Friday, 3 February 2012

14 LAGI SEKOLAH DIIKTIRAF SBT...




Muhyiddin Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru yang diwakili oleh Guru Besarnya, Datin Azizah Ahamad Tan (dua dari kanan) dan wakil muridnya, Arissa Dania Abdul Jamal, 10, pada majlis pengiktirafan SBT Kohort 3 di Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA 3 Feb. - Kementerian Pelajaran mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di bawah kohort ketiga tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 66 buah.
10 buah Sekolah Kebangsaan (SK) terbabit ialah SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu, SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Heights, Pulau Pinang; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah; dan SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor.
Empat buah Sekolah Menengah Sains (SMS) ialah SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SMS Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SMS Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor dan SMS Johor, Kluang Johor.

(Sumber : Utusan Online - 4/2/2012)

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...