Tuesday, 7 February 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA KERANJANG...









Pada 7/2/2012 (Selasa), pasukan bola keranjang lelaki Faris Petra telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola keranjang Sekolah Tinggi Wadi Sofia bertempat di gelanggang lawan. Perlawanan tersebut adalah medan untuk menguji sejauh mana kekuatan dan kelemahan pasukan Faris Petra yang akan mengikuti kejohanan HKSBP Zon Timur pada 3 - 7 Mac 2012 nanti. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Faris Petra kalah dengan jaringan 30 - 32 kepada pasukan Wadi Sofia yang membariskan pemain-pemain dari luar negara. Pasukan Faris Petra menunjukkan mutu permainan dan semangat juang yang tinggi walaupun baharu sebulan menjalani latihan. Walau bagaimanapun banyak kelemahan yang dapat dikenal pasti dan perlu diperbaiki sebelum menghadapi HKSBP nanti seperti kelemahan dalam ball handling, passing, rebound, shooting, dribbling dan team work. Pasukan sekolah perlu melipatgandakan latihan lagi dan memperbaiki setiap kelemahan jika ingin bersaing dalam HKSBP nanti. 

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...