Sunday 4 March 2012

TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012...


Majlis pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra semalam dengan meriah dan penuh warna-warni. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menyampaikan ucapan alu-aluan beliau melahirkan keyakinan bahawa promosi pelancongan yang akan dilaksanakan mampu menarik sejumlah 6 juta pelancong ke negeri ini sempena TMK tahun ini. Menurut beliau, industri pelancongan Kelantan dijangka akan menyumbang sebanyak RM1.8 bilion kepada pendapatan negeri. Penulis berharap sempena TMK tahun ini, rakyat Kelantan perlu menjaga kebersihan kerana kita tidak mahu negeri yang digelar Serambi Mekah ini dipandang serong oleh pelancong nanti. KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...