Soalan
: Huraikan dua peristiwa menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.
Novel
yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini mengandungi
banyak peristiwa menarik.
Peristiwa
menarik yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa ketika seorang
doktor merawat pesakitnya. Dr Raiha menerima tugasan melakukan pembedahan ke
atas Unong Siron dengan penuh tanggungjawab apabila meneliti Sinar-X beberapa
kali untuk memastikan pembedahan kali keenam ini berjaya. Peristiwa ini menarik
kerana kita dapat melihat seorang doktor dapat merasai penderitaan yang
ditanggung oleh pesakitnya menyebabkan dia berusaha dengan gigih untuk
melakukan pembedahan sebaik mungkin agar pembedahan itu berjaya memulihkan
penderitaan pesakitnya.
Peristiwa
menarik yang lain ialah peristiwa seorang ibu yang bersungguh-sungguh
mempertahankan hak anaknya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang
bersungguh-sungguh mempertahankan anak yang dikandung apabila suaminya Dr Sadiz
meminta supaya kandungan itu digugurkan setelah didapati anak itu cacat.
Peristiwa ini menarik kerana kita dapat lihat seorang ibu yang sanggup
mempertahankan kandungan daripada digugurkan kerana dia sangat menyayangi anak
itu walaupun dia mengetahui bahawa anak itu akan dilahirkan dalam keadaan cacat.
Novel
yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Novel
ini mengandungi banyak peristiwa menarik.
Peristiwa
menarik yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa kegigihan
anak muda melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat digambarkan melalui
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap berjaya dilaksanakan di Kuala Selangor bagi
mengembalikan kegelapan agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Peristiwa
ini sangat menarik kerana kita dapat melihat kegigihan anak muda yang berusaha
untuk melestarikan alam sekitar walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh
bagi merealisasikan projek tersebut.
Peristiwa
menarik yang lain ialah peristiwa setiakawan yang ditunjukkan dalam
persahabatan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Muhammad Taufik yang dalam perjalanan
pulang dari hospital telah meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak
Petronas untuk berjumpa dengan penculik yang menunggu di situ demi memastikan
rakannya Nurul Hafsa yang telah diculik sebelum itu berjaya diselamatkan.
Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat pengorbanan yang sanggup
dilakukan oleh rakan demi memastikan rakannya dapat diselamatkan walaupun
tindakan tersebut akan membahayakan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment