LONDON - Wayne Rooney menyifatkan tiga gol lewat Manchester United menentang Chelsea, semalam adalah tanda kebangkitan mereka dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris meskipun penyandang juara musim lalu itu masih di bawah pendahulu, Manchester City selepas seri 3-3 di Stamford Bridge, semalam.
Skuad Alex Ferguson ketinggalan dua mata daripada City yang telah memperoleh kemenangan menentang Fulham, kelmarin.
Gol sendiri Jonny Evans dan dua gol skuad Blues melalui Juan Mata dan David Luiz membuatkan United ketinggalan tiga gol.
Namun, United mempamer kebangkitan menerusi dua gol penalti yang disempurnakan Rooney dan satu gol Javier Hernandez menjadikan kedudukan terikat 3-3 pada minit ke-84.
(Sumber : Utusan Online - 7/2/2012)
No comments:
Post a Comment