Thursday, 9 February 2012

HAJI EKSPRES : PENGKALAN DATA TH LONGGAR...?


Penulis ingin mengemukakan pendapat mengenai isu yang sedang hangat ketika ini, iaitu mengenai 'Haji Ekspres'. Penulis mengikuti isu ini dengan penuh minat kerana penulis telah mendaftar untuk ke Mekah pada tahun 2008 tetapi dapat mengerjakan ibadah tersebut pada 2022 nanti. Begitu lama penulis perlu tunggu untuk mengerjakan ibadah tersebut. Penulis begitu kecewa apabila membaca isu mengenai Haji Ekspres yang tersiar dalam akhbar beberapa hari lalu dan kini isu tersebut sudah menjadi isu nasional dan mendapat perhatian umum. Berdasarkan laporan, perbuatan tersebut didalangi oleh kakitangan Tabung Haji sendiri (2 orang) yang meminta habuan daripada pelanggan yang ingin mengerjakan haji dengan cepat. Mereka telah memasukkan nama pelanggan mereka dengan cara melangkau giliran menunaikan haji dengan membuat capaian ke Pengkalan Data Tabung Haji dan memasukkan nama pelanggan mereka dengan menggunakan program khas. Perbuatan tersebut telah dilakukan oleh mereka sejak 2009 lagi dan cuba bayangkan berapa ramai jemaah yang telah menunaikan haji dengan cara tersebut. Bagi penulis, cara mereka pergi menunaikan haji dengan sindiket tersebut telah menutup peluang mereka yang telah layak dan ibadah mereka itu adalah tidak sah (ulama mengatakannya HARAM). Penulis tidak dapat bayangkan bahawa ada insan yang ingin menyempurnakan Rukun Islam kelima ini dengan cara sedemikian. Penulis bersyukur kerana pihak berkuasa telah bertindak dengan cepat (sebab menjadi perhatian umum) iaitu mereka yang terlibat akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta esok. Penulis berharap mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan mereka yang telah mengerjakan haji dengan cara sedemikian perlu bertaubat. Jangan pentingkan diri sendiri. Semua orang ada hak untuk mengerjakan ibadah haji. Tunggulah giliran. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...