Tuesday 21 February 2012

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN FARIS PETRA...

Ketibaan rombongan Stree Yala, Yala, Thailand 

 Taklimat di Bilik Gerakan oleh Tuan Pengetua

 Makan tengah hari di Dewan Makan

 Mendaftar masuk di Kamar Tetamu

Perlawanan antarabangsa bola sepak di padang sekolah

Persembahan kebudayaan Thai

Persembahan kebudayaan Thai

Persembahan Muzik Tradisional Faris Petra

Pelajar Stree Yala School

Bergambar sebelum pulang


FARIS PETRA, 21 FEB 2012 - Warga Farisian sungguh bertuah kerana menerima kunjungan Stree Yala School, Yala, Thailand hari ini sebagai program pengantarabangsaan sekolah. Rombongan seramai 5 orang guru dan 50 orang pelajar tiba jam 1.30 petang. Mereka disambut dengan penuh meriah oleh warga Farisian. Tuan Pengetua menyampaikan taklimat di Bilik Gerakan dengan dibantu oleh jurubahasa sekolah En. Feen Edeng. Kemudian mereka diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Dewan Makan sebelum menginap di Kamar Tetamu Faris. Pada jam 4.00 petang, perlawanan antarabangsa diadakan antara pasukan bola sepak Faris Petra dengan pasukan bola sepak Stree Yala. Pasukan Faris Petra mengalahkan Stree Yala 3 - 1. Perlawanan antarabangsa bola keranjang juga diadakan selepas itu. Keputusan pertandingan ialah pasukan bola keranjang Faris Petra perempuan mengalahkan pasukan Stree Yala 44 - 4 manakala pasukan lelaki mengalahkan mereka dengan keputusan 42 - 11. Pada sebelah malam pula, persembahan kebudayaan antara kedua-dua sekolah diadakan dengan penuh warna-warni di Dewan Gemilang bermula jam 9.00 malam. Pada 22/2/2012, rombongan melawat persekitaran kampus Faris Petra dan mereka bertolak pulang jam 10.00 pagi. Warga Farisian mengucapkan terima kasih atas kunjungan Stree Yala School. Semoga hubungan ini akan terjalin selama-lamanya. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...