Thursday, 10 May 2012

BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA....


Penulis terpanggil untuk menyatakan rasa kesal apabila ada rakyat kita sendiri memburukkan negara kepada media asing. Kata-kata Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja migran terutama yang melibatkan sektor tidak formal kepada media Indonesia, Jakarta Post amat dikesali. Memang tidak dinafikan ada beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan apabila terdapat majikan yang mendera amah dari Indonesia tetapi kes tersebut telah diadili dengan sebaik-baiknya. Kes yang melibatkan gadis bernama Nirmala Bonat telah dibicarakan dan majikan yang mendera beliau itu telah pun dijatuhkan hukuman yang setimpal. Penulis melihat apa yang dikatakan oleh Irene Fernandez itu hanya kes terpencil sahaja dan keadaan di Malaysia tidak seperti yang digambarkan. Kita bersyukur apabila Malaysia yang kita diami ini berada dalam keadaan aman dan migran yang datang ke sini dapat mencari rezeki untuk dibawa pulang ke tanah air mereka. Setiap tahun banyak wang negara mengalir keluar kerana imigran menghantar wang tersebut kepada keluarga mereka di tanah air sendiri. Malaysia merupakan lubuk rezeki kepada pekerja Indonesia. Penulis berharap kerajaan Indonesia dapat membuat pertimbangan yang wajar ekoran kenyataan Irene itu. Jangan mudah melatah dan jika ada sedikit salah faham cuba selesaikan dengan cara diplomatik. Tunjuk perasaan bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi seperti mana yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun. Janganlah kerana ingin mengetengahkan agenda tertentu maka kedaulatan negara sanggup digadai. Bumi bertuah inilah tanah tumpah darah kita dan disinilah kita akan dikuburkan.....

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...