Soalan
: Huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam kedua-dua buah
novel yang anda pelajari.
Novel
yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari
karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedu-dua buah novel ini mengandungi pengajaran
tentang kerjasama.
Dalam
novel Pantai Kasih, pengajaran tentang kerjasama ialah kita hendaklah bekerjasama
memajukan perniagaan agar dapat memberi manfaat kepada semua orang. Sebagai
contohnya, Dr. Uwang bekerjasama dengan seluruh kakitangannya untuk
membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) sebagai sebuah hospital swasta
yang terkenal. Hasil kerjasama Dr. Uwang dengan seluruh kakitangannya itu, PRPK
yang asalnya sebesar kandang kambing telah menjadi sebuah pusat rawatan swasta
yang ekslusif sehingga menjadi tempat pelbagai lapisan masyarakat mendapatkan
rawatan di situ.
Selain
itu, kita hendaklah bekerjasama menyelesaikan masalah dalam keadaan genting
agar tidak memudaratkan orang ramai. Pengajaran ini dapat dilihat melalui
peristiwa Dr. Raiha bekerjasama dengan ibu Unong Siron untuk menenangkan
keadaan apabila seorang pemuda menceroboh PRPK dan menjadikan Felicia Landosi
sebagai tawanan. Hasil kerjasama tersebut, Felicia Landosi berjaya dilepaskan
setelah ibu Unong Siron berjaya memujuk pemuda yang dikenalinya dengan idea
yang bijak.
Dalam
novel Bimasakti Menari pula, pengajaran tentang kerjasama ialah kita hendaklah
bekerjasama melestarikan alam sekitar agar keindahannya dapat dikekalkan.
Pengajaran ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad taufik dan Budiman
bekerjasama untuk mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor melalui
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap agar bintang-bintang dapat dilihat semula
dan populasi kelip-kelip tidak pupus kerana kedua-dua kekuatan tersebut dapat
menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan.
Selain
itu, kita hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan
aktiviti jenayah agar keamanan dapat dikekalkan juga terdapat dalam novel ini.
Buktinya ialah Tan Sri Muhaimin bekerjasama dengan pihak polis untuk mencari
jalan penyelesaian dalam kes penculikan anaknya Muhammad Taufik. Hasil kerjasama
tersebut, kumpulan penculik dapat ditewaskan dan Muhammad Taufik dapat
dibebaskan.
No comments:
Post a Comment