Saturday, 28 March 2020

MAKSUD SAJAK ERTI HIDUP BEERTI


MAKSUD SAJAK ERTI HIDUP BEERTI
Oleh Teo Wei Sing


SAJAK
MAKSUD
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.





Penyajak sering menghadapi suasana yang sepi setiap hari. Suasana ini meliliti hidup penyajak dan tidak pernah berubah dari hari ke hari. Penyajak tertanya-tanya kerana tiada orang yang datang menziarahinya. Penyajak yang sudah tua mengeluh kesunyian.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.





Kebahagiaan  hidup yang diimpikan  oleh penyajak  hanya angan-angan sahaja  sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari erti kehidupan yang sebenar. Penyajak menanggung penderitaan hidup seorang diri tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan





Penyajak menganggap dirinya tidak  dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar anak-anaknya hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak mengingatkan supaya manusia jangan leka dalam putaran hidup ini kerana manusia akan hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...