Saturday 28 March 2020

MAKSUD SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Oleh Sazalee Yacob


SAJAK
MAKSUD
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading`




Penyajak menghantar anak gadisnya untuk menikmati udara baharu yang iain daripada udara di kampung yang dikelilingi bendang padi
Udara yang dihirup oleh anak gadinya di kota berbeza sama sekali dengan suasana yang dinikmati semasa anak gadisnya tingggal di kampung
Penyajak meminta supaya anak gadisnya menimba  ilmu dan mengutip segala pengalaman semasa menuntut di menara gading
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal





Penyajak rela untuk melepaskan anak gadisnya
untuk bergerak ke mana-mana dengan bebas
supaya anak gadisnya dapat menempuh segala cabaran dan mengenali pahit getir kehidupan
yang dalamnya memerlukan pertimbangan yang waras berbanding menyerahkan kepada nasib semata-mata
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti






Di kampus yang penuh dengan pelbagai bidang ilmu
terdapat juga tindak tanduk yang menyakitkan diri
Di kampus yang terkenal dengan namanya
terdapat juga perbuatan yang boleh mempengaruhi fikiran
Di kampus yang memerlukan pertimbangan dalam membuat keputusan
terdapat juga keangkuhan yang boleh menghakis budi pekerti
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.



Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya bijak membawa diri
menempuh segala cabaran yang mendatang
penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya tidak pulang dengan kegagalan yang boleh mendatangkan kedukaan kepada anaknya

Belati Cinta Zulaikha, 2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...