Soalan
: Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama
mengatasi konflik yang dihadapinya.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama
dalam novel ini ialah Dr. Raiha. Terdapat pelbagai konflik yang dialami oleh
watak utama dalam novel ini.
Konflik
yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan suami. Dr. Raiha
telah berkonflik dengan suaminya Dr Sadiz apabila Dr Sadiz meminta supaya
isterinya itu menggugurkan kandungan yang didapati cacat kerana tidak mahu nama
baiknya sebagai doktor pakar bedah otak tercalar akibat memiliki anak yang
cacat. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan suaminya itu adalah dengan tidak
mematuhi suruhan suaminya sebaliknya bertegas untuk meneruskan kandungan
tersebut kerana anak itu adalah kurniaan Illahi yang perlu disayangi walaupun
akan dilahirkan dalam keadaan cacat.
Konflik
lain yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan bapa. Dr Raiha
berkonflik dengan bapanya apabila bapanya tidak bersetuju Dr Raiha ingin
mengahwini Dr Sadiz kerana Dr Sadiz seorang duda beranak dua dan usianya sebaya
dengan ayahnya. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan bapanya adalah dengan
tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh bapanya sebaliknya Dr Raiha
meneruskan perkahwinan dengan Dr Sadiz sehingga melahirkan seorang anak bernama
Rohayu. Dr Raiha juga berkonflik dengan bapanya apabila bapanya tidak mahu Dr
Raiha menceburi bidang kedoktoran kerana Dr Raiha tidak dapat memberikan
tumpuan pada urusan rumah tangga akibat sibuk. Perkara ini pernah berlaku
kepada ayah Dr Raiha apabila isterinya seorang jururawat tidak dapat menumpukan
perhatian kepada urusan keluarga. Cara Dr Raiha mengatasi konflik ini adalah
dengan meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran sehingga Dr Raiha menjadi
seorang pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Seterusnya
watak utama dalam novel ini juga berkonflik dengan majikan. Konflik ini dapat
dilihat apabila Dr Uwang tidak puas hati terhadap Dr Raiha kerana Dr Raiha
seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya yang
melakukan rawatan ke atas tulang sendi pinggul Unong Siron sebanyak 5
kali tetapi masih belum sembuh. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan Dr Uwang
adalah dengan cara menerima tugasan yang diberikan oleh Dr Uwang supaya membuat
pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron walaupun tugasan itu diterimanya
pada saat-saat akhir dan berisiko kerana tulang sendi pinggul Unong Siron telah
mengalami infeksi. Dr Raiha sanggup menerima tugasan itu demi mengurangkan
penderitaan yang ditanggung oleh Unong Siron.
Selain
itu, watak utama juga berkonflik dengan pekerja bawahannya. Dalam hal ini Dr
Raiha berkonflik dengan jururawat Felecia Landosi yang melayan ibu Unong Siron
dengan kasar sebaliknya melayan pesakit VIP dengan cukup mesra. Felicia Landosi
juga menggelarkan ibu Unong Siron sebagai sapi tua. Cara Dr Raiha mengatasi
konflik dengan Felecia Landosi adalah dengan menegur Felecia Landosi supaya
melayan ibu Unong Siron dengan baik dan tidak membeza-bezakan layanan antara
pesakit. Dr Raiha tidak mahu Felicia Landosi bersikap kurang ajar terhadap ibu
Unong Siron.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof.
Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat pelbagai konflik yang
dialami oleh watak utama dalam novel ini.
Konflik
yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan ahli perniagaan.
Nurul Hafsa berkonflik dengan Dato’ Johann Arlington-Majid apabila Dato Johann
Arlington-Majid cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di hadapan Menteri Besar. Cara Nurul Hafsa mengatasi konflik ini adalah dengan
cara mengemukakan hujah-hujah yang bernas mengenai tahap pencahayaan dan lampu
yang sesuai untuk mengembalikan semula bintang-bintang agar dapat dilihat
dengan mata kasar di Kuala Selangor sehingga Dato’ Johann terdiam.
Konflik
seterusnya ialah konflik watak utama dengan rombongan pelancong. Nurul Hafsa
berkonflik dengan rombongan pelajar-pelajar dari Jepun yang diketuai oleh guru
pengiring iaitu Puan Maryam Wickham datang ke Balai Cerap Sultan Salahuddin
untuk mencerap bintang-bintang. Nurul Hafsa yang baru bekerja di situ telah
melayan rombongan tersebut tetapi mereka hampa kerana tidak dapat mencerap
bintang-bintang dengan mata kasar. Nurul Hafsa mengatasi konflik tersebut
dengan berjanji kepada rombongan tersebut bahawa dia akan memastikan bintang-bintang
di Kuala Selangor dapat dilihat dengan mata kasar suatu hari nanti.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDelete