Tuesday, 21 February 2012

KEBANJIRAN WARGA AFRIKA : LANGKAH MENGHENTIKAN VISA KETIBAAN DAN PAS SOSIAL ADALAH TEPAT...


Penulis bersetuju seratus peratus dengan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghentikan pengeluaran visa ketibaan dan pas sosial kepada warga asing yang datang untuk melanjutkan pengajian di Malaysia. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak dengan tegas untuk membendung kemasukan beramai-ramai warga asing terutama dari Afrika ke Malaysia yang memberi alasan untuk melanjutkan pengajian di sini. Apa yang berlaku adalah kemasukan mereka membawa bencana kepada negara apabila berlaku peningkatan kadar jenayah, penipuan dan pengedaran dadah yang melibatkan warga Afrika sejak kebelakangan ini. Hal ini berlaku apabila undang-undang negara membenarkan mereka mendapatkan visa ketibaan dan pas sosial untuk mencari institusi pengajian di  Malaysia walaupun mereka belum tentu diterima masuk. Jangka masa selama tiga bulan itu digunakan oleh warga Afrika untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang negara. Jika kerajaan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial sehingga mereka disahkan diterima masuk oleh institusi pengajian tinggi, hal ini mampu mengurangkan kemasukan warga asing sekali gus membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah yang melibatkan warga Afrika di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...