PENGIKUT

Saturday, 2 June 2012

KONTINJEN BOLA BALING MSSM MENGINAP DI FARIS....


Kejohanan Bola Baling MSSM telah berlangsung di bumi Kelantan pada tahun ini. Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah menjadi hos bagi penganjuran kali ini yang bermula pada 1 Jun 2012 hingga 9 Jun 2012. Tempat-tempat pertandingan ialah Arena Futsal, Pengkalan Chepa bagi kategori 18 tahun lelaki dan perempuan manakala Dewan Wisma Sukan MSSK, Jalan Telipot menjadi gelanggang pertandingan kategori 12 tahun lelaki dan perempuan. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra sekali lagi menjadi tempat penginapan kontinjen seluruh negara bagi kategori 18 tahun lelaki dan perempuan. Semua kontinjen melaporkan diri pada 1 Jun 2012 lagi dan semua warden Faris Petra diminta untuk bertugas sepanjang kejohanan tersebut. Insyaallah penulis akan memuatkan gambar-gambar sepanjang kejohanan bola baling yang akan berakhir pada 9 Jun 2012 nanti. 

No comments:

Post a Comment