Soalan
: Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbukan
kesedaran kepada pembaca.
Novel
yang telah saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai
sebab novel ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Novel
yang saya kaji ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca, iaitu peristiwa
kegigihan seorang doktor dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kesedaran ini dapat dilihat melalui peristiwa kegigihan Dr Raiha untuk
memastikan pembedahan tulang sendi pinggul yang akan dilakukan olehnya ke atas
Unong Siron sembuh kembali. Dalam hal ini Dr Raiha telah meneliti beberapa kali
Sinar-X tulang sendi pinggul Unong Siron untuk mencari punca berlakunya infeksi
ke atas Unong Siron setelah lima kali pembedahan
dilakukan tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada
pembaca kerana setiap tugasan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan
sebaik mungkin supaya masalah buruk tidak akan berlaku pada kemudian hari.
Selain
itu, novel yang saya kaji ini juga menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam
hal mempertahankan hak sebagai seorang ibu. Kesedaran ini dapat dilihat melalui
peristiwa Dr Raiha yang tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungan
walaupun suaminya Dr Sadiz meminta supaya kandungan tersebut digugurkan setelah
didapati cacat kerana akan menjatuhkan maruahnya sebagai doktor pakar bedah
otak. Dr Raiha cuba mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk melahirkan
anak tersebut walaupun dia tahu anak itu akan dilahirkan dalam keadaan cacat
nanti. Perisitwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca kerana kita hendaklah
menyayangi anak yang merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai dan perlu
dijaga dengan baik walaupun dilahirkan dalam keadaan cacat.
Novel
yang telah saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat pelbagai sebab novel ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Novel
ini memberi kesedaran kepada pembaca dalam hal tanggungjawab menjaga
kelestarian alam sekitar. Peristiwa yang
menyedarkan pembaca dalam hal ini ialah peristiwa Muhammad Taufik yang
meminta ayahnya membeli 50 hektar tanah sepanjang Kampug Sungai Kuantan dan dia
memagari tanah tersebut. Tindakan ini adalah untuk memelihara populasi
kelip-kelip yang kian pupus akibat peningatan kecerahan langit. Walaupun tindakan
Muhammad Taufik menyebabkan kemarahan Nurul Hafsa, namun tujuannya adalah untuk
menjaga populasi kelip-kelip, bukannya untuk kepentingannya sendiri. Perisitwa
ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca kerana kita hendaklah memastikan alam
sekitar terpelihara supaya keindahan alam dapat dikekalkan untuk generasi akan
datang.
Selain
itu, novel ini turut boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca mengenai kasih
sayang ibu bapa terhadap anak tiada penghujung. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa Muhammad Taufik yang telah dimasukkan ke hospital selepas dicederakan
oleh tiga orang individu tidak dikenali. Tan Sri Muhaimin risau akan Muhammad
Taufik setelah melihat anaknya ditempatkan di dalam wad menerusi cermin gelap
dan berdoa akan keselamatan akan anaknya. Puan Maryam memaksa Muhammad Taufik
pulang ke Otago kerana bimbang akan keselamatan anaknya. Peristiwa ini
menimbulkan kesedaran kepada pembaca kerana kasih sayang ibu bapa terhadap anak
tidak terbatas walaupun mereka tinggal berjauhan.
Cg nak tanya, tak perlu kesimpulan ke untuk bhgian novel ini cg ?
ReplyDelete