Soalan
: Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah
novel yang anda pelajari.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
Peristiwa
yang menggambarkan nilai tanggungjawab ialah peristiwa tanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya.
Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang ingin meneruskan
kandungannya walaupun suaminya Dr Sadiz meminta supaya Dr Raiha menggugurkan
kandungan tersebut setelah mendapati anak tersebut cacat. Dr Raiha enggan
menurut kemahuan suaminya dan tetap hendak meneruskan kandungan tersebut
walaupun dia tahu anak yang bakal dilahirkan nanti cacat. Peristiwa ini
menunjukkan nilai tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan anak yang
dikandungnya itu dapat dilahirkan.
Peristiwa
yang menggambarkan nailai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab
seorang doktor terhadap pesakitnya. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat
melalui Dr Raiha yang menerima tugasan daripada Dr Uwang untuk melakukan
pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron kerana dia merasakan tugas
tersebut menjadi tanggungjawab kepadanya untuk mengurangkan penderitaan yang
ditanggung oleh Unong Siron walaupun tugasan itu diterima pada saat akhir dan
berisiko. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang doktor untuk
memastikan pembedahan yang akan dilakukannya berjaya serta pesakit yang
dirawatnya akan sembuh.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof.
Terdapat peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
Peristiwa
yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel yang saya pelajari ini ialah
peristiwa tanggungjawab anak muda melestarikan alam sekitar. Nilai
tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan
Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap
di Kuala Selangor dapat mengembalikan semula kegelapan langit agar pengunjung
dapat melihat bintang-bintang semula di Kuala Selangor. Peristiwa ini
menunjukkan nilai tanggungjawab anak muda yang gigih berusaha untuk
melestarikan alam sekitar.
Peristiwa
yang menggambarkan nilai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab pekerja
terhadap tugas yang diamanahkan. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui
Nurul Hafsa yang menerima kunjungan kanak-kanak dari Jepun pada hari pertama
dia bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin sebagai pegawai sains telah
melaksanakan tanggungjawabnya dengan melayan kunjungan tersebut sebaik mungkin
walaupun rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang
di langit. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang kakitangan
yang bertugas melayan rombongan dengan baik walaupun matlamat mereka untuk
melihat bintang-bintang tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment