"Tiada apa untuk dirisaukan, ini bukannya pertandingan. Perlawanan persahabatan adalah perlawanan persahabatan, apa tujuan perlawanan persahabatan, kamu patut tahu,''
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal. Penulis tergelak apabila membaca kenyataan Datuk K. Rajagobal itu selepas melihat Malaysia gagal menumpaskan Filipina di Stadium Shah Alam kelmarin. Agaknya pasukan negara akan bermain bermati-matian dalam pertandingan sebenar. Agaknya pasukan negara pada masa itu akan menang dengan jaringan yang besar. Seingat penulis sudah banyak perlawanan persahabatan telah dilalui oleh pasukan kebangsaan seperti menentang Kelantan, Sarawak, Sabah, Felda United dan Sri Lanka tetapi kenyataan jurulatih tetap sama, iaitu ingin menguji pemain. Agaknya sampai bila jurulatih hendak menguji pemain-pemain negara. Barangkali dalam pertandingan sebenar pun masih belum ada pemain yang benar-benar teruji.....
(Sumber foto : Utusan Online - 3/6/2012)
No comments:
Post a Comment