Saturday 24 March 2012

SEKITAR PROGRAM BTS ALUMNI FARIS PETRA 2012....

 
Senamrobik
 
Permainan paintball disediakan
 
Pertandingan paintball antara alumni dan guru
 
Pertandingan paintball antara alumni dengan pelajar
 
Ada alumni yang datang dengan kereta api
 
Sebelum pertandingan paintball
 
High table makan tengah hari
 
Career talk dengan alumni
 
Perlawanan bola sepak dengan guru

Program Back To School (BTS) Alumni Faris Petra tahun 2012 telah berlangsung dengan meriah di Faris Petra. Hampir 200 orang Alumni Faris Petra datang ke sekolah untuk program tersebut. Pelbagai acara menarik seperti senamrobik, perlawanan paintball, career talk, high table dan perlawanan bola sepak diadakan. Warga Faris Petra mengucapkan terima kasih atas kepulangan Alumni untuk kembali berbakti kepada Faris Petra.


(Sumber : Faris Petra.blogspot.com)

Wednesday 21 March 2012

FARIS NO. 1 NEGERI...

 

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra mengungguli tempat pertama negeri Kelantan dalam peperiksaan SPM 2011 yang telah diumumkan hari ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.53 dan 41 orang mendapat semua A. Walaupun mengalami sedikit penurunan GPS berbanding 2010 iaitu 1.44, Faris Petra masih mengekalkan kedudukan tempat pertama peringkat negeri dan antara sepuluh terbaik peringkat SBP. Tahniah kepada semua calon SPM 2011. 

MESSI TERKAYA...

 

Bintang bola sepak Barcelona dan Argentina, Lionel Messi merupakan pemain bola sepak yang meraih pendapatan paling tinggi tahun ini dengan jumlah 27.4 juta pound (RM133 juta) diikuti David Beckham dengan pendapatan 26 juta pound (RM126 juta). 

KEMALA SASTERAWAN NEGARA KE-11...

 

Datuk Dr. Ahmad Kamal bin Abdulah atau lebih dikenali Kemala telah diangkat menjadi Sasterawan Negara kali ke-11. 

SPM 2011 TERBAIK ...

 

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud memberitahu bahawa keputusan peperiksaan SPM 2011 merupakan pencapaian terbaik negara dalam masa 5 tahun. Keputusan SPM 2011 menunjukkan 559 orang calon memperoleh 10A+ dalam semua mata pelajaran dan nilai Gred Purata Nasional adalah 5.04

Tuesday 20 March 2012

KATA NAFI 'BUKAN' ATAU 'TIDAK'

Kesilapan penggunaan kata nafi 'bukan'

SALAH                                  BETUL

bukan pandai                          tidak pandai
bukan miskin                          tidak miskin
bukan hidup                           tidak hidup
bukan berjaya                        tidak berjaya
bukan bertunang                    tidak bertunang

Kata nafi 'bukan' digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama


Kesilapan penggunaan kata nafi 'tidak'

SALAH                                BETUL

tidak kerajaan                       bukan kerajaan
tidak ke Ipoh                        bukan ke Ipoh
tidak dari Kuantan                bukan dari Kuantan
tidak pelajar                         bukan pelajar
tidak ketua kampung            bukan ketua kampung


Kata nafi 'tidak' digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

SEMASA 2011 TERBAIK....

 

Majalah SEMASA edisi ke-37 telah diterbitkan dan diedarkan kepada warga Farisian. Penulis berpendapat majalah SEMASA pada kali ini terbaik kerana dicetak menggunakan kertas berkualiti dan mengandungi gambar-gambar berwarna. Ilustrasi yang diilhamkan oleh JK SEMASA sangat menarik. Syabas dan tahniah kepada JK SEMASA edisi ke-37 atas usaha cemerlang anda.

(Sumber foto : Faris Petra.blogspot.com)

Monday 19 March 2012

LIVERPOOL KE SEPARUH AKHIR...

 

Liverpool berjaya menewaskan Stoke 2 -1 dalam pusingan suku akhir Piala FA semalam. Liverpool yang sudah menjuarai Piala Liga berharap akan bermain di final Piala FA di Stadium Wembley buat kali kedua tahun ini. 

(Sumber foto : Utusan Online - 20/3/2012)

AKHIRNYA TORRES JARINGKAN GOL...

 

Akhirnya Fernando Torres mengakhiri kemarau jaringan dengan menyumbat 2 gol ketika membantu Blues menewaskan Leicester 5 - 2 pada pusingan suku akhir Piala FA kelmarin. 

WAJARKAH DLCW BERMAIN DALAM PIALA AXIATA ....?


BAM tetap akan menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei dalam Piala Axiata walaupun pemain itu mengalami kecederaan bahu. Penulis melihat langkah tersebut sebagai kurang wajar kerana pada masa ini sepatutnya Datuk Lee Chong Wei mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya sebelum menghadapi Sukan Olimpik nanti. 

(Sumber gambar : Utusan Online - 20/3/2012)

PENGGUNAAN 'TER-', 'SEKALI' DAN 'PALING'

Dalam bahasa Melayu, imbuhan 'ter-' dan kata penguat 'sekali' dan 'paling' sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan 'ter-' atau 'sekali' atau 'paling'. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan 'ter-', maka kata penguat 'sekali' dan 'paling' tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 

Contoh:

Betul                               Salah

terpandai                         terpandai sekali
tertinggi                           tertinggi sekali
terindah                           terindah sekali
paling baik                       paling terbaik/ paling baik sekali
paling cantik                    paling tercantik/ paling cantik sekali
paling masyhur                 paling termasyhur/ paling masyhur sekali
baik sekali                       paling terbaik sekali
pandai sekali                   paling terpandai sekali
cantik sekali                    paling tercantik sekali

DEBARAN SPM 2011 ESOK....

 

Keputusan peperiksaan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012 (Rabu). Semua calon SPM Faris Petra akan mengetahui keputusan masing-masing selepas pukul 10 pagi. Warga sekolah mengharapkan sejarah dapat dicipta lagi selepas PMR 2011 mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah sekolah.  Bersama-samalah kita tunggu...

3.7 JUTA BELUM DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI....

 

Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat mengenai saranan supaya sistem pilihan raya dijadikan subjek yang diajar di sekolah untuk pelajar-pelajar menengah atas. Penulis menganggap saranan tersebut amat wajar kerana pendidikan pilihan raya mampu memberi kesedaran kepada golongan muda supaya mendaftar diri sebagai pengundi apabila umur mereka mencapai 21 tahun. Pendidikan pilihan raya juga mampu mendedahkan pelajar tentang sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia dan peranan rakyat dalam menentukan kepemimpinan negara pada masa hadapan. Penulis kecewa apabila terdapat lebih 3.7 juta orang yang layak untuk menjadi pengundi tetapi tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan 23 peratus daripada penduduk yang terdapat di negara kita. Hal ini berlaku kerana mereka tidak menyedari akan kepentingan tugas mereka sebagai pengundi ekoran kesedaran yang rendah dalam diri. Satu undi daripada anda mampu menentukan kepemimpinan negara pada masa hadapan. Daftarlah diri anda sebagai pengundi. 

PROGRAM BACK TO SCHOOL ALUMNI FARIS PETRA...

 






BARISAN AJK ALUMNI FARIS PETRA PROGRAM BACK TO SCHOOL


PENGARAH PROGRAM : HJ AHMAD HELMIE BIN HASSAN

KULIAH AGAMA/ IMAM : DR HUSYAIRI (94), AZNAN (96)
SENAM ROBIK : BATCH 7781 (SUHAIMI/ ZARINA & GENG)
PAINTBALL INTER BATCH : BATCH 0004 (FADHIL & GENG)
HIGTH TABLE LUNCH : BATCH 9296 (HAFIZI, HASMIZIE & GENG)
CAREER TALK/ MOTIVATION : BATCH 77 (NORAZMAN + PERINTIS)
SUKAN RAKYAT/ BOLASEPAK : BATCH 9195 (MARZUKI, NIK HAIRIL & GENG)
URUSETIA KESELAMATAN/ PARKING : SHAHRIZAL 96
URUSETIA PERSIAPAN TEMPAT/ LABEL : SUPRAN 84
URUSETIA PENGINAPAN DORM : WAN SAKINAH 85




TENTATIF 'BACK TO SCHOOL 2012'


23 MAC 2012 (JUMAAT)

Penyerahan lembu, acara sembelihan dan melapah lembu

24 MAC 2012 (SABTU)

PENDAFTARAN ALUMNI DI DEWAN BESAR

5.30 pg - 7.00 pg   : Solat Subuh berjemaah/ Kuliah Subuh

7.00 pg - 8.00 pg   : Makan pagi di Dewan Makan

8.00 pg - 9.00 pg   : Senamrobik Berirama di Dataran Roll Call
                                (penglibatan semua pelajar, guru-guru dan Alumni)

9.00 pg - 1.00 ptg  : Paint Ball Tournament - Inter Batch di Padang hadapan gelanggang Basketball
                                (penglibatan semua pelajar, guru-guru dan Alumni)

12.30 tgh - 1.30 ptg : High Table Lunch di Dewan Makan
                                (penglibatan semua pelajar, guru-guru dan Alumni)

1.30 ptg - 2.00 ptg : Solat Zohor

2.30 ptg - 4.30 ptg : Career Talk & Motivation untuk pelajar-pelajar di Dewan Besar

2.30 ptg - 4.30 ptg : Mesyuarat Agung Penubuhan KOPERASI ALUMNI

4.30 ptg - 5.00 ptg : Solat Asar

5.00 ptg - 7.00 ptg : Sukan Rakyat & Perlawanan Bolasepak
                                (penglibatan semua pelajar, guru-guru san Alumni)


 

Sunday 18 March 2012

MESYUARAT KAUNSELOR SBP ZON TIMUR...

 

Pada 19 Mac 2012 (Isnin), kaunselor-kaunselor Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur akan bermesyuarat di Faris Petra bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Gerakan sekolah. Warga Farisian mengucapkan selamat datang ke bumi hijau Faris dan selamat bermesyuarat.

PERCUTIAN PENULIS DI MELAKA...











Pada 13 - 16 Mac 2012, penulis bersama-sama keluarga telah bercuti di Melaka dan Negeri Sembilan bagi mengisi masa cuti sekolah. Percutian tersebut sangat menyeronokkan kerana adik-beradik penulis ikut serta bersama dengan keluarga masing-masing. Perkara yang mengagumkan penulis ialah bandaraya Melaka yang sangat bersih dan sikap masyarakat Melaka yang menjaga sungai mereka.

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA...

 
Semua pelajar Faris daripada tingkatan 1 hingga 5 sedang menduduki peperiksaan penggal pertama bermula hari ini (19/3/2012) hingga 23/3/2012. Peperiksan penggal pertama sangat penting untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam beberapa topik awal supaya guru-guru dapat mengenal pasti kelemahan lebih awal. Kami guru-guru Faris Petra mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan lakukan yang terbaik agar kecemerlangan sekolah sentiasa terbilang. 

LENSA HKSBP ZON TIMUR 2012

HKSBP ZON TIMUR 2012

Pasukan perempuan

Coach Ujagar Singh
Referee MABA

 Pasukan lelaki sedang berentap dengan SHAH

 Majlis Penutup

Majlis Penutup

 Pasukan perempuan sedang berentap dengan SEMESTA

Pasukan lelaki

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur (HKSBPZT) telah berlangsung pada 7 - 11 Mac 2012 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Faris Petra telah menghantar pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan bagi menyertai pertandingan bola keranjang sempena kejohanan tersebut. Pasukan lelaki Faris berjaya menumbangkan SHAH, INTEK dan SBPIT tetapi kecundang di peringkat semi akhir kepada SMSD manakala pasukan perempuan pula mengalahkan SHAH , SEMESTA dan INSTAR tetapi turut kecundang di peringkat suku akhir kepada INTEK. Walaupun kalah, kami warga Faris mengucapkan tahniah atas kesungguhan pasukan bola keranjang dalam pertandingan tersebut. Anda perlu menebus kembali pada tahun hadapan.

Saturday 17 March 2012

GAJI MINIMUM AMAH RM700 TIDAK WAJAR

 

Penulis terpanggil untuk memberi pendapat mengenai kenyataan daripada Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman bahawa kerajaan Malaysia bersetuju untuk menerima amah dari Indonesia dengan gaji minimum RM700 dan melakukan satu tugas sahaja. Penulis menganggap kenyataan tersebut amat tidak wajar dan sangat tidak adil kepada majikan. Penulis tidak menafikan bahawa pembantu rumah sangat diperlukan oleh keluarga yang bekerjaya. Walau bagaimanapun, mengupah pembantu rumah dengan gaji minimum RM700 dan hanya melakukan satu tugas sahaja adalah membebankan majikan. Penulis tidak dapat membayangkan berapa orang pembantu rumah yang perlu diupah oleh majikan untuk melakukan kerja-kerja dapur, mengemas rumah, mengasuh bayi, menjaga ibu bapa yang sudah tua dan memasak. Adakah seorang majikan ingin mengupah 4 orang pembantu rumah untuk mengurus rumah mereka? Berapakah kos yang perlu dibelanjakan untuk pembantu rumah dengan gaji minimum kakitangan RM1500 sebulan? Persoalan sedemikian patut dilihat oleh kerajaan agar beban rakyat dapat diringankan. Penulis sangat berharap agar kerajaan dapat membuat keputusan yang tepat demi kesejahteraan rakyat.

Tuesday 6 March 2012

GELANGGANG TUK WALI....



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DRAMA GELANGGANG TUK WALI  KARYA ISMAIL KASSAN

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Pemikiran
Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa
Tuk Wali mengajar ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Tuk Wali juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang









Persoalan

Persoalan sikap masyarakat yang meremehkan budaya warisan bangsa
Tuk Wali menghadapi cemuhan dan hinaan orang kampung yang mentertawakannya ketika bersilat di rumah Haji kodri
Persoalan sikap masyarakat yang menghormati golongan berilmu
Ripin dan Mariam amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang telah mengajar mereka ilmu silat
Persoalan sikap generasi muda terhadap budaya warisan bangsa
Generasi muda sangat kurang mempertahankan budaya warisan bangsa seperti silat kecuali Ripin dan Mariam
Persoalan penagihan dadah yang sukar untuk dipulihkan
Walaupun Piee handal bersilat tetapi dia terlibat dengan penagihan dadah hingga sanggup mencuri dan membunuh untuk mendapatkan keris untuk dijual
Persoalan menghargai kepentingan alam sekitar
Tuk Wali mengamalkan pantang larang ketika masuk hutan untuk mendapatkan akar kayu. Tuk Wali menghargai alam kerana alam merupakan sumber rezekinya
Persoalan dengki dan khianat dalam masyarakat
Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali kerana masih mengekalkan budaya warisan bangsa seperti Imam dan Siak
Persoalan dendam yang berpanjangan
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup
Tuk Wali begitu tabah menghadapi cacian dan cemuhan orang kampung sehingga ada yang memalukannya di rumah Haji Kodri
Watak & perwatakan




Tuk Wali
Tegas pendirian
Tuk wali tetap ingin bersilat di rumah Ají Kodri walaupun dihalang oleh Mak Umi, Imam dan Siak
Berani
Tuk wali berani berlawan dengan Siak apabila Siak datang ke rumahnya
Cepat bertindak
Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak di kedai emas
Taat perintah agama
Tuk wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat
Suka membantu
Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah
Merendah diri
Walaupun Tuk Wali dapat menewaskan perompak dan dipuji oleh Halim dan Jamil tetapi Tuk Wali tetap merendah diri dan mengatakan semua itu kebetulan sahaja
Watak & perwatakan


Ripin
Menghormati orang tua
Ripio Sangay menghormati Tuk Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tuk Wali
Patuh/taat kepada guru
Ripio patuh pada arahan Tuk Wali supaya mengumpulkan anak-anak muridnya kerana pemberita akan sampai
Penyayang/ sanggup berkorban
Ripin bertekad akan membalas dendam atas kematian Tuk Wali
Merendah diri
Ripin merasakan dirinya belum layak menerima keris pusaka daripada Tuk Wali walaupun Tuk wali menganggap Ripin muridnya yang terbaik
Watak & perwatakan


Mak Umi
Bijak mematahkan hujah
Mak Umi bijak berdebat dengan Imam dan Siak apabila mereka mempersendakan suaminya, Tuk Wali
Penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah suaminya Tuk Wali yang berlagak seperti orang muda walaupun umurnya telah tua
Prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah
Penyayang
Mak Umi mempertahankan sikap, pendirian dan perlakuan Tuk Wali ketika disindir oleh Imam dan Siak


Latar masa
Waktu pagi
Ripin datang ke rumah Tuk Wali dan Tuk Wali memberitahu dia ingin menumpang motor Ripin untuk ke rumah Haji Kodri
Waktu petang
Mak Umi didatangi Imam dan Siak yang bertujuan menyuruh Mak Umi menasihati Tuk Wali agar meninggalkan gelanggang silat
Waktu malam
Tuk Wali bermain-main biola dan berbual-bual dengan Mak Umi



Latar tempat
Rumah Tuk Wali
Hali dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk mendapatkan berita daripada Tuk Wali
Gelanggang silat
Tuk Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat
Kedai emas
Tuk Wali menewaskan empat orang perompak yang merompak kedai emas ketika dia sedang berehat di situ
Rumah Haji Kodri
Tuk Wali dijemput bersilat dalam majlis kenduri dan dia terasa malu dan terhina ditertawakan oleh orang kampung






Latar masyarakat
Masyarakat yang mempertahankan budaya warisan bangsa
Tuk Wali mengajar ilmu persilatan kepada anak-anak muda supaya dapat diwarisi dan tidak hilang begitu sahaja
Masyarakat penagih dadah
Piee merupakan penagih dadah dan sukar untuk membuang tabiat itu
Masyarakat pendendam
Siak berdendam dengan Tuk Wali kerana mengahwini bekas tunangnya
Masyarakat yang gigih
Tuk wali gigih ke hutan untuk mencari akar kayu yang boleh dijadikan ubat
Masyarakat yang cintakan alam sekitar
Tuk Wali menggunakan pantang larang ketika masuk hutan supaya tidak memusnahkan alam
Masyarakat yang taat pada perintah agama
Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dan tidak melupakan amalan sunat
Masyarakat yang penyayang
Mak Umi amat menyayangi Tuk Wali sehingga sanggup mempertahankan suaminya apabila disindir oleh Imam dan Siak




Nilai
Keberanian
Tuk Wali berani berlawan dengan perompak yang merompak kedai emas tempat dia berehat
Kegigihan
Tuk Wali gigih mencari akar kayu di hutan untuk mendapatkan rezeki halal
Kesabaran
Mak Umi bersabar dengan kerenah Tuk Wali yang berlagak seperti orang muda
Tanggungjawab
Tuk Wali bertanggungjawab mempertahankan ilmu silat yang merupakan warisan bangsa
Hormat-menghormati
Ripin menghormati Tuk Wali sebagai guru silatnya dan bercakap dengan sopan ketika berbual dengan Tuk wali





Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan warisan bangsa
Tuk Wali bertanggungjawab mempertahankan ilmu persilatan supaya dapat diwarisi oleh generasi muda akan datang
Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua
Ripin sangat menghormati Tuk Wali dan bercakap dengan sopan apabila berbual dengannya
Kita perlu mempertahankan ahli keluarga daripada dihina
Mak Umi mempertahankan Tuk Wali yang dihina oleh Imam dan Siak supaya meninggalkan gelanggang silat
Jangan kita memusnahkan alam kerana hutan adalah khazanah negara
Tuk wali berhati-hati memotong pokok ketika dia masuk hutan untuk mencari akar kayu bagi dijadikan ubat-ubatan
Jangan kita menyimpan perasaan dendam kepada seseorang
Siak masih berdendam dengan Tuk wali kerana Tuk Wali mengahwini bekas tunangnya



Gaya Bahasa
Peribahasa
Barulah kena buku dengan ruasnya
Metafora
Kaki dan tangan aku ni dah bermata bertelinga sendiri
Simile
Tuk Wali kau ni macam rimau tak ada gigi
Sinkof
Kerana dah tualah tak jadi manis tu
Bahasa asing
Bahasa Inggeris – Sorrylah
Bahasa Arab – Assalamualaikum, InsyaAllah
Bahasa Indonesia – Bisa copot jantungku




AYAT TERBITAN...

Kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks daripada ayat dasar yang kita namai sebagai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar seperti berikut;


            Subjek                                     Predikat

a.         Ahmad                                     guru sementara di sekolah itu.

b.         Kakak sulungku                        sedang tidur di serambi rumah.

c.         Pegawai kanan pejabat itu         amat cekap dan rajin pula.

d.         Rumah kediamannya                 di Kampung Chabang Empat dalam derah Tumpat

(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

AYAT DASAR...

Ayat dasar merupakan pola yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa. Semua ayat sama ada yang pendek atau yang panjang, yang berbentuk ayat mudah atau yang kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang pasti terbina daripada 4 pola ayat dasar iaitu;

Subjek                                     Predikat

Pola 1              Frasa Nama                             Frasa Nama
                        Ahmad                                     guru

Pola 2              Frasa Nama                             Frasa Kerja
                        Kakakku                                  sedang tidur

Pola 3              Frasa Nama                             Frasa Adjektif
                        Pegawai itu                               amat cekap

Pola 4              Frasa Nama                             Frasa Sendi Nama
                        Rumahnya                                di Kampung Chabang Empat

 (Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...