Wednesday 28 December 2011

FARIS PETRA DIIKTIRAF SBP PREMIER BERMULA 2012


 

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga Faris Petra kerana bermula tahun 2012, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) PREMIER di Malaysia selepas pelbagai anugerah telah diraih sebelum ini seperti Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Pengiktirafan sebagai SBP PREMIER merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar kepada warga Faris lantaran kecemerlangan yang ditunjukkan dalam peperiksaan PMR dan SPM dan juga pencapaian kokurikulum.  Hal ini bermakna, Faris Petra duduk sebaris dengan MCKK, STAR, SDAR, Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya dan SMSAH. Kedudukan ini menyebabkan pelajar yang terpilih ke Faris Petra merupakan pelajar yang betul-betul cemerlang dari seluruh negara. Buktinya pada tahun 2012, daripada 151 orang pelajar yang terpilih ke tingkatan satu di Faris Petra, hanya 60 orang sahaja dari Kelantan dan selebihnya dari seluruh negara. Pengiktirafan ini tidak akan menjelma jika tiada kerjasama daripada semua warga FARIS. TAHNIAH..

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...