Tuesday 28 February 2012

ALUMNI FARIS PETRA KEMBALI BERBAKTI...


ALUMNI SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan berkampung di sekolah selama 2 hari pada 23 - 24 Mac 2012 nanti untuk kembali berbakti kepada warga Farisian. Mereka akan bermalam di asrama Putera dan Puteri pada 23 Mac 2012 untuk mengembalikan semula nostalgia semasa mereka belajar di Faris Petra sebelum ini. Pada keesokan hari, program Bicara Kerjaya akan diadakan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. Pelbagai peluang kerjaya akan disampaikan oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pendedahan dalam kerjaya dan peluang pendidikan yang akan diceburi nanti. Pada sebelah petang pula, perlawanan bola sepak dan bola jaring akan diadakan antara guru dan pelajar dengan ALUMNI. Setakat ini seramai 150 orang telah memberi komitmen untuk datang ke Faris dan kembali berbakti kepada warga Farisian. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan ALUMNI pulang ke Faris Petra. Penulis akan melaporkan butiran terperinci mengenai program yang disusun nanti. 

MAYAT BAYI DALAM PLASTIK...


KUANTAN 27 Feb. - Seorang bayi bukan sahaja dibuang ibu bapanya malah diperlakukan secara kejam apabila dimasukkan ke dalam beg plastik bersama sebiji batu bata sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Kuantan di sini.
Mayat si kecil yang masih bertali pusat itu ditemui tersangkut pada ranting kayu di tebing sungai di bawah Jambatan Tanjung Lumpur di sini, oleh sekumpulan pemancing pada pukul 12.30 tengah hari ini.

(Sumber : Utusan Online - 28/2/2012)

BOJAN HODAK GANTI BUTLER...?


Bojan Hodak yang mengendalikan sesi latihan skuad The Red Warriors di padang latihan MARDI, Pasir Tumboh semalam menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Peter James Butler yang digantung oleh pengurusan KAFA akibat mengkritik pihak pengurusan. Kemenangan skuad TRW menewaskan pasukan kelab Singapura 2 - 1 dalam perlawanan persahabatan semalam mengukuhkan lagi peranan Bojan Hodak sebagai pengendali TRW selepas ini. Pihak pengurusan KAFA belum lagi membuat keputusan siapa pengganti Butler tetapi khabar angin mengatakan Bojan Hodak yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ARMY sebelum ini akan mengambil alih tugas yang dipegang oleh Butler. 

LIMA TONGGAK KECEMERLANGAN..




SULTAN Muhammad V bersalaman dengan orang ramai pada majlis Wacana Keputeraan di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri



KOTA BHARU 27 Feb. - Semua agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri diminta mengguna pakai lima tonggak atau teras Pelan Strategik Pembangunan Modal Insan dan menjadikannya panduan dalam setiap gerak kerja yang dilakukan.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, tonggak tersebut adalah faqihin, aminan, rahiman, ilman dan salaman.
"Harapan beta agar konsep faqihin, aminan, rahiman, ilman dan salaman ini dapat dijadikan panduan dalam bentuk gerak kerja untuk dilaksanakan dalam masyarakat di semua tempat termasuk di luar Kelantan dan luar negara.
"Mudah-mudahan dengan mengamalkan lima tonggak ini, kerja-kerja kita akan menjadi lebih baik dan berkesan serta akan dinilai sebagai ibadat di sisi Allah SWT," titah Sultan Muhammad V semasa merasmikan Wacana Keputeraan baginda di Balai Islam Lundang di sini, hari ini.

(Sumber : Utusan Online - 28/2/2012)

Monday 27 February 2012

LIVERPOOL JULANG CARLING CUP...



Liverpool menjulang Piala Liga setelah menewaskan Cardiff City 3 - 2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2 - 2 pada masa tambahan. Tahniah kepada Liverpool kerana menjulang piala pertama setelah 6 tahun kemarau trofi di bawah kendalian pengurus Kenny Danglish.

(Sumber foto : Utusan Online - 28/2/2012)

SISTEM SALAH LAKU MURID (SSDM) ONLINE BERMULA 2012...


Penulis selaku Setiausaha Disiplin Faris Petra menghadiri taklimat dan bengkel Pengisian Sistem Salah Laku Murid (SSDM) dan Sekolah Selamat secara online anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu hari ini di SMA Tg Amalin A'ishah Puteri bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Taklimat tersebut banyak menberi input kepada penulis untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan lagi. 

Saturday 25 February 2012

SEKITAR BICARA INTELEK GURU SBP ZON TIMUR..

MAJLIS BICARA INTELEK 
GURU SBP ZON TIMUR
25 FEB 2012







ATUR CARA

8.00 pg        Pendaftaran

8.30 pg        Nyanyian lagu 'NEGARAKU'

                    Bacaan doa

                    Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Shaffie Awang, Pengetua Faris Petra

                    Ucapan Perasmian oleh En. Addenan Osman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan
                    Kebitaraan Akademik (SBA), BPSBPSK

9.00 pg        SESI 1 : KONSEP 1 MALAYSIA
                    Oleh En. Mohd Nor Aswadi Mohd Noor
                    Jabatan Penerangan Negeri Kelantan

10.00 pg      SESI 2 : DASAR-DASAR BAHARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                    Oleh En. Mohd Addenan Osman
                    KPP BPSBPSK

11.00 pg      Kudapan

11.30 pg      SESI 3 : PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP), TRANSFORMASI 
                    EKONOMI (ETP)
                    Oleh Biro Tatanegara (BTN)

1.30 ptg      Makan tengah hari/ rehat

2.30 ptg      SESI 4: MENANGANI ISU DISIPLIN, KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN
                   AWAM DI SEKOLAH/ ISU-ISU SEMASA
                  Oleh Unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman

4,30 ptg     Bersurai



SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT;

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Jabatan Penerangan Negeri Kelantan
  • Biro Tatanegara (BTN)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Pengetua-pengetua Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Zon Timur
  • Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Zon Timur
  • Jawatankuasa Bicara Intelek Guru Faris Petra
  • Semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis BICARA INTELEK GURU SBP ZON TIMUR

Friday 24 February 2012

LAWAK 6


mak cik ni nyawa kot mana heh..

DUA GELIGA HIKMAT



PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT

SINOPSIS

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DUA GELIGA HIKMAT

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Pengembaraan seorang anak raja untuk mencari sesuatu
Inderaputera sedang mengembara dan menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat. Inderaputera menggunakan akal dan kekuatan yang ada padanya  untuk menewaskan musuh yang berupa haiwan yang menjaga istana tuan puteri yang memiliki geliga hikmat






Persoalan
Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh
Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki mahligai tuan puteri
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat
Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut raksasa
Persoalan berpegang pada janji
Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Persoalan keistimewaan/
kelebihan  anak raja
Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksana/peri dan haiwan yang menjaga mahligai puteri

Nilai



Keberanian
Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat
Kebijasanaan
Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri
Menepati janji
Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang dijanjikan kepada Inderaputera
Baik hati
Peri mencadangkan supaya Inderaputera bersembunyi ketika tuan puteri sedang mandi ditasik




Pengajaran
Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan situasi yang sukar supaya matlamat tercapai
Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau, badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki mahligai tersebut
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar
Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri agar dapat bertemu dengan tuan puteri
Kita hendaklah berpegang pada janji
Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Kita hendaklah melayan tetamu dengan baik
Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika Inderaputera datang ke rumahnya

WATAK




Inderaputera
PERWATAKAN
HURAIAN
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi, memiliki paras rupa yang sangat elok
Bijaksana
Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri
Berani
Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu
Berpegang pada janji
Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri memberikan geliga hikmat kepadanya
WATAK


Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik
Berpegang pada janji
Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya
Bijaksana
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya
Pemalu
Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian



LATAR
MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Waktu fajar
Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan akaian yang sangat cantik
Tengah malam
Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran

LATAR TEMPAT
Tasik
Tempat tinggal peri/nenek/raksasa
Mahligai
Tempat tinggal Tuan Puteri
Balai Rangga Puspa Berahi
Tempat yang disediakan oleh tuan puteri kepada Inderaputera untuk beradu


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat yang berani
Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga mahligai tuan puteri
Masyarakat yang menepati janji
Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikan
Masyarakat yang bijaksana
Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri

Thursday 23 February 2012

LAWAK 5


macam-macam penyewa sekarang ni...

4 JENIS WANITA YANG MENJADI PENGHUNI NERAKA..


4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi ISI/PENGHUNI NERAKA :

✿~ Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
~ suka mengungkit setia hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar

✿~ Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

✿~ Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

✿~ Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.." 



(Sumber : FB Maztita Mohd Zain)

PANTUN LAPAN KERAT



PANTUN LAPAN KERAT
 Harun Mat Piah (Penyelenggara)


PANTUN
MAKSUD
Buat bangsal di tengah hutan,
        Tebaslah hutan buat halaman,
                 Di tepi halaman menanam kubis,
                          Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
        Itulah tanda tuan beriman,
                Tidak patah digoncang iblis,
                          Akhirnya tuan menang berjaya.
Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah  daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.
Ikan teluk parang-parang,
       Anak ketam disangka lelabi,
                Berburu musim tengkujuh,
                          Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
       Cucu Adam sepaian nabi,
                Turun dari langit ketujuh,
                          Jadi khalifah kepada Allah.
Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.
Lengkang-lengkung apa dipaku,
        Paku jatuh patah dua,
                Menjadi riuh orang didarat,
                         Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
        Kerana lalai rosak binasa,
               Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                         Bahasa ibunda hina terbiar.
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PANTUN LAPAN KERAT

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai 3 rangkap
Mempunyai 8 baris serangkap
Mempunyai 3 - 5 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  7 - 11 suku kata sebaris
Rima akhir abcdabcd

Tema
Tanggungjawab terhadap bahasa, budaya dan negara
Manusia memainkan peranan yang cukup besar dalam mentadbir negara agar kebudayaan Timar yang diwarisi sejak turun temurun tidak lenyap oleh pengaruh Barat






Persoalan
Persoalan kesabaran dalam usaha mencapai kejayaan
Manusia yang bersabar mampu menangkis godaan syaitan dan akhirnya berjaya dalam kehidupan
Persoalan manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling baik kerana berasal daripada Adam dan diturunkan dari langit ketujuh
Persoalan pengaruh Barat menguasai budaya Timur
Pengaruh Barat mudah meresap dalam kebudayaan Timur jika manusia leka dengan kehidupan dunia
Persoalan tanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda
Manusia perlu mempertahankan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Persoalan tanggungjawab menjaga negara daripada binasa
Kedaulatan negara yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan



Nilai
Kesabaran
Kesabaran yang ada dalam diir mampu menghalang godaan syaitan dan iblis
Kesyukuran
Manusia perlu bersyukur kerana dijadikan oleh Allah lebih baik daripada makhluk yang lain
Tanggungjawab
Manusia bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Cinta akan negara
Manusia perlu mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan Barat
Keimanan
Tanda-tanda orang yang beriman adalah memiliki sifat sabar dalam diri




Pengajaran





Kita hendaklah bersifat sabar agar tidak muda dinodai oleh Iblis
Sifat sabar yang ada dalam diri mampu menghalang daripada godaan iblis
Kita hendaklah bersyukur kerana diciptakan oleh Allah lebih baik berbanding makhluk lain
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah kerana berasal daripada nabi Adam dan diturunkan daripada langit ketujuh
Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda
Manusia memainkan peranan mendaulatkan bahasa Ibunda daripada terhakis dan terpinggir di bumi sendiri
Kita hendaklah mempertahankan negara daripada diceroboh oleh negara asing
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan daripada sebarang pencerobohan
Kita hendaklah menjaga budaya Timur daripada dinodai budaya Barat
Manusia tidak boleh leka kerana budaya Barat akan meresap dan menghakis budaya Timur

Gaya Bahasa
Kata ganda
Contoh : parang-parang, dibelah-belah, lengkang-lengkung
Inversi
Contoh : akhirnya tuan menang berjaya
Hiperbola
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku
Sinkof
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku


PANTUN ENAM KERAT




PANTUN ENAM KERAT
Md Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)


PANTUN
MAKSUD
Putik kelapa menjadi muda,
         Kelapa muda jadi kemirau,
                   Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
         Rasa pedih buat tak hirau,
                   Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Seseorang yang tidak menunjukkan rasa kecewa dan tidak mempedulikan kesakitan  walaupun perkara yang ditanggung itu begitu perit untuk dihadapi.
Ambil galah jolok kedondong,
         Galah pendek buluh sumpitan,
                   Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
         Sudah takdir sudah suratan,
                   Sudah nasib jadi begini.
Jangan menyalahkan orang lain atas nasib yang menimpa diri kerana perkara tersebut sudah ditakdirkan dan telah tersurat menerima nasib sedemikian.
Sarat bermuat ikan cencaru,
         Gelama tidak berumpan lagi,
                   Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
         Yang lama tidak berkenan lagi,
                   Ibarat melukut di tepi gantang.
Sikap orang yang bertemu dengan teman baharu tidak mempedulikan lagi teman yang lama dan menganggap orang lama itu sudah tidak berguna lagi


ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PANTUN ENAM KERAT

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai 3 rangkap
Mempunyai 6 baris serangkap
Mempunyai 4 - 5 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  8 - 11 suku kata sebaris
Rima akhir abcabc

Tema
Ketabahan menghadapi kekecewaan dalam bercinta
Seseorang yang menghadapi kekecewaan dalam bercinta tidak menunjukkan kedukaan dan keperitan yang dihadapi sebaliknya menganggap sesuatu yang berlaku itu telah ditakdirkan dan tidak menyalahkan orang lain






Persoalan
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan
Tidak menunjukkan kekecewaan dan kesakitan yang ditanggung walaupun sungguh memeritkan
Persoalan menerima suratan takdir
Tidak menyalahkan orang lain sebaliknya menerima sesuatu yang berlaku sebagai telah ditakdirkan
Persoalan sikap tidak menghargai persahabatan yang terjalin
Seseorang itu melupakan orang lama apabila menemui orang baharu
Persoalan keimanan dapat menentukan kekuatan diri
Keimanan yang ada dalam diri mampu menangani segala masalah yang ditempuh dalam kehidupan
Persoalan tidak melupakan yang lama apabila mendapat yang baharu
Perkara yang lama masih lagi berguna walaupun memperoleh yang baharu



Nilai
Ketabahan
Kekecewaan yang ditanggung dapat diatasi dengan tabah walaupun ia menyakitkan
Reda
Menerima nasib dengan reda kerana ia telah ditakdirkan dan tersurat dalam kehidupan
Rasional
Membuat keputusan dengan rasional tanpa menyalahkan orang lain jika nasib tidak menyebelahi diri
Kasih sayang
Hubungan yang terjalin perlu disulam dengan kasih sayang supaya dapat bertahan lama
Keimanan
Keimanan dalam diri mampu membina kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan




Pengajaran





Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan walaupun ia menyakitkan
Seseorang tidak menunjukkan kekecewaan yang dihadapi walaupun perit untuk ditanggung
Kita hendaklah reda menerima suratan takdir agar jiwa menjadi tenang
Nasib yang menimpa diri perlu diterima dengan reda kerana ia telah ditakdirkan
Kita hendaklah rasional ketika membuat keputusan supaya pemikiran tidak terganggu
Keputusan yang ingin dibuat perlu melalui pemikiran yang mendalam tanpa menyalahkan orang lain
Kita hendaklah menyayangi orang lama walaupun berjumpa dengan orang baharu
Perhubungan dengan teman lama perlu dikekalkan walaupun menemui teman baharu
Kita hendaklah menanam keimanan dalam diri supaya dapat menempuh setiap cabaran
Keimanan dalam diri mampu menguatkan jiwa seseorang apabila berhadapan dengan cabaran

Gaya Bahasa
Sinkof
Contoh : rasa pedih buat tak hirau
Peribahasa
Contoh : ibarat melukut di tepi gantang
Repetisi
Contoh : sudah takdir sudah suratan
Anafora
Contoh : sudah takdir sudah suratan

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...