Tuesday, 21 February 2012

BICARA INTELEK GURU-GURU SBP ZON TIMUR..

FARIS PETRA, 22/2/2012 - Program Bicara Intelek Guru-Guru SBP Zon Timur anjuran Jabatan Penerangan dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 25 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Hampir 600 orang guru daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur akan berkampung di Faris Petra dan mereka akan mula mendaftar diri pada 24/2/2012. Sepanjang program berkenaan, beberapa orang penceramah dari Jabatan Penerangan, KPPM, BTN dan PDRM akan mengupas isu-isu mengenai Haluan Kerja Pendidik, Program Transformasi Kerajaan dan Menangani Isu Disiplin Murid Sekolah bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...