Thursday 23 February 2012

PANTUN LAPAN KERAT



PANTUN LAPAN KERAT
 Harun Mat Piah (Penyelenggara)


PANTUN
MAKSUD
Buat bangsal di tengah hutan,
        Tebaslah hutan buat halaman,
                 Di tepi halaman menanam kubis,
                          Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
        Itulah tanda tuan beriman,
                Tidak patah digoncang iblis,
                          Akhirnya tuan menang berjaya.
Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah  daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.
Ikan teluk parang-parang,
       Anak ketam disangka lelabi,
                Berburu musim tengkujuh,
                          Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
       Cucu Adam sepaian nabi,
                Turun dari langit ketujuh,
                          Jadi khalifah kepada Allah.
Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.
Lengkang-lengkung apa dipaku,
        Paku jatuh patah dua,
                Menjadi riuh orang didarat,
                         Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
        Kerana lalai rosak binasa,
               Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                         Bahasa ibunda hina terbiar.
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PANTUN LAPAN KERAT

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai 3 rangkap
Mempunyai 8 baris serangkap
Mempunyai 3 - 5 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  7 - 11 suku kata sebaris
Rima akhir abcdabcd

Tema
Tanggungjawab terhadap bahasa, budaya dan negara
Manusia memainkan peranan yang cukup besar dalam mentadbir negara agar kebudayaan Timar yang diwarisi sejak turun temurun tidak lenyap oleh pengaruh Barat






Persoalan
Persoalan kesabaran dalam usaha mencapai kejayaan
Manusia yang bersabar mampu menangkis godaan syaitan dan akhirnya berjaya dalam kehidupan
Persoalan manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling baik kerana berasal daripada Adam dan diturunkan dari langit ketujuh
Persoalan pengaruh Barat menguasai budaya Timur
Pengaruh Barat mudah meresap dalam kebudayaan Timur jika manusia leka dengan kehidupan dunia
Persoalan tanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda
Manusia perlu mempertahankan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Persoalan tanggungjawab menjaga negara daripada binasa
Kedaulatan negara yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan



Nilai
Kesabaran
Kesabaran yang ada dalam diir mampu menghalang godaan syaitan dan iblis
Kesyukuran
Manusia perlu bersyukur kerana dijadikan oleh Allah lebih baik daripada makhluk yang lain
Tanggungjawab
Manusia bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Cinta akan negara
Manusia perlu mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan Barat
Keimanan
Tanda-tanda orang yang beriman adalah memiliki sifat sabar dalam diri




Pengajaran





Kita hendaklah bersifat sabar agar tidak muda dinodai oleh Iblis
Sifat sabar yang ada dalam diri mampu menghalang daripada godaan iblis
Kita hendaklah bersyukur kerana diciptakan oleh Allah lebih baik berbanding makhluk lain
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah kerana berasal daripada nabi Adam dan diturunkan daripada langit ketujuh
Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda
Manusia memainkan peranan mendaulatkan bahasa Ibunda daripada terhakis dan terpinggir di bumi sendiri
Kita hendaklah mempertahankan negara daripada diceroboh oleh negara asing
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan daripada sebarang pencerobohan
Kita hendaklah menjaga budaya Timur daripada dinodai budaya Barat
Manusia tidak boleh leka kerana budaya Barat akan meresap dan menghakis budaya Timur

Gaya Bahasa
Kata ganda
Contoh : parang-parang, dibelah-belah, lengkang-lengkung
Inversi
Contoh : akhirnya tuan menang berjaya
Hiperbola
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku
Sinkof
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...