CONTOH KARANGAN BAHAGIAN B
Penggunaan
Internet khususnya laman sosial memberikan pelbagai kesan negatif kepada
anak-anak.
Huraikan
tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan
Internet dalam kalangan anaK-anak.
ANALISIS
SOALAN
DIMENSI
SOALAN : Keluarga
JENIS
KARANGAN : Tidak berformat
TEMA :
Penggunaan Internet khususnya laman sosial
TUGASAN : Calon diminta menghuraikan
tanggungjawab ibu bapa dalam
mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak
SASARAN : Ibu bapa dan anak-anak
UNSUR
KBAT : Peranan ibu bapa sahaja dan Internet khususnya laman
sosial
IDEA : Rujuk contoh
karangan
PERENGGAN
PENDAHULUAN
|
|
Hu Ta
(Huraian tema)
|
Pada era globalisasi ini, Internet khususnya laman
sosial telah digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
|
Su
(Cipta Isu)
|
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 72.8
peratus penduduk Malaysia telah menggunakan Internet. Angka ini telah menunjukkan
bahawa Internet telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita. Kini, Internet
telah menjadi platform yang utama untuk mendapatkan maklumat, menyebarkan
berita, melariskan jualan, merapatkan hubungan silaturahim dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, penggunaan
Internet juga banyak mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya
anak-anak yang masih bersekolah. Anak-anak yang menggunakan Internet dengan
cara yang tidak betul akan menyebabkan mereka terpengaruh dengan pelbagai
kesan negatif. Jika ibu bapa tidak memantau anak-anak mereka dengan baik,
nescaya anak-anak mereka akan terlibat dengan pornografi, penipuan, rogol,
dan sebagainya. Jika hal ini tidak dibendung, nescaya kesan yang lebih buruk
akan berlaku dan sukar untuk diubati kerana nasi sudah menjadi bubur.
|
Pen
(Penegasan)
|
Persoalannya, sejauhmanakah ibu bapa mampu mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak mereka? Persoalan inilah yang
akan saya huraikan kerana ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar untuk
memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.
|
+ UM
(Ungkapan
menarik)
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
PERENGGAN
ISI
|
|
Is
(Pernyataan Isi)
|
Peranan dominan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak adalah mengehadkan
masa penggunaan Internet khususnya laman sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter, Whatsapp, dan Masenger.
|
Me
(Mengapa)
|
Hal ini dikatakan demikian adalah kerana
penggunaan Internet dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan anak-anak
lalai terhadap tanggungjawab yang perlu diutamakan seperti membuat kerja
sekolah, menjawab soalan latih tubi dan mengulang kaji pelajaran.
|
Ba
(Bagaimana)
|
Dalam usaha mengawal penggunaan Internet ini, ibu
bapa perlu menetapkan masa tertentu kepada anak-anak mereka ketika menggunakan kemudahan Internet di
rumah. Sebagai contoh, ibu bapa hanya memperuntukkan masa sebanyak satu jam
sahaja kepada anak-anak untuk melayari Internet di rumah. Dalam jangka masa
tersebut, anak-anak boleh menggunakan laman sosial seperti Facebook dan
Instagram untuk mencari maklumat semasa, berkongsi berita dengan rakan-rakan
dan bertukar-tukar pandangan.
|
Ke
(Kesan jangka panjang)
|
Jika ibu bapa menguatkuasakan peraturan ini,
anak-anak tidak akan membazir masa dengan melayari Internet sesuka hati. Jika
sampai tempoh masa yang ditetapkan ibu bapa perlu mematikan wifi di rumah
supaya anak-anak tidak dapat menggunakan kemudahan Internet. Pemantauan ini
mampu mengelakkan anak-anak leka melayari Internet sehingga membazir masa
mereka. Masa adalah sangat penting kepada anak untuk memantapkan diri mereka
dengan ilmu akademik kerana masa itu emas. Oleh itu, usaha yang dilakukan
oleh ibu bapa ini secara tidak langsung akan mendidik anak-anak menjadi lebih
berdisiplin dan menepati masa. Mereka tidak akan terdedah dengan banyak
perkara yang negatif jika masa menggunakan kemudahan Internet dihadkan.
|
Pen
(Penegasan isi)
|
Sudah
terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa yang mengehadkan penggunaan Internet
dalam kalangan anak mereka mampu mengelakkan anak-anak terpengaruh dengan
perkara negatif semasa melayari Internet di rumah.
|
+ UM
(Ungkapan
Menarik)
|
Sudah
terang lagi bersuluh
Masa
itu emas
|
PERENGGAN
PENUTUP
|
|
Pa
(Pandangan)
|
Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah mengambil
langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan
anak mereka.
|
Ca
(Cadangan)
|
Setiap ibu bapa wajar memainkan peranan mereka
kerana anak-anak yang sentiasa dipantau oleh ibu bapa mampu mengelakkan
mereka daripada terlibat dengan demoralisasi akhlak yang akhirnya akan
merosakkan masa depan mereka.
|
Ha
(Harapan
|
Jadi
ibu bapa perlu bersikap tegas terhadap anak-anak kerana masa depan negara
terletak di bahu mereka. Anak-anak inilah yang akan mewarisi tampuk
pemerintahan negara kelak. Oleh itu, wajarlah ibu bapa berusaha untuk
melahirkan generasi yang berdisiplin agar mereka mampu memacu kegemilangan
negara hingga dikenali di pentas antarabangsa selari dengan aspirasi Perdana
Menteri untuk melihat negara duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain.
|
+ UM
(Ungkapan
menarik)
|
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi
|
No comments:
Post a Comment