Wednesday, 22 February 2012

BAHASA ROJAK DALAM MEDIA...


Penulis ingin menegur sikap stesen-stesen radio dan televisyen di negara ini yang masih tidak mengambil berat dalam hal penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Penulis melihat ada stesen-stesen radio dan televisyen yang menggunakan bahasa rojak secara berleluasa sehingga pendengar dan penonton terpengaruh dan akhirnya perkataan-perkataan yang didengar itu akan digunakan dalam percakapan seharian. Ada penyampai radio yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ketika bersiaran dan hal ini tidak membantu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Seruan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan supaya penggunaan bahasa rojak dalam media perlu dikawal bagi memastikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia terus terpelihara perlu dihayati. Stesen-stesen radio dan televisyen perlu ada badan yang mengawal penggunaan bahasa Melayu supaya penyampai-penyampai mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa rojak ketika bersiaran. Jika program yang menggunakan format bahasa Melayu tetapi penyampai radio tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul adalah tidak wajar sama sekali. Kita tidak mahu bahasa Melayu terpinggir di bumi sendiri. DIRGAHAYU BAHASAKU.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...