
Penulis cukup sedih apabila melihat ramai remaja Islam begitu teruja dan menunggu-nunggu tarikh 14 Februari setiap tahun untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa meraikan hari tersebut sudah difatwakan sebagai haram? Untuk apakah sambutan sedemikian diadakan jika menyumbang ke arah gejala maksiat secara berleluasa? Apakah tindakan ibu bapa apabila mengetahui atau melihat anak-anak menyambut Hari Kekasih dengan gembira bersama-sama rakan? Apa yang penulis lihat dan baca menerusi akhbar, sebaik sahaja sambutan diadakan akan keluar berita bahawa ramai remaja yang ditangkap kerana berdua-duaan. Apa yang pasti sambutan Hari Kekasih menyebabkan remaja lupa akan balasan tuhan dek nafsu yang menyelubungi diri untuk menunjukkan kasih sayang antara lelaki dan prempuan. Kasih sayang dianjurkan dalam Islam tetapi dengan cara yang betul dan ikatan yang sah, bukannya berpeleseran menunggang motosikal kemudian singgah di rumah sewa atau hotel murah untuk melakukan maksiat. Ingatlah balasan Allah amat pedih...
No comments:
Post a Comment