggantungan, Chelsea berupaya mengekang asakan Bayern Munich sehingga tamat masa tambahan. Tahniah kepada pengurus sementara, Roberto De Matteo yang telah membawa Chelsea menjulang piala Liga Luara-Juara bagi musim 2012. 

(Sumber foto : Utusan Online - 20/5/2012)

KELANTAN JUARA PIALA FA 2012....


The Red Warriors telah muncul juara Piala FA setelah menewaskan Sime Darby 1 - 0 hasil jaringan pemain import dari Lebanon, Mohammad Ghaddar pada minit ke-58. Kejuaraan tersebut menamatkan penantian setelah dikecewakan dalam dua perlawanan akhir sebelum ini. Kemenangan tersebut menambahkan lagi koleksi piala The Red Warriors yang telahpun menjulang Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Juara Liga Super. Tahniah kepada The Red Warriors.

(Sumber foto : Utusan Online - 20/5/2012)

POLIS TIDAK PILIH KASIH....


Polis tidak pilih kasih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keamanan negara agar rakyat dapat hidup aman dan damai. Walaupun pasukan polis dikecam dengan pelbagai gelaran semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, namun polis tetap memberi perlindungn bagi menjaga keselamatan masyarakat.

(Sumber foto : Utusan Online - 19/5/2012)

KEGANASAN : DIMANAKAH TITIK PENAMATNYA....!


Serangan pengganas yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda sudah tidak dapat dibendung lagi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagi mengekang kejadian-kejadian seperti ini. Walaupun pemimpin-pemimpin negara Arab seperti Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi serta pemimpin Al-Qaeda, Osama Ben Ladin  telah meninggal dunia tetapi keganasan tidak dapat dihentikan. Dakwaan Amerika bahawa keganasan dapat dihentikan jika pemimpin-pemimpin yang disebutkan tadi tumbang hanyalah propaganda sahaja. Hakikatnya keganasan masih berleluasa bukan kerana pemimpin-pemimpin ini tetapi kekejaman terhadap penduduk Palestin, Pakistan dan Afghanistan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunyalah yang menjadi faktor utama. Setiausaha agung PBB, Ban Ki Moon perlu mencari jalan bagi mengekang keganasan agar penduduk dunia dapat hidup dengan aman tanpa pertumpahan darah.

(Sumber foto : Utusan Online - 19/5/2012)

CHELSEA MAMPU JINAKKAN BAYERN MUNICH....?


Chelsea akan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menetang Bayern Munich di Allianz Arena esok tanpa beberapa tonggak yang tercedera dan digantung. Walaupun Bayern Munich berpeluang menggunakan semua pemain bintangnya dan bermain di laman sendiri, namun Chelsea tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang setelah menewaskan juara Eropah, Barcelona dalam pertarungan separuh akhir. 

(Sumber foto : Utusan Online - 19/5/2012)

ALAHAI TAN SRI ANNUAR MUSA.....


Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat mengenai nasib yang menimpa Tan Sri Annuar Musa yang telah digantung selama dua tahun setengah sejak 4 April lalu, telah diberi amaran keras oleh FAM supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak jika tidak mahu dipecat. Apa sudah jadi dengan orang-orang FAM sekarang? Mereka seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri. Apalah sangat dosa yang telah dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa sehingga orang-orang dalam FAM bukan setakat mencantas tetapi telah menebang sehingga ke umbi supaya Tan Sri Annuar Musa tidak dapat mengganggu mereka lagi. Penulis melihat FAM sudah tersasar jauh sekarang. Kalau FAM dipimpin oleh orang-orang seperti ini maka hasrat negara untuk membangunkan sukan bola sepak semakin jauh daripada jangkauan. Wang rakyat yang telah dibelanjakan oleh FAM tidak akan membuahkan hasil jika ketelusan tidak diamalkan oleh FAM. Penulis melihat niat Tan Sri Annuar Musa tidak lain adalah untuk melihat sukan bola sepak negara dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan negara-negara lain. Banyak usaha yang telah dilakukan oleh beliau untuk membangunkan sukan bola sepak negara. Kita melihat sekarang ini golongan belia, terutama belia Kelantan sudah mencintai sukan bola sepak. Di mana-mana sahaja mereka akan memakai jersi The Red Warriors atau jersi Harimau Malaya sama ada berwarna kuning atau biru. Perubahan ini boleh dikatakan bermula dengan usaha Tan Sri Annuar Musa. Penulis merasakan adalah tidak tepat jika orang-orang dalam FAM sentiasa berfikir untuk mencari jalan bagaimana hendak menghentikan sumbangan Tan Sri Annuar Musa.....

(Sumber foto : Utusan Online - 19/5/2012)

PENENTUAN JUARA FA MALAM INI....


Penentuan juara Piala FA akan ditentukan malam ini antara Kelantan dengan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Penulis berharap The Red Warriors tidak memandang rendah pasukan lawan dan berjuang habis-habisan malam ini kerana peluang yang hadir kali ini tidak patut disia-siakan. 

(Sumber foto : Utusan Online - 19/5/2012)

Thursday 17 May 2012

HADIAH HARI GURU....

USAHA MENAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


1. Tempoh minimum kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) dan berasaskan kecemerlangan dikekalkan:

Pegawai Perkhidmatan Pendiidkan Siswazah:

Gred DG41 ke DG44 = 8 tahun
Gred DG44 ke DG48 = 8 tahun
Gred DG48 ke DG52 = 6 tahun
Gred DG52 ke DG54 = 3 tahun

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma:

Gred DGA29 ke DGA32 = 8 tahun
Gred DGA32 ke DGA34 = 8 tahun
Gred DGA34 ke DGA38 = 5 tahun

2. Seramai 24,809 guru siswazah telah dinaikkan pangkat

390 orang ke DG54
676 orang ke DG52
3,898 orang ke DG48
19,805 orang ke DG44

3. Seramai 12,557 guru bukan siswazah telah dinaikkan pangkat

399 orang ke DGA38
2,639 orang ke DGA34
9,519 orang ke DGA32

4. Dianggarkan seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012.

5. 854 orang pengetua dinaikkan pangkat dari Gred DG48 ke DG52

6. 4,270 Penolong Kanan dinaikkan pangkat dari Gred DG44 ke DG48 (tarikh berkuat kuasa 1 Januari 2012. Melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang jawatan sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2012)

7. 430 orang pengetua akan dinaikkan pangkat dari Gred DG48 ke DG52 dan 2,655 penolong kanan akan dinaikkan pangkat dari Gred DG44 ke DG48 secara berperingkat-peringkat mulai Jun 2012 setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

GURU OH GURU...


GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU....


Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Jasa dan pengorbananmu guru tidak terhingga. Teruskan usahamu mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan berminda kelas pertama bagi memacu negara mencapai aspirasi 2020. Sesungguhnya tugas guru sungguh mulia. Didiklah anak bangsa tanpa jemu. Terima kasih cikgu.

Monday 14 May 2012

MAN UNITED KEMPUNAN....!


Manchester United telah kehilangan trofi musim ini kepada jiran tetangga Manchester City atas kesilapan sendiri, iaitu tidak memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang sudah terhidang di depan mata. Walaupun sama mata dengan Man City, namun Man United terpaksa menggigit jari musim ini gara-gara memandang rendah dalam perlawanan menentang Wigan dan Everton sehingga menyebabkan Man United kehilangan empat mata. Walau apapun tahniah kepada Man City kerana menjuarai EPL pada musim ini. 

(Sumber foto : Utusan Online - 15/5/2012)

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...