Wednesday 27 June 2012

PENULIS DIJEMPUT GUBAL SOALAN....

Penulis telah diminta menjadi panel penggubal soalan Pecutan Akhir Bahasa Melayu SPM peringkat Jabatan Negeri Kelantan pada 27 Julai 2012 (Rabu) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) bersama-sama dengan En. Muhammad Daud dan Hjh. Paridah Ali. Banyak pengalaman yang telah diperoleh melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru dari seluruh negeri khususnya berkaitan tema soalan yang sebelum ini tidak terfikir oleh penulis.

PASUKAN FORUM FARIS PETRA JOHAN NEGERI...

Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah muncul johan dalam pertandingan Forum Remaja peringkat negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 26 Jun 2012 (Ahad) yang lalu bertempat di SMKA Tok Bachok. Pasukan forum sekolah dibarisi oleh Siti Natasha binti Mohd Firdaus (Pengerusi), Mohd Farid bin Abd Manaf (Panel 1), Zarith Nellisa binti Zulkifli (Panel 2), Alwiliz Alip (Panel 3) dan Siti Nur Halimah binti Razali (simpanan). Tajuk yang dibawa oleh pasukan ini adalah "Sistem Pendidikan Negara Berjaya Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama". Mereka telah menewaskan pasukan forum SMK Dato' Biji Wangsa (Kedua) dan SMK Dato' Perdana (Ketiga) manakala Mohd Farid bin Abd Manaf telah dinobatkan sebagai ahli panel terbaik. Mereka akan mewakili Kelantan ke Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di Selangor pada bulan Julai nanti. TAHNIAH.

Monday 25 June 2012

PENULIS BERKURSUS DI TASIK KENYIR....

 Pengkalan bot di Empangan Sultan Mahmud

 Empangan Sultan Mahmud yang membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara

 Penulis menaiki bot ke destinasi kursus

 Panorama sepanjang Tasik Kenyir

 Penulis bersama kawan lama...

 Bot yang dinaiki penulis

 Pengkalan yang menjadi tempat kursus....

 Penulis menaiki bot yang memuatkan 4 orang ke Santuari Kelah...

 Bergerak ke Santuari kelah...

 Bermain-main dengan Kelah....

 Penulis bersama ikan Kelah yang sangat jinak...

 Ikan Kelah yang terdapat di lubuk yang menjadi habitat....

 Habitat asal ikan Kelah....
 Habitat asal ikan Kelah...

 Penulis bersama rakan-rakan sedang bermain dengan Kelah...

Tamat kursus...


Penulis telah diminta untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Warden Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 pada 22 - 24 Jun 2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Tasik Kenyir. Sepatutnya kursus ini adalah untuk Penolong Kanan HEM tetapi oleh sebab PK HEM belum ada lagi di Faris Petra, maka penulis diminta untuk menggantikannya. Penulis rasa bertuah kerana kursus yang diikuti ini mencabar fizikal dan mental dan banyak input yang diperoleh untuk meningkatkan profesionalisme sebagai warden asrama. 

Thursday 21 June 2012

PELAJAR FARIS PETRA KE CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN......

Saudara Ammar bin Ahmad Mokhtar dipilih mewakili Malaysia ke Cape Town, Afrika Selatan nanti.

10 orang pelajar cemerlang yang layak ke peringkat akhir bersama-sama dengan guru penasihat Pn. Mazinah



Pihak Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM telah mendapat geran daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM57,000 bagi menjayakan "Projek Knowledge Transfer Programe" (KTP) fasa 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah diberi penghormatan menjadi 'school based Neurosains Clubs' bagi projek 'MOHE Knowledge Transfer Programe-Komuniti'. Kejayaan program fasa 1 ini akan menjadi suatu model kepada pelaksanaan fasa 2 yang akan disebar luas ke seluruh negara. Majlis pelancaran program KTP ini akan diadakan pada 28 Jun  2012 yang akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Ybhg Dato' Seri Mohd Khalid Nordin.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Neurosains terutamanya Prof,. Jafri Malin bin Abdullah dan para 'graduate intem' iaitu graduan lanjutan yang telah bekerja keras untuk merealisasikan objektif penubuhan Kelab Neurosains di sekolah kita. Sesungguhnya Program Pemindahan Ilmu Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat menaikkan lagi imej Faris Petra sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Apabila aktiviti-aktiviti pemindahan ilmu daripada individu peringkat tinggi (USM) kepada individu pelajar di sekolah berlaku dengan maksimum, pastinya situasi ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk turut bersaing dalam mana-mana pertandingan sama ada dalam negara ataupun di peringkat luar negara.

Salah satu objektif penubuhan Kelab Neurosains ini adalah untuk turut menyertai 'International Brain Bee Competetion' pada 21 Julai 2012 ini di Cape Town, Afrika Selatan. Pada peringkat sekolah, pertandingan ini bermula dengan saringan pertama pada 19 Feb 2012 lalu dengan melibatkan seramai 90 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Neurosains dan bukan ahli. Keputusannya seramai 46 orang pelajar telah layak ke peringkat suku akhir pada 6 Mac 2012 dan seramai 20 orang pula layak ke peringkat separuh akhir yang berlangsung di Dewan Nurani, USM Kubang Kerian pada 26 Mac 2012 yang lalu. Dalam peringkat separuh akhir itu, seramai 10 orang berjaya ke peringkat akhir yang telah diadakan pada 14 Jun 2012 lepas di Makmal Pelbagai Guna, USM Kubang Kerian. 

Ujian bagi menentukan siapakah juara yang akan ke Cape Town untuk bersaing dengan 14 buah negara lain begitu mencabar sekali dan benar-benar menguji minda pelajar dalam bidang neuro. Sememangnya bukan mudah untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Ujian tersebut mengandungi 4 bahagian iaitu histologi (kajian sel), anatomi (struktur internal), multiple choice question & structured answer question dan oral/ viva. Pelajar-pelajar begitu bersedia dengan membuat rujukan di internet semasa cuti dan sanggup fotostat buku rujukan yang begitu tebal serta bersedia meluangkan masa selepas prep bersama dengan graduate intem berbincang mengenai bidang neurosains dengan lebih mendalam. Selesai melepasi beberapa peringkat ujian itu, hari ini akan diumumkan siapakah juara antara 10 peserta cemerlang yang akan mewakili negara ke 'International Brain Bee Competetion' di Cape Town, Afrika Selatan pada 20 - 27 Julai 2012 nanti, yang dikira boleh menjadi role model kepada semua pelajar.

Ketua Jabatan Neurosains USM Kubang Kerian, Prof Jafri Malin bin Abdullah telah menyampaikan sijil kepada 10 orang yang layak ke peringkat akhir dan menyarungkan labcoat kepada saudara AMMAR BIN AHMAD MOKHTAR (5B) yang terpilih untuk mengibarkan bendera Malaysia di Cape Town, Afrika Selatan nanti. TAHNIAH.

(Penulis memperoleh sumber maklumat daripada penasihat Kelab Neurosains Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pn. Mazinah Muda yang akan mengiringi Ammar bin Ahmad Mokhtar ke Cape Town nanti)

Wednesday 20 June 2012

LENSA HARI GURU FARIS PETRA....





















Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah berlangsung dengan penuh warna-warni pada 16 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu. Sambutan yang dikendalikan oleh pelajar Tingkatan 5 itu berjaya merapatkan ukhuwah antara pelajar dan guru. SELAMAT HARI GURU...

(Sumber foto : Amzar Zafran)

PELAJAR FARIS KE NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA....



SERAMAI 13 pelajar dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, Kuala Lumpur dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan baru-baru ini telah berpeluang ke Maison de St. Claire di New South Wales, Australia bagi menghadiri Program Antarabangsa Immersi Bahasa Perancis.
Guru pengiring delegasi, Gan Geok Choo berkata, para pelajar yang terlibat pada program selama lapan hari itu perlu mengikuti kelas bahasa Perancis selama tiga jam setiap hari sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
"Mereka juga mempelajari bahasa Perancis melalui pelbagai jenis aktiviti seperti karaoke, tayangan filem Perancis, permainan tradisional Pétanque dan memasak masakan Perancis," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Delegasi Malaysia turut disertai seorang lagi guru pengiring iaitu Deng Sook Sueng.
Selain mengikuti aktiviti dalam kelas, para peserta turut berpeluang merasa sajian makanan ala Perancis antaranya Ratatouille, Daube Provençale, Crème Caramel dan pelbagai juadah lain.
Menurut Geok Choo, delegasi Malaysia juga dikehendaki menulis karangan bahasa Perancis pada setiap petang bertujuan memperkukuhkan penulisan dan pemahaman mereka dalam bahasa tersebut.
"Di dalam kelas, peserta rombongan didedahkan kepada empat kemahiran bagi peperiksaan antarabangsa Diplôme d'Études en Langue Française (DELF), iaitu yang pertamanya Compréhension de l'oralProduction Écrite, Production Orale danCompréhension des Écrits.
"Mereka juga berpeluang bertutur bahasa Perancis dengan penutur jati iaitu Gilles André Berger yang merupakan pemilik Maison de St. Claire," ujarnya.
Selain menghadiri kelas, para peserta turut mengadakan lawatan ke Wildlife Currumbin Sanctuary dan berkesempatan untuk memberi makanan kepada kanggaru serta melihat persembahan tarian tradisional Orang Asli Australia.
Peserta rombongan seterusnya bertolak ke Pantai Currumbin untuk menikmati hidangan barbeque sambil beramah mesra bersama Gilles dan isterinya, Zarina Ahmad yang merupakan bekas pelajar SMS Selangor.
"Rata-rata peserta berpendapat bahawa program ini banyak memberi manfaat kepada mereka yang ingin mempelajari bahasa Perancis.
"Program ini juga dilihat dapat melatih peserta dari dua buah sekolah itu untuk meningkatkan lagi penggunaan bahasa Perancis dalam aktiviti harian mereka," jelasnya.

(Sumber : Utusan Online - 18/6/2012)

Saturday 16 June 2012

KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH




Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 16 Tahun Antara Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 Tahun 2012 bertempat di Faris Petra sudah semakin hampir. Persiapan setakat ini telah berjalan lancar. Penulis telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai Jawatankuasa Kecil Urus Setia, Pendaftaran dan Penginapan. Setakat ini persiapan jawatankuasa penulis sudah hampir selesai. Penulis berharap agar kejohanan ini akan berlangsung dengan jayanya.



ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...