ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DRAMA GELANGGANG TUK WALI KARYA ISMAIL KASSAN
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Pemikiran | Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa | Tuk Wali mengajar ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Tuk Wali juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang |
Persoalan | Persoalan sikap masyarakat yang meremehkan budaya warisan bangsa | Tuk Wali menghadapi cemuhan dan hinaan orang kampung yang mentertawakannya ketika bersilat di rumah Haji kodri |
Persoalan sikap masyarakat yang menghormati golongan berilmu | Ripin dan Mariam amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang telah mengajar mereka ilmu silat | |
Persoalan sikap generasi muda terhadap budaya warisan bangsa | Generasi muda sangat kurang mempertahankan budaya warisan bangsa seperti silat kecuali Ripin dan Mariam | |
Persoalan penagihan dadah yang sukar untuk dipulihkan | Walaupun Piee handal bersilat tetapi dia terlibat dengan penagihan dadah hingga sanggup mencuri dan membunuh untuk mendapatkan keris untuk dijual | |
Persoalan menghargai kepentingan alam sekitar | Tuk Wali mengamalkan pantang larang ketika masuk hutan untuk mendapatkan akar kayu. Tuk Wali menghargai alam kerana alam merupakan sumber rezekinya | |
Persoalan dengki dan khianat dalam masyarakat | Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali kerana masih mengekalkan budaya warisan bangsa seperti Imam dan Siak | |
Persoalan dendam yang berpanjangan | Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya | |
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup | Tuk Wali begitu tabah menghadapi cacian dan cemuhan orang kampung sehingga ada yang memalukannya di rumah Haji Kodri | |
Watak & perwatakan Tuk Wali | Tegas pendirian | Tuk wali tetap ingin bersilat di rumah Ají Kodri walaupun dihalang oleh Mak Umi, Imam dan Siak |
Berani | Tuk wali berani berlawan dengan Siak apabila Siak datang ke rumahnya | |
Cepat bertindak | Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak di kedai emas | |
Taat perintah agama | Tuk wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat | |
Suka membantu | Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah | |
Merendah diri | Walaupun Tuk Wali dapat menewaskan perompak dan dipuji oleh Halim dan Jamil tetapi Tuk Wali tetap merendah diri dan mengatakan semua itu kebetulan sahaja | |
Watak & perwatakan Ripin | Menghormati orang tua | Ripio Sangay menghormati Tuk Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tuk Wali |
Patuh/taat kepada guru | Ripio patuh pada arahan Tuk Wali supaya mengumpulkan anak-anak muridnya kerana pemberita akan sampai | |
Penyayang/ sanggup berkorban | Ripin bertekad akan membalas dendam atas kematian Tuk Wali | |
Merendah diri | Ripin merasakan dirinya belum layak menerima keris pusaka daripada Tuk Wali walaupun Tuk wali menganggap Ripin muridnya yang terbaik | |
Watak & perwatakan Mak Umi | Bijak mematahkan hujah | Mak Umi bijak berdebat dengan Imam dan Siak apabila mereka mempersendakan suaminya, Tuk Wali |
Penyabar | Mak Umi sabar melayan kerenah suaminya Tuk Wali yang berlagak seperti orang muda walaupun umurnya telah tua | |
Prihatin | Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah | |
Penyayang | Mak Umi mempertahankan sikap, pendirian dan perlakuan Tuk Wali ketika disindir oleh Imam dan Siak | |
Latar masa | Waktu pagi | Ripin datang ke rumah Tuk Wali dan Tuk Wali memberitahu dia ingin menumpang motor Ripin untuk ke rumah Haji Kodri |
Waktu petang | Mak Umi didatangi Imam dan Siak yang bertujuan menyuruh Mak Umi menasihati Tuk Wali agar meninggalkan gelanggang silat | |
Waktu malam | Tuk Wali bermain-main biola dan berbual-bual dengan Mak Umi | |
Latar tempat | Rumah Tuk Wali | Hali dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk mendapatkan berita daripada Tuk Wali |
Gelanggang silat | Tuk Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat | |
Kedai emas | Tuk Wali menewaskan empat orang perompak yang merompak kedai emas ketika dia sedang berehat di situ | |
Rumah Haji Kodri | Tuk Wali dijemput bersilat dalam majlis kenduri dan dia terasa malu dan terhina ditertawakan oleh orang kampung | |
Latar masyarakat | Masyarakat yang mempertahankan budaya warisan bangsa | Tuk Wali mengajar ilmu persilatan kepada anak-anak muda supaya dapat diwarisi dan tidak hilang begitu sahaja |
Masyarakat penagih dadah | Piee merupakan penagih dadah dan sukar untuk membuang tabiat itu | |
Masyarakat pendendam | Siak berdendam dengan Tuk Wali kerana mengahwini bekas tunangnya | |
Masyarakat yang gigih | Tuk wali gigih ke hutan untuk mencari akar kayu yang boleh dijadikan ubat | |
Masyarakat yang cintakan alam sekitar | Tuk Wali menggunakan pantang larang ketika masuk hutan supaya tidak memusnahkan alam | |
Masyarakat yang taat pada perintah agama | Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dan tidak melupakan amalan sunat | |
Masyarakat yang penyayang | Mak Umi amat menyayangi Tuk Wali sehingga sanggup mempertahankan suaminya apabila disindir oleh Imam dan Siak | |
Nilai | Keberanian | Tuk Wali berani berlawan dengan perompak yang merompak kedai emas tempat dia berehat |
Kegigihan | Tuk Wali gigih mencari akar kayu di hutan untuk mendapatkan rezeki halal | |
Kesabaran | Mak Umi bersabar dengan kerenah Tuk Wali yang berlagak seperti orang muda | |
Tanggungjawab | Tuk Wali bertanggungjawab mempertahankan ilmu silat yang merupakan warisan bangsa | |
Hormat-menghormati | Ripin menghormati Tuk Wali sebagai guru silatnya dan bercakap dengan sopan ketika berbual dengan Tuk wali | |
Pengajaran | Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan warisan bangsa | Tuk Wali bertanggungjawab mempertahankan ilmu persilatan supaya dapat diwarisi oleh generasi muda akan datang |
Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua | Ripin sangat menghormati Tuk Wali dan bercakap dengan sopan apabila berbual dengannya | |
Kita perlu mempertahankan ahli keluarga daripada dihina | Mak Umi mempertahankan Tuk Wali yang dihina oleh Imam dan Siak supaya meninggalkan gelanggang silat | |
Jangan kita memusnahkan alam kerana hutan adalah khazanah negara | Tuk wali berhati-hati memotong pokok ketika dia masuk hutan untuk mencari akar kayu bagi dijadikan ubat-ubatan | |
Jangan kita menyimpan perasaan dendam kepada seseorang | Siak masih berdendam dengan Tuk wali kerana Tuk Wali mengahwini bekas tunangnya | |
Gaya Bahasa | Peribahasa | Barulah kena buku dengan ruasnya |
Metafora | Kaki dan tangan aku ni dah bermata bertelinga sendiri | |
Simile | Tuk Wali kau ni macam rimau tak ada gigi | |
Sinkof | Kerana dah tualah tak jadi manis tu | |
Bahasa asing | Bahasa Inggeris – Sorrylah Bahasa Arab – Assalamualaikum, InsyaAllah Bahasa Indonesia – Bisa copot jantungku |
Assalamualaikum cikgu. Mohon copy. Terima kasih.
ReplyDelete