KUALA TERENGGANU - Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 menyaksikan Jose Serpa (Androni Giocattoli) merangkul juara keseluruhan (jersi kuning) juga Raja Bukit (jersi merah) manakala Andrea Guardini terus cemerlang apabila memenangi peringkat terakhir dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu semalam.
Guardini, dari Farnese Vini-Selle Italia terlalu hebat buat pencabarnya kerana dia bukan sahaja meraih kemenangan peringkat kali ke-11 semalam, tetapi mengekalkan jersi biru selaku Raja Pecut pada edisi ke-17 ini.
Pelumba kelahiran Tregnago, Itali itu mengatasi kegemilangan Graeme Brown kelmarin, apabila meraih kemenangan ke-11 seterusnya memintas rekod pelumba Australia itu yang pernah meraih kejuaraan peringkat sebanyak 10 kali.
(Sumber : Utusan Online - 5/3/2012)
No comments:
Post a Comment