Dalam bahasa Melayu, imbuhan 'ter-' dan kata penguat 'sekali' dan 'paling' sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan 'ter-' atau 'sekali' atau 'paling'. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan 'ter-', maka kata penguat 'sekali' dan 'paling' tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya.
Contoh:
Betul Salah
terpandai terpandai sekali
tertinggi tertinggi sekali
terindah terindah sekali
paling baik paling terbaik/ paling baik sekali
paling cantik paling tercantik/ paling cantik sekali
paling masyhur paling termasyhur/ paling masyhur sekali
baik sekali paling terbaik sekali
pandai sekali paling terpandai sekali
cantik sekali paling tercantik sekali
kalau ayat dia ( disambut dengan paling meriah sekali)
ReplyDeletepaling kurang sekali (betul)
ReplyDelete*paling kurang sekali (salah)
Cikgu Azaman, boleh buat pencerahan untuk kekeliruan di atas? terima kasih cikgu.
maaf kerana mengganggu, saya sudah teliti dan fahami konteks bahasa di atas cikgu.
ReplyDeletea) paling kurang sekali....sekurang-kurangnya sekali ...
b) paling kurang ( kata penguat )
maaf cikgu kerana mengganggu