PANTUN ENAM KERAT
Md Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)
PANTUN | MAKSUD |
Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. | Seseorang yang tidak menunjukkan rasa kecewa dan tidak mempedulikan kesakitan walaupun perkara yang ditanggung itu begitu perit untuk dihadapi. |
Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini. | Jangan menyalahkan orang lain atas nasib yang menimpa diri kerana perkara tersebut sudah ditakdirkan dan telah tersurat menerima nasib sedemikian. |
Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang. | Sikap orang yang bertemu dengan teman baharu tidak mempedulikan lagi teman yang lama dan menganggap orang lama itu sudah tidak berguna lagi |
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PANTUN ENAM KERAT
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Bentuk | Rangkap Bilangan baris Bilangan patah perkataan Bilangan suku kata Rima akhir | Mempunyai 3 rangkap Mempunyai 6 baris serangkap Mempunyai 4 - 5 patah perkataan sebaris Mempunyai antara 8 - 11 suku kata sebaris Rima akhir abcabc |
Tema | Ketabahan menghadapi kekecewaan dalam bercinta | Seseorang yang menghadapi kekecewaan dalam bercinta tidak menunjukkan kedukaan dan keperitan yang dihadapi sebaliknya menganggap sesuatu yang berlaku itu telah ditakdirkan dan tidak menyalahkan orang lain |
Persoalan | Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan | Tidak menunjukkan kekecewaan dan kesakitan yang ditanggung walaupun sungguh memeritkan |
Persoalan menerima suratan takdir | Tidak menyalahkan orang lain sebaliknya menerima sesuatu yang berlaku sebagai telah ditakdirkan | |
Persoalan sikap tidak menghargai persahabatan yang terjalin | Seseorang itu melupakan orang lama apabila menemui orang baharu | |
Persoalan keimanan dapat menentukan kekuatan diri | Keimanan yang ada dalam diri mampu menangani segala masalah yang ditempuh dalam kehidupan | |
Persoalan tidak melupakan yang lama apabila mendapat yang baharu | Perkara yang lama masih lagi berguna walaupun memperoleh yang baharu | |
Nilai | Ketabahan | Kekecewaan yang ditanggung dapat diatasi dengan tabah walaupun ia menyakitkan |
Reda | Menerima nasib dengan reda kerana ia telah ditakdirkan dan tersurat dalam kehidupan | |
Rasional | Membuat keputusan dengan rasional tanpa menyalahkan orang lain jika nasib tidak menyebelahi diri | |
Kasih sayang | Hubungan yang terjalin perlu disulam dengan kasih sayang supaya dapat bertahan lama | |
Keimanan | Keimanan dalam diri mampu membina kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan | |
Pengajaran | Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan walaupun ia menyakitkan | Seseorang tidak menunjukkan kekecewaan yang dihadapi walaupun perit untuk ditanggung |
Kita hendaklah reda menerima suratan takdir agar jiwa menjadi tenang | Nasib yang menimpa diri perlu diterima dengan reda kerana ia telah ditakdirkan | |
Kita hendaklah rasional ketika membuat keputusan supaya pemikiran tidak terganggu | Keputusan yang ingin dibuat perlu melalui pemikiran yang mendalam tanpa menyalahkan orang lain | |
Kita hendaklah menyayangi orang lama walaupun berjumpa dengan orang baharu | Perhubungan dengan teman lama perlu dikekalkan walaupun menemui teman baharu | |
Kita hendaklah menanam keimanan dalam diri supaya dapat menempuh setiap cabaran | Keimanan dalam diri mampu menguatkan jiwa seseorang apabila berhadapan dengan cabaran | |
Gaya Bahasa | Sinkof | Contoh : rasa pedih buat tak hirau |
Peribahasa | Contoh : ibarat melukut di tepi gantang | |
Repetisi | Contoh : sudah takdir sudah suratan | |
Anafora | Contoh : sudah takdir sudah suratan |
No comments:
Post a Comment